MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Jan 2009

Ezam dedah putar belit Anwar



Ezam dedah putar belit Anwar


Dalam kepenatan baru tiba dari Kuala Lumpur terus ke K Terengganu, tak sampai pun 10 minit tiba di tempat ceramah, Ezam Mohd Nor tidak menghampakan hampir 1,000 hadirin yang datang mendengar ceramah sulungnya malam tadi…..

Kemunculan Ezam yang amat dinanti-nantikan oleh pengundi di Kuala Terengganu menyaksikan satu lagi Pembongkaran Eksklusif tentang manusia durjana bernama Anwar Ibrahim!


Ezam telah berjaya menarik perhatian semua hadirin apabila mengulas tentang Isu 6 Kotak Dokumen Rasuah. Isu ini cuba dimainkan oleh beberapa pendekar pendekar tempang Anwar yang sanggup menjadi cicak mengkarung. Ternyata permainan ini sudah memakan diri mereka sendiri.


Selain berjaya menjelaskan keadaan sebenar bahawa Anwar yang menyimpan kesemua 6 Kotak Dokumen Rasuah, diamana Ezam telah pun memberikan kenyataan ini kepada pihak polis sewaktu siasatan keatasnya sekitar tahun 1999, lahir pula sebuah kisah mendedahkan tembelang Anwar Ibrahim…..


“Sebenarnya sewaktu saya berdua bersama Anwar berbincang mengenai 6 Kotak ini selepas beliau dipecat, Anwar telah memberikan satu arahan kepada saya, dan saya masih simpan rahsia tersebut sehingga ke hari ini..” kata Ezam


“tidak ada seorang pun yang tahu apa yang Anwar arahkan untuk saya lakukan, dan saya masih ingat sampai ke hari ini, tarikh peristiwa tersebut..” tambah Ezam.


“kalau kita semua masih ingat, 7 September 1998, Anwar telah menghentam Tun Mahathir dengan pelbagai kata-kata selepas beliau dipecat dari semua jawatan… Tetapi, keesokkan harinya, pada 8 September 1998, Anwar telah mengarahkan saya untuk membantunya berdamai dengan Tun Mahathir..” begitulah cerita Ezam malam tadi.


Sudah pasti Ezam masih ingat tarikh tersebut sebab pada hari yang sama, isterinya yang dikasihi telah dimasukkan ke hospital untuk melahirkan anak bungsu mereka, itulah kali pertama Ezam tidak berada disisi isterinya disaat menyambut kelahiran anaknya kerana mahu membantu bekas bossnya, Anwar Ibrahim.


Inilah rupa manusia durjana bernama Anwar yang handal menari Kopi Dangdut memperdaya rakyat secara sembunyi, hari ini membakar semangat pengikut-pengikutnya kununnya lantang menentang Tun Mahathir tetapi keesokkan harinya mahu pergi menyembah kaki mantan Perdana Menteri itu…..


Ezam diakhir ceramah mencabar Anwar untuk turun ke K Terengganu memberikan jawapan kepada persoalan tersebut, itu pun sekiranya Anwar berani untuk berbuat demikian. Setelah selesai berceramah, sewaktu ditanya oleh wartawan media apakah Ezam masih menyimpan bukti keatas tindakan serta arahan Anwar itu, Ezam mengakui bukti itu ada padanya, tetapi enggan menjelaskan secara terperinci kerana mahu tunggu jawapan Anwar Ibrahim terlebih dahulu...


Ternyata Ezam kini membuka gelanggang untuk bertarung dengan Anwar dan di waktu yang sama tidak akan melayan pendekar pendekar tempang tunggangan Anwar …. Rakyat K Terengganu bertuah kerana menjadi yang pertama mendengar rahsia selama 10 tahun disimpan oleh Ezam. Malam ini, 11 Januari, Ezam dan rakan rakannya akan sekali lagi berceramah di Perkarangan Rumah Flat Lama Blok C, Bukit Kecil yang berhampiran dengan pejabat Perhubungan PKR Terengganu.


Sifir politik Anwar mahu membenam Ezam dengan mengarahkan barua baruanya untuk membangkitkan Isu 6 Kotak kini menjadi racun untuk beliau telan apabila rahsianya yang selama ini disimpan oleh Ezam sejak 8 September 1998 terbongkar…..


Apalah nasib Anwar, selepas Pembohongan 16 September, kini muncul Rahsia 8 September…..


http://medan-info-kita.blogspot.com



Analisis Kumbang..



Kumbang tak mahu ulas banyak mengenai hal ini. Semuanya telah diterangkan dengan lengkap oleh video dan artikel daripada blog Medan Info Kita di atas.


Persoalan analisis Kumbang pada hari ini ialah bagaimana dengan pendedahan yang sebegitu banyak dilakukan Ezam ini, tetapi masih kedengaran suara-suara di luar yang mengatakan ianya konspirasi dan propaganda kerajaan .

Begitu juga dengan penyebaran begitu banyak maklumat di blog AnwarIbrahimDotCom yang semua berasaskan sumber sahih daripada seluruh dunia. Namun tetap dipandang enteng oleh pentaksub Anwar yang terus melabelkan blog itu sebagai blog fitnah.


