MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Mac 2009

Kes liwat Anwar dipindah ke Mahkamah Tinggi

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB


[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Kes liwat Ketua Umum Patakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.


Ia diputuskan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah sebentar tadi.

Mohamad Zabidin memutuskan perkara itu selepas menerima permohonan semakan kehakiman oleh pihak pendakwaan untuk mengenepikan keputusan Mahkamah Sesyen yang menolak kesahihan sijil yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memidahkan kes itu dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.


Hakim turut menetapkan 10 Mac ini untuk sebutan semula kes di Mahkamah Sesyen untuk menetapkan tarikh perbicaraan kes di Mahkamah Tinggi.


Sementara itu, peguam Anwar, Sankara Nair berkata pihaknya kecewa dengan keputusan itu namun terpkasa menerimanya.


Mereka akan memfailkan rayuan untuk semakan semula keputusan Mahkamah Tinggi.


BERITA TERDAHULU


Rabu lalu, Mahkamah Tinggi menolak bantahan awal Anwar terhadap rayuan pasukan pendakwaan untuk memindahkan kes liwatnya ke Mahkamah Tinggi.


Mohamad Zabidin turut memutuskan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kekal mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat Ketua Pembangkang di Parlimen itu ekoran keputusan pihak pembela untuk menarik balik permohonan menggugurkan beliau.


Pada 7 November lalu, Hakim Mahkamah Sesyen, S.M. Komathy menolak permohonan pihak pendakwaan agar kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi selepas memutuskan sijil untuk memindahkan kes yang ditandatangani oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail adalah tidak sah.


Berikutan itu, pendakwaan memfailkan semakan terhadap keputusan itu pada 10 November atas beberapa alasan antaranya tindakan Abdul Gani menandatangi sijil itu hanyalah sebagai memainkan fungsi tadbir dan bukannya memainkan fungsi kehakiman atau kuasa kehakiman kerana pendakwa raya bukannya menghakimi apa-apa pertikaian di antara pihak-pihak.


Anwar dituduh meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lalu.


Jika sabit kesalahan, Anwar, 62, boleh dipenjara sehingga 20 tahun di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Beliau kini bebas dengan ikat jamin seorang penjamin sebanyak RM20,000.


sumber - Mstar.online

1 ulasan:

Widuri3z berkata...

Akhirnya kes liwat Anwar pindah ke Mahkamah Tinggi...mmg patut pun kes ini mmg kes berprofil tinggi dan berat..

Akhirya kebenaran dapat ditegakkan jua..