MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Feb 2009

Di sebalik foto Elizabeth Wong...




Hari ini Elizabeth WONG menawarkan diri untuk meletakkan jawatannya sebagai ADUN Bukit Lanjang akibat beberapa rentetan peristiwa memalukan mengenai beliau. Anda boleh bacak laporannya di S.I.N.I. MB Selangor pula memberi beliau bercuti untuk menenangkan fikiran ataupun "menjejaki jurufoto amatur tersebut". Kemudian, Dato Seri Anwar Ibrahim pulak tuduh UMNO dan BN mempunyai kaitan dengan kes ini.


Elizabeth Wong mengatakan beliau menjadi mangsa keadaan dan hak-hak privasinya telah digondolkan oleh orang-orang tertentu yang dengki padanya. Di sini kita cuma mahu bincang dan perhatikan dari aspek moral seseorang pemimpin. Ini bukan sahaja berkaitan dengan pemimpin-pemimpin sesuatu parti, malam semua pemimpin yang terlibat dalam pentadbiran sesebuah kerajaan.

Ya, memang benar hak-hak privasi seseorang itu merupakan hak-hak mutlak yang seharusnya tidak diambil peduli oleh orang lain. Namun begitu, jika sesuatu perkara yang melanggar batasan rasmi seseorang yang beragama, bertatatusila, berpegang teguh dengan kepercayaan yang dianutinya, jelas sekali Elizabeth telah tewas dan tidak tersenarai dalam golongan ini.

Foto yang dipaparkan (setelah ditapis) jelas menunjukkan bahawa Elizabeth tidak mengamalkan corak hidup yang agak sopan. Mungkin kerana beliau masih bujang, beliau merasakan yang beliau boleh membawa mana-mana lelaki untuk tidur dan bergambar dengannya. Beginikah contoh corak hidup yang sesuai untuk diikuti oleh pegikut-pengikut bawahan yang mengundi beliau?

Situasi ini tidak ditujukan kepada beliau sahaja, malah kepada mana-mana pemimpin yang mengamalkan cara hidup ekstrim!

Ada yang tidak bersetuju apabila Khir Toyo mengambil contoh persamaan dengan kes Chua Soi Lek yang berlaku terdahulu dengan Kes Elizabeth yang ini. Ini adalah kerana, ada yang menganggap Soi Lek terlebih "power" dan Elizabeth hanya memaparkan beberapa keping gambar separa bogel yang bagi mereka tidak keterlaluan. Tambahan pula, gambar tersebut di ambil ketika beliau tidur...dan ini yang mereka anggap "mangsa keadaan". Sebenarnya situasi tersebut sama sahaja, corak hidup yang mereka amalkan amatlah tidak sesuai dengan adat ketimuran kita di Malaysia.

Ada yang menyokong penuh dan berdiri teguh dibelakang Elizabeth...semuanya atas dasar simpati dan tidak memandang "big picture" kepada permasalahan ini...sesuai benarlah beliau menawarkan diri untuk meletak jawatan, tapi kenapa sebelum siasatan dijalankan?

Wallahuallam...

sumber - pilihan-anda.blogspot.com

1 ulasan:

irsh berkata...

Apabila memerhati Press Conference Eli di TV3 malam semalam saya berasa sedih melihat Mak Cik-Mak Cik yang beragama Islam disekeliling Eli. Tak sedarkah Mak Cik-Mak Mak-Cik tersebut yang sebenarnya mereka telah bersubahat sekali dengan seorang perempuan yang belum berkahwin bersekedudukan? Taubatlah dan insaf lah jangan sebab Politik, Agama dibelakangkan. Inilah akibatnya bila Agama di Politikkan.