MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Mac 2009

Kes Liwat : "Tempat bicara tidak penting, yang penting perbicaraan" - Saiful Bukhari

Oleh G. MANIMARAN


PETALING JAYA: Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Saiful Bukhari Azlan bersyukur dengan keputusan mahkamah semalam yang memindahkan kes liwat itu untuk didengar di Mahkamah Tinggi.

Pada masa yang sama dia menegaskan, tempat perbicaraan tidak penting, sebaliknya perlu diutamakan ialah tarikh kes tersebut didengar.


Hari ini, Anwar mengemukakan rayuan berhubung keputusan semalam.


Semalam mahkamah memutuskan perbicaraan kes liwat melibatkan Anwar akan dijalankan di Mahkamah Tinggi dan bukannya di Mahkamah Sesyen.


Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu ekoran permohonan pihak pendakwaan supaya dikaji semula keputusan Mahkamah Sesyen mengekalkan perbicaraan kes itu di Mahkamah Sesyen.


Katanya, Hakim Mahkamah Sesyen S.M Komathy Suppiah telah terkhilaf dalam memutuskan sebagai tidak sah sijil pemindahan kes itu yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, dokumen yang dipertikaikan oleh Anwar.


"Alhamdulillah, saya dan keluarga memanjatkan rasa syukur ke hadhirat Allah s.w.t kerana dengan izin-Nya selesailah sudah perbalahan yang akan menjangkau tujuh bulan lamanya hanya kerana tempat untuk mendengar perbicaraan.


"Seperti yang saya tegaskan sebelum ini, saya redha dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t mengenai keputusan sama ada kes ini dibicarakan di Mahkamah Sesyen atau Tinggi.


"Pada saya, tempat untuk dibicarakan ini tidaklah penting, yang penting bagi saya dan keluarga adalah tarikh untuk perbicaraan utama bermula.


"Ini kerana sepanjang sembilan bulan dari hari saya membuat laporan polis, saya, tunang tersayang dan seluruh keluarga teruk dicemuh oleh masyarakat.


"Mereka mahu mendengar keterangan saya dan bukti untuk mereka menilai kesahihannya.


"Namun, saya tidak dapat berbuat demikian selagi perbicaraan tidak bermula," kata Saiful dalam blognya sambil menambah, "walaupun perit menahan diri dari mendedahkannya, saya tetap bersabar kerana hanya mahu menghormati mahkamah."


Sehubungan itu, dia menulis, pada hematnya adalah tidak wajar untuk mana-mana pihak mempertikaikan integriti dan ketelusan mahkamah oleh kerana hanya untuk kali ini sahaja keputusan tidak mengikut kehendak pihak defendan.


"Walau apapun, saya berdoa agar pada 10 Mac ini (Selasa ini), tarikh perbicaraan dapat ditetapkan dan tiada lagi alasan-alasan dari pihak beliau untuk melengahkan lagi kes ini," katanya lagi.

sumber - Mstar.online


3 ulasan:

melayuangkat berkata...

InsyaAllah swt, sama-samalah kita tunggu keterangan keterangan Saiful di Mahkamah tinggi nanti. Saiful dah bersumpah dengan kalimah Allah swt pun masih ramai yang sangsi. Jadi kita tunggu sahajalah episode yang seterusnya.

PaKMie berkata...

Hati sy lebih mempercayai saiful dari Anwar...

Sabarlah...Allah tetap mengangkat dikalangan org2 yg benar !!!

Segala halangan anggaplah sebagai penebus segala dosa2 yg ada pd diri kita.

Sy tetap mengikuti perkembangan saiful. Percayalah skrg org ramai dh mulai fhm siapa sebenarnya Anwar...

ChelsyB berkata...

Ya betul....masyarakat dah penat nak tunggu perbicaraan tuh Al-Juburi oiii..apa mustahaknya nak merayu2 lagi tentang dimana perbicaraan yg akan dijalankan, lagipun as you said before you have alibi...bring it on!!Kalau tak salah kenapa takut kan, berani kerana benar..lainlah kalau dot dot dot dot lagipun apa ade dengan tempat..yg nak dibicarakan adalah diri kamu, bukannya tempat!!

All the best...