MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

23 Mac 2009

Fairus turut kosongkan DUN Penanti?

Low Chia Ming | Mar 23, 09 7:01pm
Peletakan mengejut Mohammad Fairus Khairuddin dari jawatan timbalan ketua menteri Pulau Pinang, turut mencetuskan spekulasi bahawa beliau juga turut mengosongkan kerusi DUN Penanti yang diwakilinya.
Akhbar-akhbar Cina melaporkan bahawa beliau pasti akan melepaskan jawatan wakil rakyat, tetapi difahamkan PKR Pulau Pinang akan hanya membuat keputusan malam ini.

Timbalan Pengerusi PKR negeri, Tan Hock Leong mengesahkan bahawa pengerusinya, Zaharain Hashim akan mempengerusikan mesyuarat badan perhubungan PKR negeri.

"Buat masa ini, Fairus (kiri) hanya meletak jawatan timbalan ketua menteri. Sama ada beliau juga mengosongkan kerusi DUN (Penanti), adalah urusan dalaman (parti)," katanya ketika dihubungi.

"Zaharain telah berkata bahawa beliau akan mendapatkan kebenarannya dari Fairus. Kita akan membincangkannya sebelum memutuskan sama ada hendak mengekalkannya atau minta beliau mengosongkannya," katanya.

Zaharain memberitahu Malaysiakini bahawa tiada keputusan yang akan dibuat malam ini kerana satu laporan akan hanya dibentangkan dalam mesyuarat tersebut.

Katanya, beliau tidak tahu menahu mengenai dakwaan bahawa Fairus telah menandatangani surat peletakan jawatan bagi DUN tersebut dan hanya menunggu masa yang sesuai yang membuat engumuman

sumber - malaysiakini

1 ulasan:

Cheguman berkata...

Apakah Fairus merungsingkan Guan Ng? Ataukah beliau memang tidak mampu menjadi wakil orang Melayu di PP? Semasa dipilih dahulu adakah beliau yang terbaik yang PKR ada?