MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

27 Feb 2009

Foto bogel: Hilmi saksi, bukan suspek



Feb 27, 09 4:23pm
Polis akan memanggil bekas kekasih Elizabeth Wong sebagai "saksi" dan "bukan suspek" kes penyebaran foto bogel exco kerajaan Selangor itu, kata Ketua Polis Kuala Lumpur.

Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata setakat pengetahuan polis, lelaki itu Hilmi Malek sekarang berada di Jakarta.

Tambahnya, maklumat yang diterima oleh polis bahawa Hilmi berada di Kuala Lumpur tidak dapat disahkan.

Setakat ini polis telah mengambil keterangan 14 orang berhubung kes foto Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan itu, katanya lagi.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan individu-individu terbabit atau latar belakang mereka.

Muhammad Sabtu juga enggan mengulas sama ada polis akan meminta bantuan agensi polis antarabangsa Interpol untuk menjejak Hilmi.

sumber - Malaysiakini

1 ulasan:

Unknown berkata...

Em..ramai sangat boyfriend Eli, sampaikan tak tahu yang mana sorang 'suspek'

poning!!!poning!!!