MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

10 Mac 2009

Konspirasi 'membunuh' Erdogan

ISTANBUL - Polis Turki menahan lima suspek yang disyaki merancang serangan terhadap Perdana Menteri Recep Tayyip Erdogan, menurut laporan akhbar Milliyet semalam.

Namun, polis tidak menjelaskan bagaimana maklumat mengenai suspek-suspek tersebut diperoleh.

Pada Sabtu lalu, polis di wilayah Adana menahan seorang wanita yang mempunyai hubungan rapat dengan pasukan tentera dan keselamatan.

Hasil maklumat yang diberikan wanita tersebut, pihak polis akhirnya berjaya menangkap empat lagi suspek lain, lapor Milliyet.

Menurut akhbar itu, pasukan penyiasat percaya bahawa suspek wanita tersebut merancang untuk menyerang Erdogan semasa perhimpunan kempen mingguan di wilayah itu.

Bagaimanapun, beberapa perkara masih tidak jelas mengenai sama ada penangkapan itu mempunyai kaitan dengan penyiasatan Ergenekon yang dikaitkan dengan komplot pengeboman dan pembunuhan bagi menggugat kestabilan kerajaan.

Hampir 90 orang termasuk bekas pegawai tentera dibicarakan di Istanbul atas dakwaan cuba menggulingkan Erdogan dan menyertai kumpulan konspirasi sayap kanan dipanggil Ergenekon.

sumber - Sinar Harian

Tiada ulasan: