MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Feb 2009

Perak: 4 dilantik penasihat bertaraf exco

Feb 11, 09 12:02pm
Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mengumumkan pelantikan tiga penasihat menteri besar dan seorang ketua penerangan kerajaan yang semuanya bertaraf exco.

Mereka terdiri daripada Datuk Mohd Najumuddin Elias yang dilantik sebagai penasihat Hal Ehwal Agama Islam; Datuk Chang Ko Youn (penasihat Hal Ehwal Kaum Cina), dan Datuk S Veerasingam (penasihat Hal Ehwal Kaum India) manakala Datuk Hamdi Abu
Bakar dilantik Ketua Penerangan Kerajaan Negeri, lapor Bernama.

Chang merupakan timbalan pengerusi Gerakan peringkat nasional manakala Veerasingam adalah naib presiden MIC.

Dalam pilihanraya umum lalu, Chang tewas di Parlimen Beruas manakala Veerasingam pula kalah di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungkai.

Mohd Najumuddin pula menang di DUN Batu Kurau, manakala Hamdi menang di DUN Pengkalan Baru.

Dr Zambry turut mengumumkan portfolio bagi anggota exco kerajaan negeri.

Dalam senarai itu, Dr Zambry menjadi pengerusi Jawatankuasa Perancangan, Ekonomi, Kewangan, Keselamatan, Tanah, Hasil Bumi, Pertanian, Perumahan dan Agama.

Manakala Hamidah Osman dilantik exco kanan dengan mempengerusikan Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, ICT, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita; Datuk Ramly Zahari (pengerusi Jawatankuasa Insfrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air), Dr Mah Hang Soon (pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam).

Datuk Saarani Mohamad dilantik pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan, Perladangan dan Kebajikan; Mohd Zahir Abdul Khalid (pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi), dan Zainol Fadzi Paharuddin (pengerusi Jawatankuasa Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan).

Zambry mengangkat sumpah sebagai menteri besar yang baru Jumaat lalu selepas Barisan Nasional membentuk kerajaan negeri selepas kerajaan Pakatan Rakyat hilang sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN), ekoran tindakan empat anggotanya keluar parti masing-masing untuk menyokong BN.

sumber - Malaysiakini

1 ulasan:

taipingmali berkata...

Tahniah sekali lagi kepada yang dilantik terutamanya Kap B Ustaz Najimudin orang kampungku