MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Mac 2009

Kalaivanar keluar PKR tidak puas hati Manikumar dipilih calon PKR




Mar 30, 09 12:43pm
PKR bahagian Jerai hari ini dibubarkan ekoran lebih 500 anggotanya termasuk ketuanya B Kalaivanar keluar daripada parti berkenaan, lapor Bernama.

Kalaivanar kecewa tidak terpilih sebagai calon PKR dalam pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau yang bermula semalam.


Beliau berkata tindakan keluar secara beramai-ramai itu kerana
mereka telah hilang kepercayaan terhadap penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Masyarakat India PKR Kedah berkata kesemua anggota yang keluar parti itu akan berkempen menentang calon PKR pada pilihanraya itu.

Pilihanraya kecil pada 7 April itu menyaksikan pertandingan antara calon muka baru PKR S Manikumar, calon BN Datuk S Ganesan bersama 13 calon bebas.

Pada 20 Mac lalu, sewaktu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan calonnya itu, sekumpulan kecil ahli dari bahagian Merbok menyuarakan bantahannya.

Mereka dipercayai menyokong K Masilamani yang disenaraipendek untuk berdiri atas tiket PKR.

Bagi menenang keadaan, Anwar telah menemui Masilamani dan meminta beliau supaya menasihatkan penyokongnya bertenang.

Sementara itu, Ganesan memulakan kempennya dengan berjoging sejauh enam kilometer sambil mengedarkan risalah memperkenalkan dirinya kepada pengundi di sekitar kawasan perumahan Cinta Sayang, lapor Bernama.

Beliau, yang ditemani isterinya R Vatsala mula berjoging mulai 7 pagi, kelihatan bersemangat memulakan hari pertama berkempen.

"Untuk lebih bertenaga dan meningkatkan prestasi, saya mesti kerja kuat supaya boleh berkhidmat dengan baik... saya merasa sangat positif," bekas ADUN Lunas dipetik berkata.

Naib pengerusi MIC Kedah kemudiannya mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin di bilik gerakan BN Merbok sebelum mengadakan lawatan bersama ke Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Sungai Tukang.

Ganesan berkata beliau akan memberi fokus kepada kemajuan pelajaran kerana hanya pelajaran boleh memajukan masyarakat India serta mengubah taraf hidup keluarga masing-masing.

sumber - Malaysiakini

Tiada ulasan: