MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Feb 2009

Tindakan Elizabeth - Lebih Terhormat Daripada Anwar?



Elizabeth Wong, mantan Exco Negeri Selangor dan ADUN Bukit Lanjan - telahpun membuat pengumuman pagi tadi, bertempat di ibu pejabat PKR bahawa dia akan meletakkan semua jawatan yang ada. Mungkin menyedari, inilah perkara yang ‘terhormat’ yang boleh dilakukan untuk mengembalikan imej parti yang ‘luhur lagi transparent’ pada masa ini.

Eli pasti sedar - ‘politics of perception’ yang dicipta sendiri oleh de-facto leader kepada PKR, Anwar Ibrahim - adalah sesuatu yang tidak mungkin membenarkannya meneruskan usaha politik yang ada. Mungkin dalam benak Eli, ruang untuknya diterima semula dalam suasana ‘politik persepsi’ tidak akan wujud. Eli mungkin lupa, ada orang lain yang ’survive’ dengan skandal yang lebih besar.

Namun Eli - nyatanya seorang yang cukup bertanggungjawab. Skandal mesti ditangani secara yang terhormat dan jujur. Tidak perlu untuk menegakkan benang atau apa sahaja yang ‘basah’. Keputusan mesti dibuat untuk kebaikan parti dan rakyat.

Bagaimana mungkin seorang wakil rakyat berhadapan dengan rakyat; sedang wajahnya sudahpun berada dalam MMS hampir ramai pengundinya sendiri. Tak ramai yang mampu berbuat demikian. Ada seorang, yang dengan berani meminta maaf - dan akhirnya diangkat sebagai Timbalan Presiden MCA - tetapi itu kes lain.

Eli sudah memulakan ‘good precedent’ (contoh yang terbaik) di dalam PKR. Setiap pemimpin mesti dan wajar bertanggungjawab dengan kesilapan dirinya sendiri. Tidak ada yang lebih baik daripada itu. Apakah ini membayangkan seorang pemimpin perlu ‘maksum’? Tidak juga begitu - tetapi dalam ‘politics of perception’ ianya mungkin membawa mesej sedemikian rupa.

Namun, apa garis penentuan untuk mengambil keputusan sedemikian terhormat. Tersebarnya bukti. Salah di mahkamah. Atau apa? Politics of perception - hanya memberitahu bahawa ‘tidak boleh’ sebarang unsur tidak sihat dikaitkan dengan seseorang pemimpin - KECUALI pemimpin itu bernama Anwar Ibrahim. Ini standard baru. Kayu ukur baru. Kaedah penentuan baru.

Orang lain perlu membuat keputusan sukar; tetapi Anwar tidak. Apakah Anwar sudah tidak termasuk dalam ‘politics of perception’? Masih. Tetapi Anwar punya kaedah untuk menepis politik sebegini. Sehinggakan, kejijikan dan apa sahaja yang buruk - masih boleh diterima dan ditelan waima oleh kumpulan yang bergelar ulama’. Anwar - darjat politiknya sudah naik sedikit. Dengan kata-kata konspirasi - status Anwar sudah tinggi.

Eli tidak bernasib baik kerana berada di dalam parti yang salah. Kalau dalam parti lain - Eli akan dipertahankan sehingga ke titisan darah yang terakhir. Tetapi, tidak dalam PKR. Dalam PKR - semua orang mesti jadi luhur dan bersih - KECUALI…
Mewakili rakan-rakan di Bukit Lanjan; mengucapkan terima kasih di atas khidmat YB Eli selama ini.

Dalam episod ini - apakah Anwar tidak terasa sedikitpun malu dengan langkah terhormat orang lain? Tidakkah Anwar pun patut mengambil tindakan yang sama - dan menjadi sebahagian daripada budaya ‘politik persepsi’.

Maaf…ini bukan liga Anwar. Dia dan gelagatnya berada di dalam ‘liga’ yang lain.

sumber - Gelagat Anwar

Tiada ulasan: