MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Mac 2009

Exco Selangor isytiharkan harta : Anwar bila lagi?

oleh Kumbang AIDC



Pandangan dari sebahagian sisi rumah baru Anwar No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Anwar berpindah dari rumah lama di Damansara pada awal Januari 2007.Rumah lama di Damansara bernilai RM2 juta, dan rumah baru (villa), di Bukit Segambut dianggarkan lebih dari 7 juta. Anwar juga beli bangunan 10 tingkat di Tropicana, Damansara sebagai ibu pejabat PKR baru.Tidak dapat dipastikan bernilai nilai rumah di Sekyen 16, Petaling Jaya,yang dijadikan pejabat peribadi Anwar. Kondomium misteri yang pernah dimasuki Anwar bernilai RM2.2 juta. Banyak betul duit Anwar, sedangkan beliau hanya berjawatan Ketua Umum PKR. Dengan hanya berstatus Ketua Umum PKR, Anwar memiliki wang semewah itu, kalau jadi PM, tak tahulah berapa mewah lagi perbelanjaannya…



Pandangan sebahagian lagi rumah baru (Villa) Anwar No.11, Jalan 3/61, Bukit Segambut Dalam, Kuala Lumpur. Dipenuhi dengan ciri-ciri keselamatan termasuk Pengawal Keselamatan dan pondok pengawal yang berkawal 24 jam. Begitu banyak penghawa dingin dipasang. Selain itu, di sekeliling villa itu dipenuhi dengan CCTV. Villa bertingkat-tingkat umpama sebuah mahligai. Ciri-ciri rumah beliau seperti ini bukan menggambarkan beliau hidup sederhana sepertimana yang diwar-warkan dalam ceramah-ceramahnya


ULASAN : APA NAK DIHAIRANKAN.DUIT MASA DENGAN MAGNUM PUN TAK HABIS LAGI.BELUM KIRA DUIT RASUAH YANG DIPEROLEHI MASA JADI TPM.BETUL KE ANWAR TAK RASUAH?RASA MACAM PELIK KALAU ANWAR TAK RASUAH.RASUAH PUN ANWAR BUAT UNTUK KAUT UNTUK JANGKA MASA PANJANG.

-http://mysrimuara.blogspot.com




Analisis Kumbang..


Seperti yang kita tahu Menteri Besar Selangor yang 'bersih dan amanah' telah mengisytiharkan harta beliau di laman web kerajaan negeri.

Walaupun belum tentu 'sahih' pendapatan dan harta beliau itu, namun usaha beliau ini harus dipuji. Mungkin usaha terdesak membersihkan diri.

Kumbang tidak hairan..


Persoalannya, bila agaknya kepimpinan PKR yang lain akan mengisytiharkan harta dan pendapatan ?

Bila agaknya Anwar Ibrahim yang mempunyai rumah besar ingin mengisytiharkan harta ?

Bila agaknya Azmin Ali ingin mengisytiharkan harta ?


2 pemimpin PKR ini sudah tersebar di internet mempunyai 'kekayaan' luar biasa.
Kumbang pun turut merasakan penyokong-penyokong PR ingin melihat sendiri sumber pendapatan mereka.


Apa tunggu lagi, ini masanya untuk membuktikan PKR telus dan amanah...


Dengan segala hormatnya dipersilakan, saudara Azmin Ali dan Anwar Ibrahim untuk mengisytiharkan harta....


Kalau tak salah, buat apa nak takut..


Pendapat anda bagaimana tentang isu ini ?

sumber - analisisringan

1 ulasan:

ladybird berkata...

Wah...begitu tinggi kemampuan anwar dari segi kewangan, bukan calang2 orang yang mampu beli bangunan. Sudah tentu Anwar begitu istimewa di mata Amerika sehingga sanggup berhabis untuk Anwar.

Say No to ANWAR!