MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Jan 2009

Nepotisme - Anak-Anak Anwar join politik ?



Nepotisme - Anak-Anak Anwar join politik ?


Kumbang nak cerita tentang anak-anak Anwar sekarang yang cenderung untuk mengikut jejak langkah ayah mereka. Iaitu terlibat dalam politik. Mereka yang dikatakan menderita kerana ayah mereka dipenjarakan selama 6 tahun, kini memulakan langkah untuk kononnya memperjuangkan 'keadilan' dan meneruskan perjuangan bapa mereka. Idola mereka siapa? Tentunya ayah mereka sendiri iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang sering melaungkan menentang nepotisme, kini membiarkan anak-anaknya terlibat dalam politik. Bukan nepotismekah ini namanya?

Walaupun beliau menolak nepotisme mentah-mentah. Namun, dengan kepetahan Anwar bercakap. Tentu beliau mampu memberi alasan untuk menghalalkan tindakan anak-anak beliau menyertai politik.Kumbang tidak hairan.

Kita lihat pemerintahan keluarga (dinasti) berlaku dalam UMNO. Paling jelas Hishamuddin adalah sepupu kepada Najib Tun Razak. Malah Hishamuddin pun turut meneruskan legasi UMNO daripada datuknya Dato Onn. Mukhriz pun juga kini ingin meneruskan langkah bapanya Tun Dr Mahathir di persada UMNO.

Jadi apa bezanya PKR dengan UMNO?

Jika kita bandingkan penyertaan anak-anak Anwar dalam politik dan pemerintahan berunsur dinasti dalam UMNO. Kumbang lihat tiada bezanya.


Malah sekarang kita lihat parti PKR sendiri adalah seperti parti keluarga milik Anwar Ibrahim, dengan penyertaan isteri dan anak beliau di dalam parti itu.


Kita kembali ke kisah politik anak-anak Anwar. Kumbang mulakan dengan Nurul Izzah, anak sulung kepada Anwar. Nurul Izzah membuat kejutan dengan memenangi parlimen Pantai Dalam, mengalahkan nenek Sharizat seorang menteri pada ketika itu.

Bukan untuk memburukkan beliau, tetapi ada cakap-cakap daripada Pantai Dalam tentang betapa tidak berfungsinya Izzah di kawasan mereka. Begitu juga di Parlimen, Izzah langsung tidak dapat berhujah dengan baik dan jarang-jarang benar untuk bercakap di Parlimen.

Pada Kumbang sebagai seorang ahli politik, kita tidak boleh berasa selesa dengan apa yang kita ada. Status anak Anwar Ibrahim tidak pasti akan menjamin survival Nurul Izzah dalam politik. Walaupun masih baru, beliau perlu banyak belajar. Lihat KJ, pertama kali menjadi ahli parlimen. Sudah sering kali membuatkan kem pembangkang tidak senang duduk. Bila Nurul Izzah bangun pula, seakan tiada apa yang terjadi di pihak kerajaan. Malah pembangkang pula yang tidak senang duduk melihat anak pemimpin mereka gagal menyerlah dalam berhujah.


Gambar: Nurul Nuha berceramah di satu program ceramah di USJ


Anak anwar seterusnya, adalah Nurul Nuha. Beliau juga cenderung melibatkan diri dalam politik seperti kakaknya. Kalau kita lihat, setiap kali sidang media dilakukan Anwar. Nurul Nuha pasti ada di belakang Anwar bersama kakaknya Nurul Izzah. Nurul Nuha juga dikhabarkan bukan calang-calang orang kerana dapat melanjutkan pelajaran di luar negara (Kumbang tak hairan sebab dia anak V.I.P) dan dikhabarkan juga Nurul Nuha pandai bertutur dalam bahasa mandarin. Satu bonus bagi beliau untuk terjun dalam bidang politik. Senang untuk tarik undi kaum cina.



Gambar: Ehsan kanan sekali, renggang dengan bapanya.


Bagaimana dengan Ehsan? Anak lelaki Anwar ini dikatakan renggang dengan bapanya, kerana Anwar tidak mahu bersumpah menafikan meliwat Saiful Bukhari. Ada di kalangan kawan Kumbang yang beritahu , Saiful sudah lama berkawan baik dengan Ehsan. Disebabkan itu Ehsan tidak dapat menerima jika bapanya enggan bersumpah. Kawan Kumbang juga beritahu disebabkan hal itu juga, Ehsan sudah menjadi semakin nakal. Beliau kini kuat merokok dan selalu pergi ke kelab. Kelab mana Kumbang tak pula diberitahu, mungkin kelab mengumpul setem ke? atau kelab-kelab lain.


Persoalannya, adakah Ehsan selaku anak lelaki Anwar tidak mahu mengikut jejak bapanya. Tidak manis rasanya jika hanya anak perempuan Anwar sahaja yang aktif dalam politik Sedangkan beliau masih ada anak lelaki.

Adakah beliau tidak minat langsung tentang politik dan meneruskan perjuangan bapanya?


Soal Anak-anak Anwar yang lain, Kumbang tidak pula terdengar cerita tentang penglibatan mereka di dalam politik. Mungkin masih kecil atau sedang belajar. Apa-apa pun selamat maju jaya kepada anak-anak Anwar ini. Kehadiran mereka mungkin akan memeriahkan lagi dunia politik tanah air. Cuma diharapkan, mereka akan menjadi ahli politik yang berkualiti. Bukan hanya menumpang kepada nama besar ayah mereka sahaja.


Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?


P/S: Manis ya Nurul Nuha, tapi bila memikirkan mahu memertuakan Anwar. Kumbang tak dapat pun tak apalah.


sumber - analisis ringan

4 ulasan:

Unknown berkata...

Saudara Kumbang,

Pengetahuan yang bagus & berguna

Teruskan analisis ringan anda supaya kita semua lebih 'mengenali' Siapa Anwar sebenarnya.

Sangtawal Sakranta berkata...

salam ,

bagaimana pula dengan kit siang dan guan eng serta karpal dan gobind??

nama saja PR,tapi ia akan menjadi parti 3 dinasti nanti.

nepotisme???

anwar...kata dulang paku serpih!

tepuk air dalam dulang...air naik percik muka sendiri!

Panglima Perang Cyber berkata...

salam ...

lagi sayang PAS tak sedar dengan siapa dia berkawan.

Bukankah memilih kawan disuruh oleh Islam ?

tapi pas ikut ajaran mana pun tak tahulah sekarang..

demi kuasa kuasa kuasa hancur segala.

Tanpa Nama berkata...

salam,
Anwar orang politik..kejap cakap lain..nanti cakap lain pula.
Dulu tak betul..sekarang betul pula.
Itulah Anwar Ibrahim