MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Feb 2009

Kes Liwat Anwar disambung hari ini dan esok

Oleh G. MANIMARAN

PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi dijadual mendengar selama dua hari mulai pagi ini berhubung permohonan semakan oleh pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke mahkamah tinggi.

Disember lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah telah memutuskan pendengaran bagi permohonan pendakwaan itu hari ini dan esok.



Salah seorang anggota pasukan peguam Anwar, Sankara Nair berkata, sesi mendengar permohonan itu akan berjalan hari ini dan esok.

"Saya percaya mahkamah hanya akan mendengar hujah kedua-dua pihak dan tidak mungkin ada apa-apa keputusan.

"Saya pun tidak menjangkakan proses penghujahan akan selesai hari ini," kata beliau ketika dihubungi 8 pagi tadi.

Sesi hari ini dijangka bermula selepas 9 pagi.

Anwar, 62, kini Ketua Pembangkang di Parlimen didakwa meliwat bekas pembantu khasnya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008 antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dituduh di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan. Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebatan.

Sementara menunggu perbicaraan, Anwar dibenarkan bebas dengan bon jaminan peribadi RM20,000.

Dalam blognya minggu lalu, Mohd. Saiful yang mendakwa diliwat oleh majikannya, berharap kesnya akan didengar tanpa penangguhan bagi membolehkan keadilan dipertahankan.

"Minggu depan menandakan enam bulan sejak kes ini didengar," kata Mohd. Saiful.

"Sehingga kini tiada tarikh ditetapkan untuk mendengar kes ini.

"Saya berharap dan berdoa agar kali ini tiada sebarang kelewatan untuk membolehkan keadilan dipertahankan," katanya lagi.

sumber: mStar Online

2 ulasan:

Unknown berkata...

Semoga kebenaran akan terbukti jua..siapa benar dan siapa salah..

Unknown berkata...

Lambatnya kes liwat Anwar ini nak didengar...asyik membuat semakan utk pindahkan ke Mahkamah Tinggi...
bila nak selesai...lepas tu asyik tangguh pulak..