MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

3 Feb 2009

Kes Perak : Betulkah wujud krisis PKR, DAP dan PAS ?




Kes Perak : Betulkah wujud krisis PKR, DAP dan PAS ?


Kemelut politik di Perak semakin menarik kerana selepas pilihan raya umum ke-12, inilah kali pertama pakatan pembangkang yang selama ini mempunyai banyak peluru melakukan serangan, kini berada dalam keadaan ‘kepungan’.

Pembangkang bukan sahaja dilihat tercari-cari alasan dalam isu ‘kehilangan’ dua Exco kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS Perak, malah kehilngan itu yang cuba dikaitkan dengan Barisan Nasional (BN) nampaknya tidak menjadi.

Sebaliknya, kini timbul pertentangan antara DAP dan PKR berhubung perkara berkenaan.

Ini ekoran kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar yang mendakwa telah menerima surat perletakan jawatan ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan ADUN Changkat Jering, Osman Jailu sebagai wakil rakyat.

Hasilnya beliu telah memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai kekosongan dua kerusi berkenaan dan meminta pilihan raya kecil diadakan sesuai dengan peruntukan undang-undang sedia ada.

Namun kedua-dua ADUN berkenaan menafikan telah menghantar surat berkenaan dan tetap berpendirian mereka masih lagi wakil rakyat yang sah dan akan terus melaksanakan tugas seperti biasa.

Tindakan Speaker DUN Perak itu mendapat dukungan Exco Kanan kerajaan campuran negeri itu, Datuk Ngeh Koo Ham yang juga merupakan Pengerusi DAP Perak dengan mempertahankan keputusan yang telah dibuat oleh Speakaer berkenaan.

Malah Ngeh memperkuatkan pendirian DAP bahawa mana-mana ADUN yang melompat parti, pilihan raya kecil yang baru hendaklah diadakan di kawasan berkenaan bagi emndapatkan mandat baru daripada rakyat.

Memperkukuhkan hujahnya lagi, Ngeh mahu undang-undang anti lompat parti digubal dan DAP katanya, akan menyokong akta berkenaan.

Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman pula dalam sidang media di Ipoh, hari Ahad menegaskan, kedua-dua ADUN tersebut masih lagi wakil rakyat PKR kerana tidak pernah menyatakan hendak keluar parti itu.

“Kita tidak menerima sebarang surat menyatakan mereka telah keluar parti. Jadi mereka masih tetap ADUN PKR,” katanya.

Berdasarkan senario yang berlaku dalam gelombang politik Perak yang semakin berkocak itu, nampaknya ada beberapa isu yang masih belum terjawab.

Antaranya, siapa yang menyerahkan surat perletakan jawatan Jamaluddin dan Osman kepada Speaker DUN Perak. Difahamkan surat itu tidak bertarikh yang telah ditandatangan oleh semua ADUN PKR selepas pilihan raya umum Mac lalu.

Difahamkan, ia disimpan oleh parti tersebut dan selepas pertemuan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan ADUN serta pemimpin PKR Perak, barulah surat tersebut keluar.

Namun kenapa selepas Speaker memaklumkan secara rasmi kepada SPR dua kerusi berkenaan kosong ekoran surat perletakan jawatan berkenaan, Pengerusi PKR Perak tetap mempertahankan Jamaluddin dan Osman masih lagi ADUN PKR dan mereka tidak meninggalkan parti.

Juga persoalan yang perlu mendapat pendirian rasmi kerajaan campuran Perak ialah bagaimana dengan kedudukan ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim yang melompat dari BN menyertai PKR.

Jika Exco Kanan Perak, Ngeh Koo Ham menyifatkan perbuatan lompat parti tidak bermoral dan ADUN terbabit perlu melepaskan jawatan serta diadakan pilihan raya kecil di kawasan terbabit, apakah ia dikongsi bersama oleh PKR dan PAS.

Umum mengetahui, PKR sudah tentu menyambut serta menadah tangan penyertaan Nasaruddin kepada mereka malah Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mempertahaka tindakan Nasaruddin itu sambil menyifatkan ia satu proses ‘demokrasi’.

Namun dalam kes dua ADUN yang ‘menghilangkan’ diri ini, Nizar menuduh ia merupakan perancangan jahat BN untuk menumbangkan kerajaan negeri Perak yang dipilih oleh rakyat.

Dalam konteks Nasaruddin, apakah ukuran demokrasi digunakan oleh Nizar tetapi belum pun tentu dan sudah pun dijelaskan oleh Jamaluddin dan Osman bahawa tidak timbul isu lompat parti, Nizar memperlihatkan tahap ‘gelabah’ yang amat tinggi bimbang hanya mampu bertahan menjadi Menteri Besar Perak tidak sampai satu tahun.

Senario yang berlaku di Perak, akhirnya memperlihatkan PKR tersepit dengan pendirian tegas rakan kerajaan campuran yang paling berpengaruh iaitu DAP.

Speaker DUN Perak yang juga anggota DAP telah mengumumkan kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang milik PKR yang dipertahankan oleh Pengerusi DAP negeri itu walaupun Pengerusi PKR Perak tetap mempertahankan dua wakil rakyat itu masih ADUN PKR.

Malah Pengerusi DAP Perak juga tidak setuju dengan amalan lompat parti yang selama ini menjadi usah berterusan PKR untuk mengajak wakil rakyat BN melompat.

Kita tunggu apa nak jadi pula. – 2/2/2009

sumber - Agendaily.com

1 ulasan:

Mudskipper berkata...

Barangkali ramai yang terlepas pandang rahsia disebalik kemelut politik Perak masa kini dan hakikat sebenar apa yang berlaku. Jengoklah ke posting terbaru saya di http://belacakbaroh.blogspot.com

Salam hormat