MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

4 Mac 2009

Macam negeri Pasir Dua Butir daa...




“Apa di bawah pokok tu,” tanya Re seraya dijawab oleh Mi “Agaknya di bawah pokok sana tu orang jual ais krim tak”. Balas si Re “Ais krim nenek kau” ...itulah antara dialog yang diungkapkan oleh Re dan Mi setibanya mereka ke negeri Pasir Dua Butir setelah dibawa oleh tikar pandan terbang yang dikemudi oleh Do dari negeri Pasir Berdengung dalam filem Laksamana Do Re Mi arahan Tan Sri P. Ramlee.

Rupa-rupanya di bawah pokok itu adalah kerajaan negeri Pasir Dua Butir.

Jika dialog dan senario itu berlaku dalam filem yang diterbitkan pada tahun 1972, kini setelah 37 tahun berlalu, drama bawah pokok benar-benar terjadi dalam politik tanah air apabila Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar mengadakan sidang tergempar DUN di bawah pokok kira-kira 150 meter dari pagar utama bangunan Perak Darul Ridzuan, di Ipoh.

Sidang itu dihadiri oleh 27 ADUN pembangkang bermula pada jam 10.20 pagi dan berlangsung kira-kira 15 minit.

Walaupun telah dimaklumkan oleh Penasihat Undang-Undang Negeri dan Setiausaha DUN bahawa sidang tergempar itu tidak sah kerana tidak mendapzt perkenan Sultan Perak, Sivakumar tetap meneruskan rancangannya itu dan lebih menarik ‘sidang bawah pokok’ itu meluluskan tiga usul.

Usul-usul itu ialah mengesahkan keputusan Sivakumar melarang Menteri Besar Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam EXCOnya daripada menghadiri sidang DUN, sokongan kepada Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar dan usul untuk membubarkan DUN Perak.

Drama itu tidak terhenti setakat itu sahaja apabila ‘Menteri Besar bawah pokok’ memaklumkan kepada wartawan, beliau akan menghadap Sultan Perak bagi memaklumkan keputusan yang dibuat oleh sidang tergempar DUN bawah pokok untuk membubarkan dewan.

Untuk rekod, bulan lalu Sultan Perak telah menitahkan agar Nizar meletakkan jawatan kerana baginda telah mendapatkan pengesahan dan bukti, Nizar telah hilang sokongan majoriti daripada ADUN apabila tiga ADUN kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS sebelum ini keluar parti masing-masing.

Malah Tuanku Sultan Perak berdasarkan undang-undang tubuh negeri telah melantik Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Sidang tergempar bawah pokok diadakan selepas para wakil rakyat pembangkang tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN Perak.

Keputusan menghalang mereka memasuki perkarangan bangunan tersebut dibuat kerana pihak Setiausaha Kerajaan Negeri berpegang kepada undang-undang tubuh negeri Perak bahawa sebarang sidang DUN yang hendak diadakan mestilah mendapat perkenan Sultan Perak.

Malah, Barisan Nasional (BN) pada sebelah petang Selasa memperolehi perintah Mahkamah Tinggi Ipoh menghalang Sivakumar daripada mengadakan sebarang sidang DUN termasuk sidang tergempar kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

Apa yang jelas, drama bawah pokok yang berlangsung itu dilihat sebagai usaha terdesak pembangkang untuk mengelirukan masyarakat berhubung isu sebenar.

Tambahan pula pihak pembangkang sendiri telah membawa soal kedudukan Menteri Besar dan kedudukan tiga ADUN bagi kawasan Behrang, Changkat Jering dan Jelapang yang keluar meninggalkan parti masing-masing ke mahkamah.

Adalah pelik untuk pembangkang mengambil tindakan sendiri sedangkan pada masa yang sama mahkamah belum pun membuat sebarang keputusan.- 3/3/2009

sumber - Agendadaily


Tiada ulasan: