Oleh : PUREHADHARIST
Sejarah adalah suatu fenomena yang terjadi di masa lalu. Ketika dibawa dalam kehidupan sekarang manusia membacanya sebagai sejarah. Memang secara tertulis ianya merupakan cerita tentang semua aktiviti manusia di masa yang silam, sehingga ketika seorang yang membaca sejarah akan tahu apa yang terjadi dengan kehidupan manusia di masa yang lampau. Tetapi ketika manusia memikirkan apa yang terjadi di dalam sejarah tersebut ia tidak akan hanya berupa cerita yang kuno tetapi juga pelajaran yang besar dari perjalanan manusia.
Ramai orang berusaha untuk mempelajari sejarah sehingga mengetahui apa yang sebenarnya terjadi di masa lampau, kerana inilah sebahagian orang yang takut terbuka cela dan keburukan yang ada maka mereka berusaha untuk menutupi sejarah dan lebih jauh lagi mereka menutupi kenyataan yang sesungguhnya terjadi.
Tidak hairan pula banyak terjadi pengurangan dan penambahan atau lebih dari itu, iaitu adanya usaha merubah sejarah dengan memotong peristiwa-peristiwa yang pernah terjadi seolah-olah tidak pernah ada, sehingga kemudian orang hanya melihat hanya sebahagian yang dibawa oleh pembuat sejarah tersebut.
Dengan kerja-kerja ini orang akan salah membuat penilaian, sekalipun benar dalam membaca sejarah kerana dia hanya membaca sekerat dan sebahagian dan kehilangan keratan dan bahagian lain, maka kalau tidak berhati-hati ianya akan kehilangan nilai sebenar dari fenomena yang dibacanya. Apalagi kalau dia hendak berfikir dengan itu, maka tentu akan kehilangan premis susunan logiknya, yang tentu akan membuat hasil berfikirnya menjadi salah.
Sebagai contoh sejarah kehidupan bangsa yang dikenal sebagai super-power sekarang Amerika Syarikat. Kalau kita hendak membaca sejarah Amerika, maka tentu kita tidak hanya sekadar membaca keberadaan Amerika setelah mereka mengikrarkan terbentuknya negara Amerika.
Tetapi tentu perlu membaca sejarah sebelum itu disebabkan Amerika berada di satu benua yang ada penduduknya (baca: penduduk asli). Benua Amerika tidak lepas daripada keberadaan Red-Indian yang pernah hidup di sana, sehingga kalaupun sekarang kita lihat apa pun yang ada di Amerika tentu tanpa memutuskan makna dan erti keberadaan suku-suku Red Indian yang pernah hidup sebelum mereka, kerana hakikatnya mereka sekarang berada di tanah orang-orang Red Indian itu.
Maka, sekarang dapat kita lihat dengan baik, siapa orang Amerika dan bagaimana orang Amerika tumbuh, dan lebih penting lagi manusia perlu membaca dengan baik dengan menjawab pertanyaan di mana orang asli Amerika itu sekarang. Tanpa menjawab ini maka semua makna dari bacaan sejarah akan tidak bernilai apatah lagi kalau hendak menilai sesuatu yang dinisbahkan kepada keberadaan sekarang.
Kalau konsep yang hendak dibawa bangsa Amerika adalah keadilan, maka perlu kita bertanya dulu bagaimana keadilan di Amerika, dan bagaimana keadilan itu tubuh di benua itu, adakah konsep itu tumbuh dengan memperhatikan semua keberadaan -termasuk keberadaan bangsa Red Indian ,atau konsep itu hanya untuk setelah usaha-usaha menghapuskan nilai keberadaan orang Red Indian.
Begitu juga dengan demokrasi, adakah demokrasi di Amerika merupakan konsep yang telah memasukkan penduduk asli dari bangsa itu (Red Indian) atau hanya cerita tentang demokrasi dari orang-orang yang datang dan berhasil membunuh bangsa Red Indian tersebut.
Jadi, kalau kita hendak membaca sejarah dan kemudian menjadikannya contoh hidup sekarang, maka kita perlu membaca dengan baik. Kalau keadilan dan demokrasi selalu dinisbahkan kepada Amerika ( US the champion of democracy seperti kata DSAI), maka adakah nilai-nilai itu juga sudah mencakup nilai yang tersebut di atas.
Apakah makna keadilan yang ada di Amerika sudah memang cukup patut dijadikan standard keadilan ketika penduduk aslinya pernah dibantai habis oleh bangsa yang sekarang merasa memiliki tanah orang-orang yang mereka bantai sekian abad yang lalu?.
Adakah keadilan itu telah menghukumi bangsa pembantai yang sekarang menduduki tanah yang dirampasnya, atau adakah bangsa yang menduduki akan mengembalikan tanah rampasan itu kepada penduduk asli ketika mengetahui konsep keadilan yang dibuatnya?. Adakah penduduk asli benua Amerika akan membaca keadilan dan demokrasi sama makna dan nilainya dengan bangsa yang menggunakan slogan ini di atas tanah yang pernah dirampas dari penduduk aslinya itu?.
Begitu juga demokrasi, adakah konsep demokrasi tersebut telah menjadikan Amerika menjadi bangsa yang meletakkan orang asli benua Amerika sebagai seorang yang ada dalam pesta demokrasi tersebut. Adakah bangsa pemilik asli dari benua Amerika akan berperanan dalam demokrasi yang mereka buat?.
Atau yang lebih penting adalah apakah konsep demokrasi yang hendak dijalankan juga mencakup nilai kepemilikan yang telah dirampas dari bangsa pembuat demokrasi itu?.
Bagaimana kita harus membacanya sehingga kita dapat dengan objektif menilai hakikat keadilan dan demokrasi ala Amerika ini?. Apatah lagi kalau kita hendak melihat kehidupan sekarang yang merupakan bukti kehidupan yang dapat kita lihat pada hari ini. Kalau orang merasa susah untuk melihat dan membaca sejarah maka lihatlah hari ini. Makna keadilan yang dislogankan oleh Amerika.
Apa makna keadilan dan demokrasi bagi bangsa Iraq dengan kehadiran Amerika di tanah air bangsa itu. Bagaimana manusia hendak membaca makna demokrasi dan keadilan di Afghanistan dengan kehadiran Amerika dan semua sekutunya di negara itu?!.
Bagaimana pula aplikasi keadilan dan demokrasi dari negara yang didukung Amerika atas pendudukan tanah milik bangsa Palestin. Adakah nilai keadilan dan demokrasi akan dapat dibaca bangsa Palestin sama dengan sebagaimana bangsa Israel membacanya?. Mungkin pertanyaannya adakah bangsa Palestin dapat membaca makna dan erti keadilan dan demokrasi?. Tentu tidak!!!.
Bagaimana di Malaysia?. Adakah kita harus membaca keadilan dengan menoleh pada Amerika yang keberadaan keadilan dan demokrasinya berdiri di atas darah pemilik benua itu!. Bagaimana hendak kita hendak menjalankan nilai keadilan dan demokrasi ala Amerika kalau Amerika sendiri masih belum lepas dari nilai yang ada dalam makna kata yang ada di dalam kata keadilan dan demokrasi.
Bagaimana bangsa Malaysia hendak menggunakan keadilan dan demokrasi ala Amerika kalau negara Amerika sendiri belum dapat menggunakan keadilan dan demokrasi bagi tanah air yang sekarang mereka akui sebagai miliknya?!.
Adakah keadilan dan demokrasi hanya bagi bangsa yang datang atau juga harus mendudukkan bangsa pemilik dari tempat itu sehingga terjaga hak -haknya. Adakah mereka yang datang kemudian merasa memiliki kerana sudah berbuat atas tanah yang didudukinya tanpa melihat kembali siapa pemilik asli tanah air tersebut?.
Adakah akan dapat bermakna kata keadilan dan demokrasi kalau digunakan tanpa melihat kedudukan setiap orang yang ada di suatu tempat tanpa melihat dan membaca sejarah dengan baik?. Di sini perlu membaca dan berfikir dengan baik untuk menjawab pertanyaan.
Adakah bangsa Melayu Malaysia harus seperti Red Indian di Amerika dengan slogan keadilan dan demokrasi?!. Jawabnya : Tidak!.
sumber- purehadharist
1 ulasan:
Bercerita mengenai sejarah, manusia hari ini tidak dapat mengelak daripadanya. Tahniah anda menguraikan mengenai Siapa orang Amerika sebenarnya. Jelas sekali zaman kita hari ini khusus didaerah saya Semporna Sabah telah berkeliaran orang-orang Amerika bahkan jenis kulit putih melepak entah darimana asalnya pun kita masyarakat tempatan tidak mengetahuinya, Tetapi jelas telah banyak bilangannya. Bukan itu saja mereka telah mempunyai premis perniagaan tersendiri dengan pelbagai seperti Cybercafe, Pub, Snoker Corner, Diving dan restoran. Tahniah kepada pemerintahan kita hari ini khusus kerajaan yang ditunjangi UMNO itu sendiri. Dengan kehadiran mereka kedaerah saya mereka telah banyak memberi tunjuk ajar pelbagai cara sehingga memberi tawaran dan peluang menjadi pelakon filem dan clip video pun amat mudah diperolehi khusus para remaja wanita. Anehnya, perjalanan cerita yang dipaparkan semuanya berunsurkan lucah dengan adengan atas ranjang. Siapa perlu kita salah kan dalam situasi ini ? Kerajaan hari ini semuanya lengkap dengan penguatkuasa bahkan logistiknya pun serba lengkap. Apakah alasan kita mengenainya ? Amerika sudah bertapak walau pun Kerajaan hari ini bukan kerajaan tajaan Amerika sepenuhnya. Tidak perlu kita bercerita dengan apa yang belum pasti tetapi perlu kita benteras apa yang telah pasti dan tersedia hari ini. Mengapa perlu kita takut dengan bayang-bayang Anwar ? mengapa kita tidak takut dengan apa yang berlaku pada kita hari ini ? Kerajaan Sabah masih diterajui oleh BN yang ditunjangi oleh UMNO, bahkan diDaerah Semporna sendiri pun segalanya dikaut oleh UMNO termasuk jawatan-jawatan penghantar surat dan penyapu sampah diMajlis Daerah Semporna pun tiada peluang pada orang macam kita yang tidak berselindung pada Parti Politik. Mengapalah kita sering mengutuk sesama kita orang Malaysia ? Lihat bagaimana terjadi dinegara jiran kita.Dari mana mulanya ? perlukah kita mengundang gejala ini keNegara kita ? semuanya akan pasti sekiranya masyarakat telah tertekan oleh pelbagai fitnah dan omongan kosong demi kepentingan politik masing-masing. Sesuatu yang kita perlu terima hakikat, Ujud Malaysia bukan hak individu orang melau semata-mata. DiSabah sendiri kaum melayu adalah golongan minoriti. Jangan takut-takutkan kaum lain sehingga mengajar mereka berbuat pelbagai cara yang mereka fikirkan itulah jalan terbaik dan halal pada pandangan mereka. Mengapa kita terlalu taksub dengan Melayu semata-mata ? Sedarkah kita ada berapa golongan melayu yang perihatin pada kemiskinan orang melayu khususnya. kita perlu pandang dengan pelbagai sudut dengan fikiran terbuka. DiSabah sahaja golongan melayulah yang banyak menindas orang melayu sendiri. Tak percaya, mari kita lihat senario yang berlaku dipejabat-pejabat kerajaan. Ketika kita berurusan dengan siapakah kita menerima herdik dan cakap-cakap kasar ? siapa lagi kalau bukan melayu itu sendiri. Justeru itu mari kita fikir-fikirkan mengapa kita perlu menerima hakikat yang kongsi kuasa ada hikmah mengenainya. Kita mengharapkan sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih kepimpinan, jadilah kenyataan apa yang pimp[inannya telah luahkan yang Malaysia ada dua tanah besar Timor dan Barat, Kepimpinannya pun perlu jadikan sepertinya barulah nampak melayu itu ikhlas. Jangan ada Udang disebalik Me.
Catat Ulasan