Oleh Teh Tarik Satu!
Baru-baru ini kawan ada menghantar emel kepada seorang wartawan veteran di Peranchis yang pernah mengajar kawan tentang dunia kewartawanan di Eropah.
Beliau masih lagi aktif menulis untuk beberapa majalah antarabangsa yang terkenal. Baginya, tidak sukar untuk mencari ruang untuk menulis baik dalam majalah, akhbar mahupun untuk dokumentari televisyen kerana namanya dan juga kerana kejayaannya menghasilkan banyak berita eksklusif terutama di Jerman, Britain dan Peranchis sebelum ini.
Di zaman muda, beliau pernah bercerita kepada kawan bahawa dirinya kerap kali dihantar ke negara-negara blok komunis untuk membuat laporan berbentuk penyiasatan oleh agensi media tertentu dan menurutnya lagi beliau juga sudah biasa dengan gangguan dari perisik asing.
Dalam emel tersebut, antara lain kawan cuba untuk mendapatkan maklumbalas beliau mengenai rencana penyiasatan yang dihasilkan oleh Arnaud Dubus, wartawan Liberation yang berpangkalan di Bangkok mengenai pembunuhan model sambilan Mongolia, Altantuya di samping mengaitkannya dengan penglibatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Baca apa yang ditulis oleh lelaki yang telah mencecah usia hampir 60 tahun ini yang kawan terjemahkan dalam bahasa Melayu.
``Tulisan Dubus bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ia satu bentuk penulisan biasa. Tiada siapa yang mahu ambil peduli dengan tulisannya di Peranchis. Negara kamu juga kurang dikenali di sini.
``Adakah kerajaan Peranchis akan kisah? Adakah rakyat Peranchis akan mendesak Presiden untuk menjalankan siasatan? Adakah mereka akan berdemonstrasi seperti yang kerap dilakukan oleh kesatuan sekerja di sini? Saya tidak fikir begitu.
``Dia (Dubus) mungkin diupah oleh seseorang dan kamu mesti menghantar orang untuk menyiasat kehidupan peribadinya di Bangkok dan siapa yang telah berjumpa dengannya.
Balasan emelnya itu menyebabkan kawan bertanya lagi tentang beberapa persoalan lain.
Adakah Dubus merupakan wartawan yang handal dan biasa membuat berita-berita eksklusif yang menggemparkan di Peranchis dan adakah dia mempunyai pengikut yang ramai?
Kawan juga ada bertanya sama ada penulisan oleh orang yang tidak bermoral dari kaca mata masyarakat timur kerana Dubus adalah gay boleh diterima baik oleh rakyat Peranchis.
Ini jawapannya.
``Dubus bagi saya adalah wartawan yang kehebatannya masih belum terserlah. Ya, saya pernah mendengar tentangnya. Apa masalahnya menjadi gay. Di sini ia adalah perkara kecil.
``Biarkan dia begitu. Dia ada kaitan dengan Anwar? Dia mencintainya? Saya gembira jika begitu.
``Memang wajar rasa cinta dan sayang dizahirkan secara terbuka walaupun sesama lelaki. Apa masalahnya. Kami di Peranchis ada menteri yang juga seorang gay. Ada yang melahirkan anak tanpa berkahwin dan dia tetap menang dalam pilihan raya.
``Itu perkara biasa dalam dunia sekarang. Biarkan Dubus dan Anwar bercinta. Biarkan mereka bahagia dengan cara mereka.
``Bukankah Dubus amat meminati Anwar? Mereka boleh jadi pasangan yang serasi jika betul caranya.
Dalam emelnya juga, wartawan veteran yang banyak melatih wartawan muda dari seluruh dunia itu turut berpesan kepada kawan.
``Falsafah Liberation bukanlah untuk menegakkan kebenaran. Yang ditegakkan ialah keinginan mereka. Mereka juga bersedia untuk menjadi rakus untuk mencapai matlamat mereka. Liberation bukanlah suara kami (rakyat Peranchis), jadi bagaimana mahu mewakili suara rakyat Malaysia pula.
``Jangan bimbang kawanku, tulisannya ibarat abu kertas yang telah ditiup bayu laut. Tentunya tiada siapa mahu menyusahkan diri untuk mengutip abu itu. Dan itulah kesilapan yang biasa membunuh wartawan yang tidak tahu memelihara etikanya.
Kawan sekadar tersenyum membaca balasan emel `guru' kawan ini. Itulah antara faktor menyebabkan ilmunya terus ditagih oleh wartawan dari semua benua. Cara, falsafah dan bijaknya masih ada kelainan.
sumber - malaysia-instinct.com
Artikel lain berkaitan :
1. Arnaud Dubus - Si Gay Juga Yang Dicari Anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan