MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

29 Jan 2009

Ramlang Porigi saman Jakim jika rayuan ditolak



Ramlang Porigi saman Jakim jika rayuan ditolak


Jan 29, 09 11:49am
Bekas imam Masjid Wilayah Persekutuan yang dipecat daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atas alasan berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil tindakan saman.

Ramlang Porigi, yang berceramah dan mengadakan sidang media bersama PKR ketika pilihanraya kecil Permatang Pauh tahun lepas, diberhentikan perkhidmatannya minggu lepas.

Dalam surat bertarikh 20 Januari, ketua pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz menyatakan bekas imam muda itu didapati "bersalah dan dikenakan hukuman buang kerja".

Lembaga Tatatertib Kumpulan Sokongan (No 1) Jakim yang dipengerusikan oleh Wan Mohamad mengambil keputusan itu dalam satu mesyuaratnya pada 16 Januari lalu.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, beliau bagaimanapun akan terlebih dahulu mengemukakan rayuan kepada Jakim - selewat-lewatnya minggu depan - untuk mempertahankan haknya.

sumber - Malaysiakini


1 ulasan:

Unknown berkata...

Kenapa pula ustaz ni nak menyaman orang?

Masa buat dulu tak fikir ke tentang periuk nasi. Kenapa tak kerja jadi imam sembahyang anwar / tolong bagi kuliah subuh kat anwar.

Suh anwar la bayar ekau...ustaz jadian oiiii..