MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

11 Feb 2009

Lagi ADUN PKR hilang... didakwa "tertangkap basah" oleh isterinya

Cerita Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan rakyat (PKR) 'hilang' yang bermula di Perak dan selepas itu di Kedah kini berjangkit pula di Selangor. ADUN PKR kawasan Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah dikatakan 'hilang' sejak lima hari lalu.

Difahamkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah memanggil satu mesyuarat khas yang melibatkan semua ADUN dan Ahli Parlimen PKR Selangor hari Khamis. Semua tertunggu-tunggu apakah akan ada lagi surat perletakan jawatan dikeluarkan ekoran kehilangan ADUN berkenaan atau seperti biasa BN akan dituduh melarikan ADUN PKR itu.

Sementara itu sumber PKR memberitahu, ADUN Pelabuhan Kelang itu 'menghilangkan diri' kerana pernah 'tertangkap basah' oleh isterinya sendiri. Ekoran itu pelbagai tekanan diterimanya daripada keluarga dan ahli-ahli PKR.

Selain itu, beliau juga kecewa kerana peruntukan kawasannya 'disekat' oleh Menteri Besar Selangor

sumber - Agendadaily.com


1 ulasan:

API kecil kawan BESAR LAWAN berkata...

Politik malaysia bertambah warna warni.

Kalau dulu banyak lembu nak bertarung didalam gelangan
dituruti sang katak,
sang b***,
kini sang sumpah-sumpah pun teringin nak digelar YB,
Yang Berhormat untuk dihormat,
Yang Berharta,
Yang Berusaha untuk diri dan diri-diri
Yang Ber...
Yang Ber...
Yang Ber...
Yang Ber...
Yang Ber...
tiada yang positif hanya negatif
banyak (bukan ramai) sudah pandai kurangajar
kurangdiajar
kurangdiajar lebih mengajar
tok guru
ustaz
muslim
yang muslim
hanya janji luaran
hati nanya ALLAH yang tahu
ALLAH, tuhan untuk semua manusia
ALLAH yang ESA
tidak beranak dan diperankkan
aku nak belajar semula rukun iman
percaya kepada HARI KIAMAT, KADA dan KADAR