PUTRAJAYA: Empat Adun Perak kini berada di Pejabat Timbalan Perdana Menteri di sini, dipercayai bagi mengumumkan pendirian mereka menyertai Barisan Nasional (BN).
Mereka ialah Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi; Adun Changkat Jering, Mohd Osman Jailu; Adun Bota, Datuk Nasarudin Hashim; dan Adun Jelapang, Hee Yit Foong, dari DAP.
Kehadiran mereka ada kaitan dengan sidang khas Datuk Seri Najib Razak pada jam 5 petang ini, dipercayai bagi mengumumkan kedudukan politik semasa di Perak.
sumber - berita harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan