MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Mac 2009

Isu Fairus: Sambung belajar atau konspirasi dalaman?

Semalam Sabtu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi alasan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang kononnya kerana nak melanjutkan pelajaran.

Sebaliknya Fairus dipetik sebagai mendakwa beliau mangsa konspirasi dalaman PKR.

Malah cara beliau letak jawatan juga pelik iaitu dengan hanya melalui hantar faks saja kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Andaian yang selamat ialah parti itu cuba menyembunyikan sesuatu yang melibatkan Fairus.

Sebelum ini ada yang kata beliau tak buat kerja dengan baik.

Ada juga desas desus berlegar dakwa beliau terlibat dalam satu penyelewengan.

Yang mana satu betul masih jadi misteri.

Lebih pelik Guan Eng sendiri tak mau campur bila para wartawan tanya beliau Ahad mengenai dakwaan konspirasi itu.



Beliau sebaliknya serah pada Anwar sendiri menjelaskannya.

"Baik tanya Anwar. Saya tidak mahu jelaskan perkara ini kerana ia membabitkan perkara dalaman PKR," katanya..

Sabtu , Guan Eng mengumumkan peletakan jawatan Fairus sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan ahli Exco, berkuatkuasa 8 April.

Fairus, bagaimanapun, kekal sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti dan juga anggota PKR.

Akhbar Sabtu pula melaporkan Fairus mendakwa menjadi mangsa konspirasi dalaman parti.

Mengenai sebab peletakan jawatan Fairus, Lim juga menyerahkan kepada Fairus sendiri untuk menyatakan sebabnya.

"Kita beri ruang kepada Fairus untuk menjelaskan sendiri sebab-sebab beliau meletak jawatan," katanya.

Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim, berkata beliau terkejut dengan kenyataan Fairus berhubung dakwaan konspirasi tersebut.

"Selama ini saya yang mempertahankan beliau ketika pelbagai dakwaan dilemparkan terhadapnya," katanya.

Beliau berkata, sebarang penjelasan berhubung peletakan jawatan Fairus perlu dirujuk kepada Anwar. - 22/3/2009

sumber - Agendadaily.com


Tiada ulasan: