MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Jan 2009

Annapolis Summit : The Washington Note dedah nama Anwar


Gareth Evans (kanan), Presiden dan CEO International Crisis Group (ICG) dan Anwar Ibrahim (no 2 dari kanan), Executive Committee ICG Klik di sini. ICG merupakan badan yang menyediakan draf surat sokongan Annapolis Summit kepada Presiden Bush.

Annapolis Summit : The Washington Note dedah nama Anwar


Berikut disiarkan petikan dari blog Anwar Ibrahim pertanyaan seorang pembaca mengenai penglibatan Anwar dalam 'Annapolis Summit '

Munirah Hayati menanyakan:

Saya berpendapat, selain dari sejarah keganasan Zionis yg sudah berzaman, mutakhir ini US & Israel merasa terancam kerana Hamas menjadi pilihan rakyat melalui pilihanraya di palestin pada 2006 @ 2007 kalau saya tidak silap.

US tidak mengiktiraf Hamas kerana katanya Hamas adalah pertubuhan ‘teroris’

Now, based on history any reasonable and fair-minded person will realise, when they look beyond the propaganda line - the Zionists are a much much bigger ‘terrorist’ than Hamas, which is a small, very powerless group of people fighting for their own ‘right of return’ & ‘liberation of Al-Aqsa’

You, Anwar Ibrahim - has been part of the Annapolis Summit in November 2007 - clearly in support of America and their denouncement of Hamas.

I wish i can understand why you decided to be part of that. News report from AlJazeera now link the current offensive (i call it genocide & massacre by terrorist Zionist) as a result of careful planning and years of “peaceful negotiation” by US and other countries in summits that are not attended by the legitimate government of the people of Palestine.

I pray to Allah every hands that go into the planning of the current massacre will justly be cursed in this life & the next

wassalam

—–

Saudari Munirah,

Saya kurang pasti siapa yang sasau menyebar dakyah sebegini dengan dendam kesumat sademikian. Mungkin hasil latihan fitnah BTN!

Secara konsisten saya menggesa pengiktirafan ke atas HAMAS dan menegur pimpinan UMNO-BN kerana mengenepikan wakil HAMAS di Kuala Lumpur. Saya tidak pernah menyentuh apa lagi mendukung Annapolis Summit.

ANWAR IBRAHIM

Annapolis Summit : Ehud Olmert (Israel), Presiden Bush dan Mahmod Abbas (Palestin). Tujuan utama Annapolis Summit adalah mengiktiraf Israel sebagai sebuah negara yang sah dan mengiktiraf Mahmod Abbas sebagai Presiden boneka Israel di Palestin. Annapolis summit ditentang oleh majoriti penduduk Palestin diwakili oleh Hamas dan negara-negara jiran Palestin termasuk Iran dan Syria.


ulasan pochong:

Kenapa Anwar ingin menyalahkan orang lain atau pun BTN tentang tindakkannya menandatangani perjanjian tersebut. Adakah hebat sangat BTN sehingga boleh mempengaruhi akhbar di luar negara untuk menyiarkan berita tersebut. Adakah Anwar sudah tersilap langkah hingga ingin menyalahkan orang lain.


Steve Clemons, ketua pengarang The Washington Note mendedahkan nama Anwar Ibrahim juga terlibat dalam menandatangani surat sokongan Annapolis Summit.Klik di sini. Ketika itu Anwar menjadi pensyarah pelawat di Universiti Georgetown Amerika Syarikat. Steve Clemons juga turut sama menandatangani surat itu kerana beliau merupakan Pengarah The New American Foundation yang turut mendraf surat sokongan Annapolis Summit bersama-sama ICG.


STEVEN CLEMONS dalam The Washington Note mengesahkan ANWAR IBRAHIM, bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia turut sama menandatangani surat 'sokongan' deklarasi "Annapolis Summit" kepada Presiden George W. Bush dan Secretary of State, Condoleezza Rice, pada 10 October 2007.

ANWAR IBRAHIM dilaporkan telah menandatangani surat 'sokongan' deklarasi itu sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA; SHLOMO BEN-AMI, bekas Menteri Luar Negara Israel; HARRIET BABBITT bekas Pengarah NDI; JOHN MALOTT, bekas Duta US; CHRISTOPHER PATTEN, Co-Chair of ICG; STEVEN CLEMONS, Pengarah, New America Foundation dan lain-lain lagi.

Semua nama-nama itu merupakah bekas-bekas tokoh berpengaruh kerajaan Amerika dan tokoh luar negara yang pro Amerika. Sudah semestinya tokoh-tokoh Amerika itu sudah mengenali siapakah Anwar Ibrahim dan mengetahui atas alasan apa bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia turut dijemput menandatangani surat deklarasi itu.

Persoalan :

1. Anwar Ibrahim mewakili kepentingan pihak mana dalam menandatangani surat 'sokongan' deklarasi Annapolis Summit itu ? Kepentingan Kerajaan AMERIKA atau Negara ISLAM ?

2. Atas kapasiti apa Anwar tandatangani surat itu ? Diplomat Jemputan Council on Foreign Relations (CFR), Ahli kehormat International Crisis Group (ICJ), United States Middle East Project (USMEP)atau bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia ?

3. Dengan persetujuan menurunkan tandatangan deklarasi itu, bermakna Anwar telah mengiktiraf kewujudan NEGARA ISRAEL sebagai sebuah negara yang SAH ?

4. Kenapa majoriti yang menandatangani deklarasi itu terdiri daripada tokoh-tokoh Amerika yang bukan beragama Islam ? Hanya Anwar dan 4 lain beragama Islam sedangkan 77 orang pula bukan beragama Islam ?

5. Kenapa deklarasi sokongan Annapolis Summit diketuai 8 tokoh yang berpengaruh di Amerika iaitu Zbigniew Brzezinski, Lee H. Hamilton, Carla Hills, Nancy Kassebaum-Baker, Thomas R. Pickering, Brent Scowcroft, Theodore C Sorenson dan Paul Volcker?




6. Kenapa nama Anwar dimasukkan sebagai senarai kedua bersama tokoh-tokoh badan perisikan, penajaan dan ejen iaitu Council on Foreign Relations (CFR), International Crisis Group (ICG), Central Intelligence Agency (CIA), United States Agency for International Development (USAID), National Democratic Institute (NDI), United States Middle East Project (USMEP), The New American Foundation, Brookings Institution, Open Society Institute, National Intelligence Council, RAND Corporation dan National Security Council ?

7. Adakah badan-badan perisikan, penajaan dan ejen seperti yang disenaraikan di atas sebelum ini pernah terlibat secara langsung (overt) dan tidak langsung (covert) ke atas negara-negara Islam ?

8. Kenapa pula negara Syria dan HAMAS serta majoriti penduduk Palestin menentang 'pelan damai' itu yang dianggap sebagai sangat menguntungkan Israel ?

9. Benarkah dakwaan HAMAS mengatakan Ayatollah Sayed Ali Khamenei (Iran) tidak bersetuju dengan Annapolis Summit dan menyeru dunia Arab memboikotnya.

10. Benarkah Anwar bersama empat orang Islam itu sangat pro-Amerika hingga sanggup membelakangkan kepentingan HAMAS dan majoriti penduduk Palestin yang beragama Islam?

11. Betulkah dakwaan laman web Moon of Alabama menuduh yayasan yang pernah dipegang oleh Anwar, (Foundation For The Future)merupakan grand design Amerika untuk bantu bekalkan senjata kepada kumpulan ABBAS (FATAH) menentang kumpulan HAMAS ?

12. Kalau tuduhan laman web Moon of Alabama tidak benar, kenapakah STEVEN CLEMONS,(salah seorang penandatangan surat deklarasi Annapolis Summit 2007) dalam The Washington Note mengesahkan Foundation For The Future merupakan tajaan AMERIKA menjalankan operasi misteri yang hanya diketahui oleh Jabatan Negara Amerika ?

13. Kalau Foundation For The Future adalah tajaan AMERIKA, adakah Council on Foreign Relations (CFR) dan International Crisis Group (ICJ)yang dipegang oleh Anwar sekarang ini juga merupakan 'tajaan' AMERIKA ?

14. Bukankah usaha AMERIKA 'mendamaikan' antara Ehud Olmert (Israel) dan Abbas (Palestin)sebagai usaha untuk menafikan kemenangan kumpulan HAMAS yang pernah memenangi pilihanraya Palestin sebelum ini ?.

15. Bukankah 'perjanjian damai' antara Israel dan kumpulan Abbas bertujuan untuk menyemarakkan lagi rasa tidak puas hati kumpulan HAMAS kepada Abbas ?

16. Apakah bermaksud, dengan termenterai perjanjian ini, Israel boleh cuci tangan kerana peperangan akan terus berlarutan sesama Islam iaitu antara HAMAS dan FATAH.

17. Kalau begitu, betulkah dakwaan mengatakan "Abbas" merupakan Presiden Palestin, BONEKA Israel dan Amerika ?

18. Betulkah dakwaan Ahmadinejad, Presiden Iran mengatakan Annapolis Summit merupakan projek Amerika yang gagal dan sangat bahaya kepada dunia Islam ?

19. Kalau benar, Israel sudah mula 'angkat bendera putih' dan mahu berdamai dengan negara-negara Islam, kenapakah Israel hasut Amerika supaya serang Iran yang didakwa mempunyai senjata nuklear?

20. Jadi, apa sebenarnya KONSPIRASI di sebalik tabir sedang dimainkan oleh Amerika, Israel dan Anwar Ibrahim yang turut membawa imejnya sebagai "Bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia"?

dipetik dari http://aidc-editor.blogspot.com/2008/09/anwar-ibrahim-annapolis-summit-2007.html

sumber - pochongmenulis


3 ulasan:

Berisi Cafe and Cookies berkata...

pantat babi anwar fucker!!

Unknown berkata...

anwar memang suka menyalahkan orang lain apabila diri telah terjerat.Inikah contoh pemimpin yang baik.Tidak pernah mengakui kesalahan sendiri.

anwar dah mula takut kerana semua orang dah tahu khasnya yang beragama Islam dia terlibat sama dalam menandatangani Annapolis Summit.

Lebih menyedihkan lagi,orang Pas boleh bersekutu dengan manusia durjana ini.Mana perginya perjuangan Pas selama ini.Ini turut mmeberi tempias kepada orang Pas..anda turut menyumbang saham membunuh saudara seagama.

Tanpa Nama berkata...

salam,
Anwar Ibrahim...
Baling batu sembunyi tangan..