MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Apr 2009

Anwar mula tertekan di Bukit Selambau



Oleh : Gelagat Anwar

Demokrasi di Bukit Selambau luar biasa. Memang mencatatkan sejarah. Memang membuka mata. Ramai juga kalangan orang luar yang berada di sana, terkejut dengan jumlah pencalonan yang ramai. Apakah ini demokrasi baru yang jujur - atau demokrasi ‘taja-tajaan’ pihak tertentu. ‘Sponsored-democracy’ mungkin juga dimainkan pihak tertentu untuk memecahkan undi.

PKR berada di dalam keadaan yang tertekan. Semalam sebuah bahagian PKR sudah maklumkan tentang keinginan mereka keluar parti. Satu bahagian! hampir 450 orang ahli. Ini suatu tamparan yang cukup hebat.

Anwar Ibrahim cukup tak senang dengan situasi yang ada. Semalam PKR pun membuat kenyataan bahawa kalangan ahli parti mereka yang bertanding atas tiket bebas akan dilucutkan daripada keahlian parti. Agaknya, sudah tidak ada jalan lain nak tenangkan hati bekas Pegawai Khas V Arumugam yang aktif di dalam kawasan.

Problem besar kepada Anwar adalah ‘performance’ wakil rakyat lama yang hancur lebur. Tidak berada di dalam kawasan. Gagal memberikan khidmat yang baik. Ada skandal. Ini semua plot yang mampu menjahanamkan nasib dan peluang PKR di Bukit Selambau. Dengan jentera UMNO yang kuar di Merbok - Anwar tahu bahawa jalan kemenangan bukannya ‘lurus’ seperti di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Bukit Selambau ini adalah kawasan yang ‘eccentric’. Penduduknya sangat matang dalam politik. Mereka tahu, siapa yang mampu dan siapa yang tidak. Anwar tidak boleh jual sangat di Bukit Selambau. Orang pun tak berapa suka dengan kempen yang penuh janji manis. Selama inipun, Selambau macam Pekan Cowboy yang tidak dipedulikan sangat. Akhir-akhir ini sahaja yang ada harga sedikit.

PKR nak buat kesilapan BN di Kuala Terengganu. Janjikan penduduk, jika mereka undi calon PKR - jawatan Exco kerajaan negeri dijamin oleh MB Kedah yang teramat garang itu. Maka, berdondang sayanglah Anwar di seluruh Negeri memperkatakan tentang jawatan Exco yang bakal membantu penduduk. Sebelum inipun Exco juga - tapi tak nampak batang hidungpun.

BN buat kesilapan sama di KT. Janji kononnya kalau Wan Farid menang, dia akan dilantik sebagai Timbalan Menteri. Janji orang dah tak nak pakai. Khidmat mesti berteras lama; bukan setakat baru dua tiga hari.

Anwar maklum bahawa jentera PKR di Selambau tidak ’solid’ dan utuh. Longgar. Kalau dirempuh dengan kuat - mahunya terduduk semua. Tapi, Anwar tidak ada pilihan yang banyak. Anwar kena main lagi watak ‘Sivaji the Boss’. Masyarakat India mungkin bosan - tapi modal lain memang dah tak boleh guna.

Dalam mesyuarat koordinasi PKR - Anwar sendiri termenung panjang dan tidak mampu mengatakan bahawa dia yakin dengan kemenangan. Anwar tahu bukannya mudah. Hakikatnya, Anwar pun tidak suka mempertahan individu mediocre yang tidak membawa keuntungan kepada parti. V Harumugam adalah suatu kesilapan besar PKR di Kedah.

MB Kedah tidak mahu banyak alasan. Dia sudah mengeluarkan ‘trump card’ - kalau menang jawatan exco ‘ana’ akan beri pada enta. Kalau kalah, wassalamu.

sumber - Gelagat Anwar


Tiada ulasan: