Menggemparkan...kini tersebar luas gambar bogel Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Bukit Lanjan Elizabeth Wong.
Walaupun pada awalnya, timbul tanda tanya mengenai kesahihan gambar tersebut, namun Eleizabeth hari Isnin tampil mengaku gambar bogel yang tersebar itu adalah gambarnya.
Beliau yang pernah menjadi jadi pembantu khas kepada Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan membuat laporan polis ekoran penyebaran gambar berkenaan. Elizabeth ( gambar di atas yang menunjukkan beliau sedang bersandar ke badan Menteri Besar Selangor ) kini berhadapan dengan desakan agar beliau meletak jawatan kerana moralnya dipertikaikan.
Sementara itu, Naib Presiden PKR Azmin Ali berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dalam isu gambar bogel Elizabeth Wong.
"Pendirian kita dalam pakatan adalah jelas, kita tidak akan berkompromi dalam soal moral," ujar beliau.
Katanya, PKR akan mendapatkan keterangan Exco itu serta laporan polis sebelum memutuskan tindakan lanjut.
Dalam perkembangan yang sama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pula berkata isu itu akan dibincang dalam mesyuarat Exco Negeri, Rabu ini - 10.35 pagi -16/2/2009
sumber - Agendadaily
Tiada ulasan:
Catat Ulasan