Fenomena ini Kumbang rasakan sangat-sangat tidak sihat. Kerana perasaan taksub melampaui akal fikiran. Apa yang kumbang mahukan bukan untuk mereka menyokong kerajaan tetapi sekurang-kurangnya mereka perlu mengambil tahu tentang pemimpin mereka. Bukan setakat hanya menyokong membuta tuli.


Adakah kerana ucapan beliau yang cukup menarik kita akan menyokong beliau?
Adakah kerana beliau pandai mewujudkan rasa simpati, kita akan merasa kasihan dan menghalalkan semua yang dikata oleh Anwar?

Adakah kerana Anwar dahulu seorang pejuang tegar,kita akan terus menyokong beliau tanpa melihat apa yang beliau rencanakan sekarang?


Kumbang mengakui Anwar suatu ketika dahulu adalah seorang pejuang yang kita ketahui peranan beliau dalam kepimpinan pelajar dan ABIM. Sehinggakan media pun menyokong pembebasan beliau daripada ISA ketika itu(tahun 70-an) dan mengkritik kerajaan.


Siapa Anwar?

Persoalannya, siapa Anwar Ibrahim sekarang?


Ezam telah mendedahkan beberapa perkara mengenai Anwar Ibrahim. Antaranya pencabulan dasar yang mementingkan orang melayu untuk menarik undi kaum bukan melayu.

Begitu juga dengan hal agama yang dipandang remeh oleh Anwar. Penggunaan nama Allah oleh orang Khristian dan sebagainya. Demi apa?

Demi survival politik beliau sendiri. Lihat bagaimana seorang pejuang tegar yang sanggup masuk ke dalam penjara Taiping kerana memperjuangkan agama,bangsa dan negara kini menggadaikan apa yang diperjuangkan itu demi meraih undi dan kuasa.


Anwar juga sekarang dikaitkan dengan pelbagai organisasi yahudi antaranya RAND Corporation dan begitu juga dengan kenyataan beliau yang menyokong Paul Wolfowitz seorang yahudi yang bertanggungjawab membunuh ribuan manusia di Iraq.


Lihat bagaimana pemimpin dunia Islam yang dikatakan sebagai contoh ini bersekongkol dengan yahudi. Apakah di sebalik semua ini?


Adakah Anwar ada merancang sesuatu dengan yahudi-yahudi ini ke atas Malaysia. Anda semua tahu jika menyebut tentang yahudi adakah sesuatu yang baik akan dilaksanakan. Jawapannya tidak. Kita semua sudah mengenali siapa itu yahudi dengan fahaman zionis mereka.

Adakah Anwar tidak tahu semua itu?


Anwar juga turut sekarang dikaitkan dengan 'Islam Moderate' yang jelas adalah aspirasi barat untuk mewujudkan seseorang itu menganuti Islam 'gaya amerika'. Anwar juga digelar oleh mereka sebagai muslim moderate dan liberal.

Beliau yang dahulu memperjuangkan Islam dengan radikal kini tunduk patuh kepada Amerika untuk membawa aspirasi 'Islam Moderate'.


Lihat tiga faktor besar ini : penggadaian dasar melayu,kaitan dengan yahudi dan Islam moderate.

Jelas menunjukkan siapa Anwar sebenarnya pada masa kini. Bagi mereka yang masih belum buka mata mungkin ini adalah konspirasi dan propaganda UMNO.


Jika benar ini adalah konspirasi dan propaganda UMNO. Tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana begitu pandai dan licik melakukan kospirasi ini, sampaikan gambar dan video Anwar boleh di'super impose'kan dengan Paul Wolfowitz dan rakan-rakan yahudi beliau yang lain.

Lagi menarik adalah penulis dari satu dunia mengkritik Anwar malah daripada Amerika sendiri ada yang menulis dan mengkritik. Lihat jelas bagaimana begitu istimewa konspirasi kerajaan kita, kerana melangkaui seluruh dunia. Jika benarlah anggapan pentaksub Anwar.


Kumbang, hanya manusia kecil di Malaysia ini. Tapi Kumbang cuma mahu merayu. Bukalah mata, mulalah berfikir.

Adakah Anwar benar-benar relevan di Malaysia ini?
Buatlah jawapan sendiri...


Pendapat anda bagaimana tentang isu ini?


P/S: Kumbang tak sentuh isu liwat lagi, mungkin lain kali. Lagipun geli nak cerita.

sumber - analisisringan.blogspot.com

4 ulasan:

nia berkata...

sedih ngan Anwar ni...
hurm....nape skang die camni ek?? dlu nia sokong die, tpi skang, nak denga sore die kat tv pon menyamph sangt..

Tanpa Nama berkata...

Salam nia..
tak tahulah mungkin kerana kuasa dan dendam.

ladybird berkata...

Bulan september ni rupanya sangat istimewa kepada anwar...patutlah dia pilih 16 september untuk jadi PM...

Saya harap Ezam terus mendedahkan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim, supaya kita tahu siapa sebenarnya Anwar Ibrahim yang banyak membawa keburukan kepada negara...

SAY NO TO ANWAR

Tanpa Nama berkata...

Ezam terus dedahkan!!!