MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

19 Feb 2009

Bahasa politik : PAS sudah kalah II - Faisal Tehrani




Saya baru pulang dari berpergian (kembara), maka terlalu banyak emel yang masuk bertanyakan macam-macam.

Masihkah sudara ingat 'teguran' ikhlas saya ini? Artikel ini bertarikh 15 April 2008, tersiar di sini. (klik di sini) Waktu itu ramai yang mengecam ramalan saya. Ramai yang terlupa, saat ulama kalian mabuk, seniman selalu menjadi pengimbang.

Saya ulangi seperenggan dari 'makalah' tersebut:

"Memang jijik bahasa politik ini. Macam Presiden PAS, dua kali sudah saya dengar beliau mengajak ahli-ahli parlimen BN masuk Pakatan Rakyat. Katanya, mereka yang akan jadi katak lompat ini tidak akan dibayar. Fuhh, sudah pandai bahasa politik Machiavelli rupanya. Lompat parti samada berbayar atau tidak berbayar adalah keji, adalah satu korupsi. Ia salah. Yang bermaruah, beretika dan tidak keji ialah letak jawatan dan bertanding sekali lagi. Baru jantan. Aneh, ada ulama mengulang bahasa politik begini."

Tidakkah apa yang diramal menjadi benar? Maklum, sedang ghairah; maka tuntutan supaya bermuhasabah tak mahu dilunasi. Alangkah benarnya kata-kata al-Marhum Imam Khomeini, politik tanpa ahlul bait hanya ada dua, politik syaitani (seperti Amerika Syarikat dan Zionis); dan politik haiwani (politik yang kita lihat sekarang ini). Hanya politik dengan bumbu sebenar iaitu kembali kepada ahlul bait kita akan memetarai politik Ilahi. Politik bersih suci ini diperlihatkan oleh Rasulullah saw dan ahlul bait; Saidina Ali, dan Saidina Hassan dan kerana ia semua diingkari (sehingga menjadi semakin hewan dan setan) oleh Muawiyah dan Yazid, Saidina Hussein harus bangkit melakukan nahi mungkar yang agung. Ia menjadi simbol kekuatan Islam hingga hari ini.

Pernahkah sudara mendengar pepatah: senjata makan tuan? Soalan saya yang sudah tidak kuasa lagi menegur; eh sampai bila 'kalian' mahu bergelumang dengan politik syaitan dan haiwan?

sumber - Faisal Tehrani

1 ulasan:

Unknown berkata...

Tok Guru, sedarlah dan kembali ke pangkal jalan. Janganlah hanya ikut telunjuk dan suka menumpang 'politik syaitan dan haiwan'....

Sedarlah sebelum terlambat. Kerana musuh Islam ada di depan mata anda..