MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

13 Apr 2009

Anwar pula bentuk kabinet bayangan ?




Oleh UNTA BELANG

Anwar Ibrahim sekali lagi bakal muncul dengan kabinet bayangannya. Konon sebagai alternatif kepada barisan kabinet Barisan Nasional yang baru dilantik baru-baru ini.Ini bukanlah pertama kali Anwar yang kemaruk kerusi Perdana Menteri itu mengumumkan hasrat untuk memperkenalkan memanda menteri khayalannya itu.

Rancangan sedemikian merupakan usaha kali kedua oleh Anwar. Anwar pernah menggerakkan usaha untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru menjelang 19 September tahun lalu tetapi idea itu tidak menjadi kenyataan.

Kata Anwar, anggota Kabinet bayangan itu akan terdiri daripada wakil ketiga-tiga parti komponen Pakatan Rakyat iaitu Pas, DAP dan PKR sendiri.

Ketiga-tiga parti berkenaan telah bersetuju dan turut telah mengemukakan nama untuk mengisi panel berkenaan.

Kekadang Unta Belang hanya mampu menggelengkan kepala dengan segala macam mak nenek yang cuba beliau war-warkan.

Entah apalah nak jadi dengan Anwar ni, kalau kat kampung orang macam dia kita dah gelar 'gila isim'

Yang best tu, dalam kabinet bayangan dia sebelum ini, semua member-member baik termasuk peguam yang mewakili diri dia di mahkamah dilantik jadi menteri.

Nasib baik taukeh ikan yang dok supply bahan mentah kat rumah banglo dia kat Segambut tu tak terpilih sama, kalau tak baru haru.

Sebelum itu, tahukah anda, apa sebenarnya ‘kabinet bayangan’ itu?

Apakah kabinet bayangan semata-mata bererti ‘kabinet yang membayangi pemerintah yang berkuasa’?

Menurut ilmu politik, kabinet bayangan adalah struktur yang terdapat dalam sistem parlimen, yang terdiri dari anggota-anggota parlimen dari parti pembangkang.

Tugas utama struktur ini adalah mengawasi kerajaan yang dibentuk oleh parti dominan di parlimen.

Mereka yang berada dalam struktur ini memang secara formal bertugas untuk membayangi setiap langkah kabinet yang berkuasa.

Itulah sebabnya mereka disebut kabinet bayangan.

Namun apa yang merisaukan Unta Belang adalah kemampuan Anwar untuk membentuk atau melantik menteri yang dalam kabinet bayangannya ini.

Kalau dilihat kepada kabinet bayangan Anwar sebelum ini, ia masih tidak terlepas dari dimonopoli ahli-ahli parlimen dari DAP yang diketuai oleh Lim Kit Siang, Karpal Singh dan beberapa ahli Parlimen lain yang bukan berbangsa Melayu/Islam.

Meletakkan ahli kabinet yang ramai dari kalangan bukan Melayu/Islam dalam kabinet ini mungkin menjadi salah satu strategi Anwar Ibrahim untuk terus mengekalkan sokongan bukan Melayu terutamanya dari bangsa cina dan sokongan dari Sabah dan Sarawak yang dilihat mampu untuk memastikan Anwar terus konsisten sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Untuk rekod, daripada senarai 30 ahli kabinet yang dibayangkan oleh Anwar Ibrahim dalam kabinet bayangannya sebelum ini, hanya terdapat tujuh orang sahaja Ahli Parlimen yang mewakili Melayu/Islam dan yang selainnya diperuntukan untuk Cina dan India.

Ini menunjukkan berlaku peminggiran kepimpinan Melayu/Islam, dan Anwar langsung tidak mengambil kira perkara ini.

Apa yang jelas, Anwar hanya sekadar mementingkan diri sendiri dan hanya mahukan jawatan Perdana Menteri sahaja tanpa memikirkan implikasi daripada tindakannya itu.

Justeru Unta Belang tidak hairan sekiranya perkara yang sama akan berulang dalam senarai kabinet bayangannya yang akan diumumkan tidak lama lagi

Sama-samalah kita tunggu!

sumber - Malaysia-instict


3 ulasan:

zhang ning berkata...

adoiiiii!!!!
ni kabinet 8 bln lpas la..... wktu nak mengundi kat permatang pauh...

ni UMNO jgk yg buat!!!! hmmmmm.... ngko nie kemaruk dgn cerita lama...

PRETTY CLEANZ BY IDOLA STOCKIST FOR KEPONG berkata...

comment diatas xde point. zhang zhang... sedih la... bersyukurlh.. atok awak yg dari negara mana entah yg dapat free free kewarganegaraan dari sebuah negara bertamadun yg tidak mengadakan ethnic cleansing.. just let us malay untuk jaga negara kami. tumpanglah dengan percuma. gunakanlah kebajikan kami. jgn menyibuk urusan kami. ini negara kami. sebuah negara yang menghormati manusia. Jangan cabar. btw awak india atau chinese?

rakyatjelata berkata...

Ingat parti melayu terbesar ni boleh ke 'survive' kalau tak rasuah..ha ?
Dan tak melibatkan saudagar berbangsa cina ?