MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

20 Feb 2009

Polis guna Interpol cari teman lelaki Elizabeth Wong

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata polis mungkin akan meminta bantuan Interpol bagi membantu mengesan Hilmi Malek, lelaki yang dikatakan kekasih kepada ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong.

Menurut beliau, adalah terlalu awal untuk mengatakan Hilmi sudah berada di luar negara kerana polis sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.


“Polis sudah memulakan siasatan dan biarlah mereka memulakan siasatan dan biarlah mereka melakukan kerja dan semua pihak memberi peluang polis melakukan apa yang patut,” katanya dalam seidang media selepas merasmikan mesyuarat agung ke-20 Persatuan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan (PPKKM) di sini semalam.


Bekas teman lelaki Wong itu sepatutnya memberi keterangan kepada polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya semalam, bagaimanapun beliau tidak muncul sehingga lewat malam semalam.


Media melaporkan lelaki tersebut yang dikatakan tinggal di Ampang sudah 10 hari tidak pulang ke rumahnya.


Lelaki tersebut yang pernah bekerja sebagai pembantu khas kepada Anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian dikatakan sudah berhenti bekerja sejak bulan lepas.


Syed Hamid berkata, berita tentang kes penyebaran gambar bogel itu tidak perlu diperbesarkan kerana ia membabitkan hal peribadi.


"Saya fikir tidak ada siapapun yang suka gambar mereka ketika berada dalam bilik tidur diperlihatkan di sana sini. Dia (Wong) telah membuat laporan polis dan biarlah polis menjalankan kerja mereka," katanya.


Polis Kuala Lumpur mengambil alih siasatan kes tersebut daripada polis Selangor bermula hari ini dengan dibantu pasukan Bukit Aman.


Ketua Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC II Datuk Ku Chin Wah berkata belum ada sebarang perkembangan terkini berhubung kes penyebaran gambar bogel itu dan polis masih mencari individu yang boleh membantu siasatan kes tersebut.


Kes itu disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan mengaibkan kehormatan seseorang, yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

sumber - Mstar


Tiada ulasan: