MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Jan 2009

Anwar Ibrahim - Pemimpin Islam Liberal Alaf Baru



Anwar Ibrahim - Pemimpin Islam Liberal Alaf Baru


Ramai yang mungkin pernah mendengar "Islamic Liberal".. namun ramai yang kurang mengetahui pergerakan Islam Liberal ini sudah bergerak berleluasa di serata dunia.

Islam Liberal merupakan salah satu ideologi di mana ianya merupakan satu konsep yang mengambarkan "pengasingan kuasa". Jika kita merujuk dalam konsep Islam Liberal ini pula, Islam ini dipisahkan daripada ras-ras agama dan kehidupan dan Islam hanyalah bersifat agama semata-mata dan tidak boleh disamakan dengan kehidupan. Akan tetapi Islam sebenarnya "syumul" yakni Islam merupakan kehidupan kita setiap masa " The Way Of Life".

Usaha mereka ini nyatalah amat bahaya dan boleh menghilangkan akidah umat Islam di seluruh dunia. Jika kita tidak membendung perkara ini, maka tidak hairanlah ada wanita yang sanggup menjadi imam lalu mengimamkan solat Jumaat dan ada masyarakat cuba untuk mengunakan dan memanipulasikan Islam untuk kepentingan individu..

Di negara kita satu konsep yang cuba dibawa oleh pemimpin pembangkang adalah konsep yang dinamakan sebagai "Neo Islamic Conservative". Di mana ianya merujuk kepada konsep "Neo Conservative" iaitu "orang-orang yang tidak mengamalkan konsep Yahudi mengaku diri mereka adalah orang dan golongan Yahudi" mereka ini menyokong penuh dan menganggap diri mereka adalah bangsa Yahudi tetapi mereka hanyalah Yahudi di mata sahaja.. sebagai contoh kumpulan-kumpulan yang dikenali sebagai Neo Conservative ini adalah "Black Jews of Halem".



( Gambar di atas adalah pemimpin Amerika yang menggelar diri mereka sebagai Neo-Conservative, Lihatlah kebanyakannya merupakan rakan dan sahabat karib Anwar Ibrahim)


( Condoleezza rice juga merupakan anggota kumpulan " Black Jews of Harlem")


"Neo Islamic Conservative" ini kini telah cuba dibawa oleh Ketua Pembangkang kita pada hari ini iaitu Saudara Anwar Ibrahim masuk ke negara kita. Anwar cuba untuk mewujudkan konsep Islam baru yang lebih liberal yakni Islam yang hanya pada nama kita sahaja.

Golongan-golongan Islamic Conservative ini menyokong pembangunan Islam tetapi dalam masa yang sama dia juga menolak mengikut kehendak interest mereka. mereka ini cuba mewujudkan sebuah negara yang lebih liberal dan bersekongkol dengan barat untuk membina pakatan yang kuat supaya golongan ini bakal menguasai dan menghapuskan Islam (Kesyumulan Islam) di Malaysia khususnya dan negara-negara Islam yang lain.


Usaha ini haruslah disekat dan dibenteras awal. Pengaruh "Neo Islamic Conservative" kini sudah mula dilihat di dalam Parti PAS dengan tertubuhnya Group yang dikenali sebagai Group ERDOGAN di dalam PAS.

Kumpulan ini sememangnya mempunyai modus operandi yang tinggi. Parti PAS merupakan parti yang majoritinya merupakan ahli yang beragama ISLAM. Maka dengan mendapat tempat dan menguasai parti PAS, maka mereka mudah untuk menyebarkan ajaran "Neo Islamic Conservative" ini kepada masyarakat kita.

Marilah sahabat-sahabat kita dedahkan agenda Anwar Ibrahim ini..

salam...

SHAHBOY
Exco Hubungan Luar Gabungan Pemimpin Mahasiswa Malaysia (GPMM)

sumber - brokenthecode.blogspot.com




1 ulasan:

acap berkata...

anwar sokong hukum hudud ?? haha , ak x nmpak ap2 pon yang anwar ni sekular lah, liberal alaf baru lah, sekutu amerika lah, seperti yang diperjuangkan oleh AIDC and co. UMNO yang dikatakan memperjuangkan melayu islam perintah lebih 51 tahun negara x pernah nak laksanakan HUDUD, hukum Allah, malah islam hadari ciptaan manusia diperjuangkan. anwar bukan liberal, sekular, dia pejuang menegakkan HUDUD, hukum islam bersama PAS. ak x heran DAP tentang sebab mereka bukan islam, tetapi UMNO SENDIRI YANG TENTANG.