MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Feb 2009

Ada ‘anai-anai’ dalam PKR nak jatuhkan Khalid ?

Oleh: ROSLAN BIAN

Kini sudah jadi reaksi yang standard apa saja yang berlaku dalam barisan pembangkang itu kerja jahat Barisan Nasional.

Begitu juga halnya dalam kontroversi dakwaan salah guna kuasa isu kereta Lexus dan lembu membabitkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta isu gambar separuh bogel Exco kerajaan negeri, Elizabeth Wong di Selangor?
Perlu diingat, laporan salah guna kuasa Menteri Besar itu dalam kedua-dua kes dibuat oleh Gerakan Anti Korupsi Malaysia (GERAK) manakala gambar ADUN Bukit Lanjan itu dipercayai dirakam oleh ahli PKR yang juga dikatakan teman lelaki, Wong.

Jadi kenapa BN dan UMNO yang dituduh. Apakah tohmahan terhadap BN serta UMNO hanya skrip untuk tutup cerita lain yang lebih menarik dan sedang berlegar di kalangan pemimpin PKR di Selangor?

Ikut empunya cerita ada ‘anai-anai’ dalam parti yang sudah 'baling batu sembunyi tangan' bagi menunjukkan kelemahan pimpinan Khalid dan Menteri Besar perlu diganti orang lain.


Khabarnya Khalid bukanlah pilihan utama mengetuai kerajaan campuran selepas PKR,DAP dan PAS menawan Selangor pada Mac tahun lalu.


Dua pemimpin yang disebut-sebut adalah Naib Presiden PKR, Azmin Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.


Azmin selain ADUN Bukit Antarabangsa adalah ahli parlimen Gombak manakala Dr Hassan pula ADUN Gombak Setia. Kedua-dua mereka pernah menjadi ADUN ketika Selangor ditadbir kerajaan BN.


Bagaimanapun, kerana PKR menang 15 kerusi DUN berbanding lapan oleh PAS dan dengan persetujuan bertulis pemimpin DAP, jawatan Menteri Besar diberikan kepada PKR.


Namun kerana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah siap sedia dengan pelan 16 September untuk mengambil alih kerajaan, Azmin difikirkan lebih layak mengisi jawatan tinggi dalam kerajaan pusat.


Setelah pelan itu gagal kerana tiada ahli parlimen BN lompat sertai pembangkang, khidmat Azmin dilihat lebih perlu di Selangor tambahan pula Khalid berdepan pelbagai isu yang boleh menyebabkan kredibeliti kerajaan campuran di negeri itu terjejas.


Antara isu pernah dibangkitkan adalah dakwaan salah guna kuasa kutipan dana sambutan 100 hari pentadbiran tiga parti itu di Selangor dan Khalid dikatakan mengalih beban itu kepada pegawai tugas khasnya Yahya Saari yang kemudiannya dipecat.


Banyak lagi itu lain termasuk gagal menunaikan janji ketika pilihanraya lalu tetapi yang mencabar maruah PKR apabila GERAK membuat laporan salah guna kuasa terhadap Khalid yang guna wang kerajaan negeri untuk selenggara kereta peribadi dan beli lembu korban yang dihantar ke parlimen Bandar Tun Razak.


Seperti biasa, mereka menuduh semua itu konspirasi BN dan UMNO. Suruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut dipersalahkan apabila Ketua Pesusurhjaya Datuk Seri Ahmad Said Hamdan membuat kenyataan, pihaknya membukti cukup bukti untuk mendakwa Khalid dalam dua kes tersebut.

Sebaliknya, ada sumber-sumber dalaman PKR mendakwa kenyataan menyalahkan BN dan UMNO dalam isu tersebut dan kes Elizabeth adalah helah pemimpin parti itu bagi menutup cerita adanya usaha menggantikan orang lain sebagai Menteri Besar.


Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo ketika mengulas isu ini beberapa hari lalu juga mendedahkan kemungkinan tersebut tambahan pula yang dipercayai merakam gambar Wong adalah ahli PKR.


Apakah benar ada usaha menjatuhkan Khalid oleh orang dalam parti itu sendiri?


Azmin ketika ditanya Agendadaily kebenaran cerita-cerita tersebut menyifatkan dakwaan itu tidak berasas langsung.


Berikut soalan Agendadaily kepada Azmin selepas beliau selaku Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor mengadakan sidang media di Subang Jaya, Sabtu bagi menyatakan sokongan padu terhadap Khalid dan membidas SPRM kerana kenyataan Ahmad Said, semalam


Agendadaily: "YB, memandangkan yang disyaki merakam gambar itu ahli PKR dan ada maklumat mengatakan dia berkawan rapat dengan YB sendiri…,".


Belum sempat habis soalan, Azmin terus menyampuk dengan tegas, katanya ," Ini spekulasi you, Mana you tahu dia merakam itu, belum ada bukti...itu disyaki,.. biar polis jalankan siasatan. Saya sebagai pemimpin parti saya berkawan dengan semua orang. Saya ahli parlimen, saya ahli dewan undangan negeri. Saya berkawan dengan ahli UMNO, ahli parlimen UMNO, saya berkawan dengan pemimpin UMNO.


"Apakah itu isunya?...Isunya sekarang ialah bagaimana taktik dan kotor dan jijik ini jadi amalan UMNO dan Barisan Nasional untuk jatuhkan sebuah kerajaan yang dipilih secara demokrasi dan ini mesti ditolak oleh rakyat,".


Agendadaily: Tidak timbul dakwaan kemungkinan ini usaha dalaman PKR untuk ini (ganti) Tan Sri Khalid?


Azmin kali ini menjawab dalam nada agak lembut. Katanya, "Ini tuduhan yang tidak berasas sama sekali. Bagi kita dalam pakatan dan Keadilan, kita mempunyai hubungan cukup baik. Kita ada perbezaan pandangan dan pendapat tetapi kita bincang secara kolektif dan membuat keputusan secara konsensus dan ini jadi kita lebih kuat di semua negeri yang kita perintah,".


"Inilah yang dicemburui oleh UMNO dan Barisan Nasional dan guna taktik-taktik kotor seperti ini. Namun saya kira di Selangor, akan terus mantap dan kukuh dengan serangan terbaru ini…Hari ini semua ADUN dan ahli parlimen pakatan bersatu hati mendukong kepimpinan Tan Sri Khalid dan kita akan mempertahankan beliau dalam kes yang jahat oleh Barisan Nasional ini..OK, terima kasih.- 21.2.2009

sumber - Agendadaily

Tiada ulasan: