MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Mac 2009

Perletakan Jawatan Fairus Buktikan Keberkesanan Blog

PERLETAKAN Mohamad Fairus Khairuddin (foto) sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 hari ini menunjukkan peranan blog dan internet tidak lagi boleh dipandang ringan. Blog kini menjadi ancaman baru kepada orang politik yang bermasalah.

Laporan mengenai ketidakupayaan Fairus sebagai timbalan ketua menteri dimulakan menerusi internet dan blog. Mula ia lebih merupakan cacatan peribadi dan laporan kurang bertanggungjawab tetapi dari hari ke hari ia merebak menjadi luas dan dipercayai.

Ada blog-blog tertentu yang berpangkalan di utara tidak habis-habis melaporkan mengenai keburukan dan kerenah Fairus. Hasil sebaran secara konsisten itu akhirnya mempengaruhi orang ramai yang akhirnya memaksa Firaus meletakkan jawatan hari ini.

Perletakan jawatannya dipetik berkuat kuasa pada 8 April nanti.

Fairus sekali sekala cuba juga menjawab dan menafikan laporan blog atau internet berhubung dirinya dengan mengatakan ia sengaja dilakukan untuk memburukkanya. Namun jawaban itu tidak berjaya menyekat penyiaaran berita buruk mengenai yang makin bertambah malahan ada yang menulisnya secara bersiri.

Hari ini apabila Adun Penanti itu menghantar surat perletakan jawatan sekaligus mengesahkan desas desus beliau akan melepaskan jawatan itu seperti mana dihebohkan dalam blog. Sebelum ini desas desus itu cuba disembunyikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan juga penasihat PKR, Anwar Ibrahim.

Jadi diingatkan kepada orang politik hendaklah menjaga kerenah, pergaulan, tingkah lalu masing-masing jangan sampai diblogkan oleh para blogger. Apabila anda sudah diblogkan kesannya amat buruk dan sukar dikikis.

Tulisan dan laporan dalam blog bukan saja terbatas untuk dinikmati oleh pengunjung di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Apabila keburukan anda sudah terdedah di seluruh dunia sukar untuk ada membela dengan mengatakan anda betul manakala blogger sebagai bersalah ataupun diupah pihak tertentu.

Penyokong kuat anda di luar alam siber juga sukar untuk membela anda. Inilah kekuatan blog dan internet.

sumber - MSOmelayu


Tiada ulasan: