Dikhabarkan bahawa Anwar Ibrahim semakin risau, resah gelisah dengan keputusan Mahkamah Tinggi untuk membenarkan pemindahan kes liwat Saiful Bukhari. Anwar seakan sudah nampak suasana yang tidak akan mesra kepadanya kali ini. Anwar cukup resah kerana kes ini dikatakan mempunyai ’strong evidence’ kepadanya.
Memang benar, bukan tugas blog ini menjadi penghukum, samada bersalah atau tidaknya Anwar di dalam perkara ini. Itu kita serahkanlah kepada kebijaksanaan pihak mahkamah untuk menilainya. Si penuduh, membuat banyak kenyataan bahawa dia amat gembira dengan keputusan mahkamah - dan bersedia untuk mendedahkan segala bahan bukti berkaitan.
Ramai rakyat yang masih kurang percaya bahawa ini mampu berlaku dalam siri kedua - kepada kehidupan Anwar Ibrahim. Namun, sebagai sebuah institusi hukum - mahkamah mestilah mengambil sikap responsif dan bersiap untuk melaksanakan amanah besar.
Anwar dan barisan peguamnya, perlu berusaha keras untuk menidakkan pertuduhan ini sebagai suatu konspirasi atasan yang memualkan. Sayang, setelah apa yang berlaku kepada Anwar dan Elizabeth Wong - kewujudan kumpulan ‘trojan horse’ ini adalah suatu kebetulan yang sukar untuk dinafikan.
Setelah apa yang berlaku dahulu, apakah Anwar menjadi sebodoh itu untuk membenarkan seorang ‘drop-out’ berada di dalam pejabatnya. Sedangkan, kita tahu Anwar sangat ’selektif’ dalam memilih kakitangan, apatah lagi orang kanan yang menjaga diarinya sendiri.
Kita wajar tabik spring dengan Anwar, kerana dengan dugaan yang sedemikian hebat pun, Anwar masih mampu ke seluruh Negara - ke Bintulu, ke Seremban dan sebagainya - dan menyerang orang lain dengan kes yang telah dibuktikan tidak bersalah oleh mahkamah. Muka Anwar tampak selamba. Seakan tidak punya apa-apa masalah. Namun, hakikatnya - keluarga Anwar berantakan.
Anak lelaki Anwar dikatakan menjadi pengunjung tetap kelab malam di Kuala Lumpur. Kaki mabuk. Tidak terurus. Dan sentiasa dikelilingi wanita cantik. Ini bukan tuduhan. Ini suatu kenyataan yang benar dan hakiki. Apakah kita tidak wajar meragui -seorang anak lelaki, menjadi liar sedemikian rupa - sedang dididik dan ditarbiyah dalam suasana persekitaran Islamiyy. Inilah kifarat - kepada Anwar yang tidak amanah dengan kuasa dan tanggungjawab.
Sebagai anak seorang ‘pemimpin mithali’ (meminjam ungkapan yang selalu diungkap pemimpin ABIM kepada Anwar); tabiat dan perangai anak seorang pseudo-ulama’ seperti Anwar - tidak dapat diterima akal. Akhlaknya longgar. Tidak menggambarkan seorang budak yang diasuh dengan baik dan teratur. Al maklum, Anwar lama menyambung pengajian di Sungai Buloh - mungkin dalam tempoh itu, si anak ketagih kasih sayang seorang bapa.
Kita mengucapkan ‘Selamat Berjaya’ kepada Anwar - bukan sahaja dalam agenda besar untuk membebaskan dirinya daripada belenggu ‘konspirasi’ yang diciptanya sendiri. Lebih daripada itu, dalam mengembalikan semula keyakinan ahli keluarganya, terhadap ayahanda/suami mereka yang tersayang.
Kak Wan pun pastinya berhadapan dengan tekanan yang luar biasa. Harap semuanya kembali bertaut - dan tidak menuju ke ambang kehancuran. Anwar akan hilang ‘integritinya’ bila keluarganya sendiri - membuat undi tidak percaya kepada dirinya. Harap itu tidak berlaku.
sumber - Gelagat Anwar
Tiada ulasan:
Catat Ulasan