MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

18 Jan 2009

Portal Malaysiakini perlekeh usaha bantu Palestin



Portal Malaysiakini perlekeh usaha bantu Palestin


KUALA LUMPUR 7 Jan. – Persatuan Ulama Malaysia (PUM) mengutuk tindakan portal berita Malaysiakini kerana menyiarkan kenyataan pembacanya yang disifatkan menghina usaha semua pihak yang memberi maklum balas positif terhadap isu Palestin. Setiausaha Agungnya, Khairul Anuar Mustafa berkata, kenyataan ABDULLAH ANTI ISRAEL POSTURING bertarikh 6 Januari yang ditulis dalam bahasa Inggeris itu jelas memperlekehkan usaha semua pihak yang ingin membantu rakyat Palestin daripada cengkaman tentera Zionis termasuk kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam.

‘‘Mereka bukan sekadar menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi seorang yang hipokrit dalam memperjuangkan isu Palestin. Bahkan, orang ramai termasuk NGO yang menyertai demonstrasi membantah kekejaman Israel turut dituduh menerima upah untuk tujuan tersebut. Perbuatan ini sungguh biadab dan tidak boleh dimaafkan,’’ katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Khairul, portal itu juga turut mempersoalkan tindakan negara anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), pasukan pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) termasuk Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) dalam menangani isu Palestin. Soalan saya : Siapa di belakang portal Malaysiakini? Kenapa mereka asyik memberi liputan special kepada antiIslam di Malaysia? Dan sering tersalah laporannya hingga berkali-kali memohon maaf kepada umat Islam? Lihatlah sedutan dari blog Anwardotcom :"Matlamat utama penajaan FNF adalah untuk mewujudkan konsep liberalisme di Malaysia. Aktivis PKR termasuk Jonson Chong, Dr Zaliha Mustafa, Cheah Kah Peng, Beh Lih Yi (Malaysiakini) turut ditaja oleh FNF untuk menjayakan konsep ini."


Kehadiran Beh Lih Yi mewakili Malaysiakini telah mengesahkan kaitan Anwar, PKR dan Malaysiakini berasaskan sumber penajaan yang sama. Portal itu sendiri dalam artikelnya “Malaysiakini: Free or pay?” mengakui bahawa Malaysiakini ditaja oleh FNF, Asia Foundation dan Open Society Institute (OSI), milik George Soros.


Malah satu lagi projek rangkaian Malaysiakini iaitu Asia247.tv (Malaysian Internet TV channel) merupakan projek tajaan FNF. Jeremiah Foo, Sam Hui team video Malaysiakini juga merupakan team video Asia247.tv. Malah team tajaan FNF ini berusaha mencari pelapis-pelapis baru dengan menaja bengkel pembikinan video dengan bekerjasama Youth for Change (Y4C) link asal sila klik sini : http://anwaribrahimdotcom.blogspot.com/2008/08/dari-permatang-pauh-ke-putrajaya-anwar.html



Bagi Tuan Blog : Berdasarkan kepada kontroversi yang sering ditimbulkan Malaysiakini jelaslah bahawa pemikiran sebahagian penulis dilaman ini berorientasikan pemikiran liberalisasi agama. Sayangnya, ia tidak mudah dihidu kerana berkonsepkan politik dan sosial. Akhirnya ia dianggap sebagai media alternatif untuk mereka yang memperjuangkan keadilan sejagat. Semoga Allah memelihara kita dari penyelewengan pemikiran liberalisasi agama.

sumber - al-ghari.blogspot.com

Tiada ulasan: