MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

6 Dis 2008

Surat terbuka kepada semua pelayar AIDC



Surat terbuka kepada semua pelayar AIDC


oleh AIDC

Sejak blog ini dibina kira-kira Mei lalu, blog ini berjaya mengumpul peminatnya yang tersendiri. Peminatnya bermacam-macam jenis; golongan anti-anwar, gerakan Islam, teori konspirasi, anti Amerika, anti Yahudi dan terbaru peminat anti-Islam Liberal.

Ya. Aku pun tak sangka. Mula-mula pelayar dari luar negara, termasuk UK, US dan Timur Tengah, kini telah menular ke Indonesia.

Dari Malaysia memang menjadi pelayar setia, dari Sabah, Sarawak hingga ke utara, selatan dan timur tanah air.

Ya. setiap kali kumenulis ku terasa amat dekat dengan kalian. Setiap kali, kalian bersuara di chat box atau komen, dekatnya hubungan kita semasa terasa, meskipun aku tak tahu di mana kalian berada dan kalian pun tak tahu di mana kutuliskan coretan ini.

Walau di mana aku dan kalian berada, semua itu tidak penting. Yang penting kita bersama di sini, dalam alam maya, di blog ini.

Kepada semua pelawat, semuanya diucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian kalian meluangkan masa dan menadi pengunjung setia blog ini.

Sejak blog ini dibina hingga ke hari ini, itulah persembahan yang aku dan team AIDC mampu persembahkan. Kalian nilaikan sendiri. Kalau baik, baguslah. Kalau tak baik, insya Allah akan diperbaiki lagi dalam fasa kedua, selepas hari raya Aidiladha.

Fasa pertama, sudah berlalu, kalian nilaikan sendiri. Selepas raya ini akan masuk fasa kedua, insya Allah akan dipertingkatkan lagi mutu persembahannya.

Aku sendiri mohon izin untuk berehat dan bertafakur, tidak menulis mulai esok dan insya Allah akan menulis semula pada Khamis ini (11 Disember).

Aku mengambil masa beberapa hari untuk menilai semula keseluruhan persembahan sebelum ini.

Tetapi mungkin dalam tempoh aku berehat itu, hokage mungkin akan update beberapa video, yang tertunggak sebelum ini. Aku tak pasti bila dia akan update, tetapi yang pasti aku tak menulis dalam tempoh itu.

Secara ikhlas, aku memerlukan sokongan daripada kalian. Anda sudi bersama-sama aku menulis artikel ? Kalau sudi mari kita sama-sama berganding bahu. Kalau tidak sudi, aku tetap pikul tanggungjawab ini mengikut kemampuanku.

Anda tidak pandai menulis, tetapi masih ingin membantu ? Kalau begitu, anda boleh menjadi MOD yang bersama-sama membuat kerja-kerja sukarela termasuk publisiti.

Sekiranya kalian sudi bersama-sama aku dan team AIDC, harap dapat email kepadaku di aidceditor@yahoo.com. Selepas kita berkenalan melalui email, kita akan tentukan bidang apa yang sesuai dibantu.

Dalam kesempatan ini, aku ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua MOD dan team AIDC. Barisan MOD; nora, zek, ladybird, mamathensem, huh, faizal hakim, kampung boy dan orang melayu. Barisan team AIDC; hokage, cik kiah, orca, puteri, kumbang, CK, mawar, 300, hilbrad, tok ya, mir pj, wokyoh, sang tawal, sumandak bayu, otai, dr sid, widuri3z, nur ilhami, add, red, adam, CKT, melor, taming sari, panglima perang cyber dan beberapa nama pena lain yang tidak disebut di sini.

Sebelum aku mengundurkan diri, aku teringat cerita orang tua pada zaman kanak-kanak dulu. Elok kutitipkan cerita itu sebagai hiburan kita bersama.

Dahulu kala, terdapat seekor singa yang gagah perkasa dan selalu membaham binatang-binatang kecil. Sekumpulan tikus-tikus pun ketakutan lalu bermesyuarat bagaimanakah nak menyelesaikan keganasan singa itu.

Bahaya tak singa itu ?, kata ketua tikus. Bahaya!!!, jawab serentak semua tikus-tikus lain.

Kalau bahaya, apa kita nak buat ?, soal ketua tikus itu lagi ?

Kita mesti bunuh singa itu, cadang tikus A. Kita semua tak mampu bunuh singa itu, kata ketua tikus secara rasional.

Ketua tikus berfikir sejenak. Oleh kerana kita tak mampu bunuh singa itu, tiada cara lain yang mampu kita buat, kecuali melarikan diri apabila terdengar singa berjalan, cadang ketua tikus itu.

Bagaimana nak kesan singa berjalan atau tidak? Soal tikus B. Senang sahaja, kita gantung loceng di telinga singa, apabila singa berjalan, pasti loceng itu akan berbunyi dan apabila kita mendengar bunyi loceng, kita semua akan lari, sahut ketua tikus.

Setuju!!!!!!...semua tikus bersetuju dengan cadangan yang amat pratikal itu..

Tetapi siapa yang gantung loceng di telinga singa ? Soal tikus D.

Semua tikus termasuk ketuanya terdiam dan terkedu.



AIDC
6 Disember 2008












23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kami tetap bersamamu AIDC... teruskan perjuangan !

Kembara Politik berkata...

Teruskan menulis...

Ezad berkata...

teruskan menulis. kami membantu apa yang termampu

ml berkata...

Assalamualaikom aidc, teruskan menulis. Saya kerap buka blog aidc, tetapi kurang memberi komen sebab semua sudah siap tertulis.
melor.

Tanpa Nama berkata...

AIDC kena terus siarkan info serta berita supaya seluruh warga bloggers boleh tahu byk perkara sebenar, terutamanya siapa itu boneka yahudi...

saya amat hargai pembongkaran dan pendedahan AIDC, keep up these gud work!

we must "work together"

Sangtawal Sakranta berkata...

salam aidc..

setelah penat berjuang,moleklah kiranya tuanhamba berehat barang seketika,agar tenang kembali jiwa gelora,membunuh mati arus resah..setelah sekian lama memerah tenaga lahir batin untuk mempertahankan negara tercinta...

kutahu budimu bukan sedikit bagi yang tidak alpa biarpun tuanhamba tetap dikeji oleh musuh negara biarpun sudah tuanhamba jelaskan awal awal lagi yang tuanhamba menulis bukan kerana nama!

Hamba juga mengerti perjuangan yang tuan hamba buat bukan sekadar melepaskan batuk ditangga..tetapi tuanhamba penuh iltizam...hanya untuk agama,bangsa dan negara tercinta...

hamba juga percaya jika ada 10 orang pemuda/pemudi seperti hamba...akan amanlah negara dari agenda zionis dan dajjal!

mungkin masa terluang ...perlu untuk suluk yang panjang ...moga lewat iktikaf tuanhamba...akan terbuka segala hijab yang berlapis lapis dan pandangan tembus hanya diantara dua kening tuanhamba...

apapun..jangan dilupa pesanan guru utama...alang alang berjuang biar menang!dan hamba yakin tuanhamba akan menang sebab tuanhamba yakin dipihak yang benar.

selamat beradu dan salam aidiladha dari hamba...maaf zahir batin.

sangtawal sakranta.

http://www.sangtawal.blogspot.com

NORA berkata...

Salam AIDC dan semua...

Terlebih dahulu Joyah ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha ... Semoga kita semua diberikan kesempatan menyambut hari yang mulia ini dengan gembira bersama keluarga tersayang.

Alhamdulillah, Joyah masih diberikan kekuatan untuk bersama2 team AIDC walau pelbagai cabaran yang telah dilakukan oleh pihak2 tertentu untuk menghentikan usaha2 kami, cubaan untuk melemahkan semangat dan pendirian kami di AIDC ..namun, sedikitpun tidak memberi kesan kepada apa yang telah, sedang dan akan kami lakukan, insyaAllah.

Joyah yakin, kerja berpasukan adalah lebih bagus dari bekerja bersendirian...kerana dengan penyatuan kekuatan2 dan kelebihan2 dari setiap team AIDC mampu menghasilkan apa yang dapat kita lihat hingga ke hari ini. "Seorang, tidak mampu untuk melakukan segalanya, namun setiap dari kita mampu untuk melakukan sesuatu untuk kebaikan bersama"

Mudah-mudahan apa yang kita semua usahakan sentiasa diberkati Allah. Terima kasih juga untuk team AIDC - aidc sendiri, zek, huh, kumbang, ladybird, mamat hensem,pokok, kampungboy,Orang Melayu,Azri, Orca, Hokage, Puteri, Cik Kiah, ck, 300, hilbrad, mawar, toyo, tok ya, panglima, yuhu, mir pj, dan pelayar2 blog AIDC kerana menjadi sahabat baik Joyah dari mula kita kenal di alam cyber, hinggalah sekarang. Joyah sentiasa doakan yang terbaik buat kita semua... InsyaAllah, ada rezeki dan kelapangan, kita pasti akan bertemu suatu hari nanti.

Sekian, wassalam

Jamo berkata...

Kepada warga AIDC,

Selamat Hari Raya AidilAdha Maaf Zahir & Batin, Dunia dan Akhirat kepada semua umat Islam tak kira dimana.

Pihak SP amat berterima kasih keatas perjuangan kalian semua dan sentiasa menyokong segala perkembangan AIDC.

Wassalam,

Admin
www.suarapolitik.com

Unknown berkata...

Kagum dengan intipati serta kupasan disetiap artikel...keep up the good work!
Kita mesti pastikan bahawa negara kesayangan ini tidak di pimpin oleh tangan munafik.

ps - yakin bahawa anda dipihak yang benar kerana saya berpeluang menyaksikan sendiri...

ChelsyB berkata...

Salam dan Selamat menyambut HariRaya Korban buat AIDC and Team.

Moga2 Allah berkati usaha yang baik ini dan teruskan menulis demi kebenaran untuk agama, bangsa dan negara tercinta.

Truth prevails berkata...

Happy Eid Adha,and may you have a blessed Eid.

Thanks for sharing latest information and current issues pertaining to Msian politics,and I believed many benefited from this blog..keep up the good work.Will cont our support as far as possible.

NO to Al-Juburi!

AbgTuah berkata...

Salam Tuan, blog ini menghina Islam, kita perlu perangi blog ini, http://surind.blogspot.com/2008/12/hajj-most-shameful-journey-in-history.html
Sumber diperolehi daripada ahli BPN FAZRULLs

USD berkata...

Ya teruskan menulis, sy sedia mbantu dimana boleh. Salam Aidiladha. Tk

tukang taip berkata...

salam aidiladha kepada Aidc dan sahabat seperjuangan...semoga niat yang ikhlas meraih ganjaran...

300 berkata...

Taat dan takwa kepada ALLAH
Taat kepada janji dan sumpah
Taat memegang petua amanah
Taat memegang suruh dan tegah

Bercakap lurus berkata benar
Tahu menimbang bijak menakar
Ramah kepada kecil dan besar
Pantang sekali berlaku kasar

Benar menyukat adil menimbang
Pantang memilih membezakan orang
Anggukan sama muka belakang
Tegaknya kukuh tahan digoyang


Selamat Berjuang....

Tanpa Nama berkata...

salam aidc,
saya tak tahu nak ungkapkan bagaimana perasaan saya; tapi terima kasih kerana 'menerima' saya.

membaca cerita yang singa dan tikus ini, saya teringat pernah membacanya dalam satu blog lain yang antara perjuangannya amat seiras dengan blog aidc ini. entah ya, seperti satu kebetulan pula.

sebenarnyalah, saya amat ingin menyertai team aidc, cuma bukan dalam waktu terdekat ini, memandangkan ada banyak perkara rasmi dan peribadi yang perlu saya selesaikan terlebih dahulu. insya-Allah, bila tiba masanya nanti, saya pasti akan menyertai anda sekelian jua. buat sementara, izinkan saya untuk memberi fikir saya melalui ruang komen ini.

apa pun, saya harap team aidc istiqamah dalam perjuangan ini. hanya Tuhan yang tahu apa yang saya doakan untuk anda semua.

wassalam.

Cucu Tok Selampit berkata...

Dear AIDC,

Selamayt Hari Raya Aidil Adha buatmu dan seluruh pembaca. Teruskan menulis dan teruskan perjuangan menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran.

Salam.

zaharah berkata...

Assalamulaikum....

Selamat hari raya aidiladha hamba ucapkan pada semua..

Kepada Kekanda AIDC... hamba byk terhutang fakta pada tuan... hamba ingin mohon maaf sekiranya ada tersalah kata atau bahasa...

Banyak yang hamba dapat apabila hamba join Kekanda AIDC...
Dari yang kosong sekarang dah 60%.. Alhamdulillah...

Ya Allah ya tuhan ku kau perkenankanlah dan kau berkatilah perjuangan dan pengorbanan kami ini untuk mencari kebenaran yg sebenar... Ya Allah hanya engkau Maha Mengetahui... Amin Ya Rabbalalamin...

Kekanda AIDC.. Hamba dan rakan2 seperjuangan sentiasa berdiri teguh di belakang Kekanda.. InsyaAllah...
Takbir

Allah Hu Akhbar...

oit oit....

Captain Jack berkata...

Anwar Mat Jenin Moden

Jack amat tertarik dengan laman blog AIDC... kerana ia memperjuangan keadilan yang sebenarnya bukan angan2 mat jenin.

Dan pada pandangan Jack, kita semua bersetuju tentang satu hakikat iaitu DSAI telah berjaya bukan saja meletakkan diri beliau malah kebanyakan konco-kincirnya sebaris dengan 'Mat Jenin' moden.

NTanwar berkata...

pada pandangan saya berikut disenaraikan antara kejayaan-kejayaan blog ini :-

1. satu-satu blog anti-anwar yang konsisten

2. berjaya menuetralkan kedewaan anwar. sebelum ini anwar dianggap seorang yang paling karisma seumpama seorang dewa seolah-olah tidak pernah mempunyai rekod buruk.blog ini berjaya mendedahkan bahawa anwar bukan dewa, sebaliknya manusia biasa yang tidak sunyi salah & silap

3. menjadi tempat berlindung rakyat biasa yang tidak suka kekacauan politik berterusan, walaupun pru sudah lepas mac lalu. Ekoran daripada gertakan anwar bahawa 16 sptember berlaku pertukaran kerajaan, maka rakyat yang tidak suka kekacauan politik terus berlindung di blog ini selain mendapat perkembangan terkini sehingga detik 16 september.

4. 16 september juga menimbulkan benih-benih kebencian rakyat kepada anwar. Perasaan benci makin membuak2 apabila didedahkan dengan fakta2 mengenai pembohongan dan penyelewengan anwar, maka barangkali mereka telah bergabung menjadi tenaga sukarelawan anti-anwar (team aidc?)

5. bahan-bahan yang disajikan kadar kepercayaan amat menyakinkan kerana artikel2 yang diterjemahkan dari versi asal Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Selama anwar berada 3-4 tahun di barat, terlalu banyak anwar berceramah, forum, seminar, bengkel dengan media Bahasa Inggeris. Apabila diterjemahkan semula ke bahasa Melayu, barulah rakyat Malaysia menyedari apakah yang anwar telah lakukan di barat.

6. blog ini dianggap sebagai guru video di youtube yang konsisten. walaupun terdapat pihak lain yang memulakan terlebih dulu, tetapi tidak konsisten seperti usaha blog ini. Jadi blog ini berjaya menjadi guru kepada pembikin video anti-anwar yang lain. Bukan setakat konsisten, tetapi video-video yang berkualiti, yang sukar didapati di tempat2 lain kecuali oleh 'pihak-pihak tertentu' sahaja.

7. Menjadi penyuluh kepada isu-isu tertentu. Blog ini mempopularkan Anwar dan Amerika, yang sukar diterima oleh orang ramai satu ketika dahulu, sekarang, sudah sinonim Anwar=Amerika. Terkini, terdapat kecenderungan blog ini untuk mempromosi mengenai Islam Liberal. Nampak terlalu berfokus dan mesti mempunyai sebab musabab serta kaitannya dengan Anwar. Sudah semakin jelas, bayang-bayang Islam Liberal di belakang Anwar. Dahulu semua kita tidak terfikir kaitan ini, tetapi blog ini berusaha menyuluhkannya.

Berdasarkan premis di atas, sangat tidak wajar blog ini dihentikan operasinya, kerana membaca isi hati penulis, dia bukannya seorang yang mudah menyerah kalah dan tenaganya serta iltizamnya sangat kuat.

bob_kedah berkata...

salam perjuangan...

sila layari http://umno-kualakedah.blogspot.com

ڤنا مينڠ / PENA MINANG berkata...

Assalamualaikum AIDC

Den dah lamo gak baco apo yang ditulis oleh AIDC. Dan bagi den AIDC la mencotuih kan minat den untuk jadi bloggers supayo dapek dihapuihkan petualang bangso ni

Permaidani Dunia berkata...

TAHNIAH2.

Blog nie hebat!