MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Feb 2009

Dua Exco PKR Perak ‘ hilang’…




Dua Exco PKR Perak ‘ hilang’…


Sehingga berita ini ditulis awal pagi Ahad suasana kalut terus menyelubungi Barisan Pembangkang mengenai ‘kehilangan’ dua Exco Kerajaan Negeri Perak dari parti PKR , Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Bin Jailu. Kedua mereka dikatakan tidak dapat dikesan sejak empat hari lalu.

'Kehilangan' mereka berdua ditengah-tengah suasana pembangkang merayakan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional kawasan Bota,Perak lompat masuk PKR tentunya mencuri perhatian.

Pengerusi PKR Perak Osman Abdul Rahman dalam satu kenyataan lewat petang Sabtu mengesahkan mengenai ' kehilangan Jamaluddin dan Osman.

“Kami ingin memaklumkan dua orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dari Parti Keadilan Rakyat; YB Jamaluddin Mat Radzi dan YB Osman Bin Jailu tidak dapat dihubungi sejak empat hari yang lalu, bukan sahaja oleh parti tetapi juga oleh ahli keluarga mereka.” katanya.

Beliau lantas mendakwa mereka percaya ‘ kehilangan’ itu ada kaitan dengan usaha Barisan Nasional untuk memujuk mereka lompat menyertai BN.Jamaluddin dan Osman menghadapi kes rasuah dan kes mereka akan dibicarakan di mahkamah mulai 10 Februari ini.

Jamaluddin ialah Exco bagi pembangunan usahawan, koperasi dan perdagangan manakala Osman pula bertanggungjawab ke atas pelancongan, pembangunan sumber manusia dan NGO.

Sementara itu kalangan pemerhati politik melihat dakwaan Pengerusi PKR Perak mengenai kehilangan dua berkenaan semacam satu ‘lawak jenaka’ mengenangkan semasa Nasarudin melompat parti masuk PKR,Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dengan bangga kata ‘ itulah demokrasi’.

Anehnya, kata mereka, bila bunyi saja desas desus wakil rakyat pembangkang nak lompat ke BN terus dituduh ada usaha beli mereka dan sebagainya.

Tidak kurang menarik baru semalam (Jumaat) Menteri Besar Perak menafikan desas-desus bahawa dua ahli Exco berkenaan akan menyertai BN dan menyifatkannya sebagai khabar angin yang tidak berasas dan tidak perlu dilayan.

“Lebih banyak khabar angin bahawa wakil rakyat BN akan melompat ke pembangkang berbanding khabar angin wakil rakyat kita sertai BN,” katanya.

Nizar juga menafikan khabar angin kononnya mereka menghilangkan diri dan gagal dihubungi sehingga kini.

“Yang Berhormat Kapten (B) Mohd. Osman Jailu ada sembahyang Jumaat di masjid hari ini manakala Yang Berhormat Jamaluddin Mohd. Radzi pula sedang bercuti,” katanya kepada para wartawan.

Berdasarkan kenyataan Pengerusi PKR Perak mereka ' hilang' sejak empat hari lalu nyata sekali Nizar berbohong kepada para wartawan dalam soal itu - 1/2/2009

sumber - Agendadaily





1 ulasan:

Ali Abdullah berkata...

Salam,

Kita hairan. Kenapa pihak pembangkang begitu mudah menuduh BN sebagai punca kepada semua musibah yang menimpa ahlinya?

Pakatan Rakyat sememangnya sengaja mencipta alasan yang tiada asas untuk mendapat simpati rakyat. Sebelum ini PDRM yang dituduh sebagai ajen BN, dihina dan dicaci manakala penjenayah diangkat mertabatnya sebagai hero.

Inilah yang terjadi apabila rakyat sudah dijamukan oleh cerita-cerita fitnah pihak pembangkang. Bolehkah negara kita makmur dengan huru-hara masyarakat?