MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Mac 2009

Benarkah Fairus Melanjutkan Pelajaran?

Oleh Azrinizam Ibrahim

Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I dan juga Exco kerajaan negeri pada 21 Mac 2009. Berikut adalah ulasan Guan Eng mengenai Fairus "saya percaya Fairus ada sebab sendiri untuk meletak jawatan tetapi beliau masih kekal dengan PKR dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti,". Apa sebabnya?

Ketika ditanya apakah ada masalah dalaman atau peribadi yang menyebabkan Fairus meletak jawatan, maka Guan Eng memberikan kenyataan berikut “Baik tanya Anwar. Saya tidak mahu jelaskan perkara ini kerana ia melibatkan perkara dalaman PKR,”.

Ini bermaksud Fairus memang mempunyai masalah, sama ada dengan Guan Eng atau sesama PKR sendiri. Ada yang menyatakan Fairus menjadi mangsa konspirasi dalaman parti, ada yang menyebut bahawa skandal pasir menyebabkan Fairus ditekan agar berundur dan ada yang bercakap bahawa jawatan Fairus mahu diambil oleh orang-orang PKR sendiri.

Siapa yang mahu jawatan tersebut?


Pada 23 Januari 2009, Fairus digugurkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang. Tempat Fairus digantikan dengan Dr Mansor Othman (Ahli Majlis Perwakilan Tertinggi PKR). Berikut kata-kata Fairus pada Dr Mansor “You ni datang, nak ambik tempat I ye ?”.

Fairus juga turut menyalahkan Abdul Malik Kassim (Exco PKR) yang dituduh Fairus cuba mendedahkan rahsianya dan mengambil alih tempatnya. Pada 28 Februari 2009, Guan Eng telah mengugurkan Fairus sebagai Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang. Portfolio tersebut diberikan kepada Malik. Dua kali digugurkan jawatan, itu petanda Fairus memang menjadi "masalah" kepada PKR dan Guan Eng.


Memang jelas ada masalah dalaman. Kalau Fairus mahu sambung belajar, bagaimana dengan tugasnya sebagai seorang wakil rakyat? Apakah Fairus mahu mengikut jejak Elizabeth Wong yang bercuti ke luar negara? Inilah wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat, bila ada sahaja masalah, maka lari lah mereka ke luar negara. Lebih baik letak jawatan sahaja.

Berilah peluang kepada pengundi untuk memilih mereka yang benar-benar mahu berkhidmat kepada rakyat. Bukan lagi memilih mereka yang hanya pandai menjanjikan harapan, kemudian lari ke luar negara. Oleh itu, jangan tersilap pilih di Bukit Selambau dan Bukit Gantang.


AZRINIZAM IBRAHIM
Presiden Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)


sumber - anginperubahan

Tiada ulasan: