MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Mac 2009

Maju Setapak.. Alhamdulillah - Saiful Bukhari Azlan

Setelah hampir 6 Bulan berbalah, saya bersyukur kehadirat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya, perbalahan mengenai tempat untuk perbicaraan kes saya ini akan di muktamadkan juga. Semalam, Hakim Mohamad Zabidin Md Diah telah menetapkan keputusan semakan perbicaraan akan diputuskan pada hari Khamis 5hd Mac 2009.

Pada saya, walau apapun keputusan pada 5hb Mac ini, saya redha kerana saya yakin bahawa Allah s.w.t itu Maha Mengetahui, dan setiap yang berlaku itu saya pasti ada hikmah disebaliknya. Saya hanya mampu bersabar, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada-Nya.

Sebagai mangsa, saya hanya mohon untuk diberikan keadilan dan peluang bagi saya menunaikan tanggungjawab saya iaitu memberi keterangan.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan buat barisan pendakwa raya dan pihak-pihak lain yang telibat diatas komitmen dan yang diberikan selama ini. Saya berdoa agar Allah s.w.t memberi mereka kekuatan serta tawfiq dan hidayah untuk berhadapan dengan hari perbicaraan utama kelak.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!


SAIFUL BUKHARI

sumber - mohdsaifulbukhari.blogspot.com

Tiada ulasan: