KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mempersoalkan kredibiliti penasihat umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu menjadikan Sarawak sebagai sasaran baru untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum negeri itu yang akan datang.
Pilihan raya negeri Sarawak perlu diadaan selewat-lewatnya 2011.
Abdul Taib yang juga pengerusi BN negeri berkata, cita-cita Anwar untuk merampas kuasa di Semenanjung menjelang tarikh penentuan 16 Sept lepas masih belum menjadi kenyataan.
"Saya tidak mahu membuat komen mengenai orang lain, namun kredibiliti beliau (Anwar) tidaklah begitu tinggi apabila berkata 16 September adalah tarik penentuan yang beliau janjikan sebagai tarikh membentuk kerajaan baru," kata Abdul Taib kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat kabinet mingguan kerajaan negeri di Wisma Bapa Malaysia dekat Petra Jaya, di sini.
Mesyuarat kabinet tersebut sepatutya diadakan Khamis lepas tetapi ditangguhkan ke hari ini setelah Abdul Taib terpaksa berada di Kuala Lumpur atas urusan rasmi.
"Adakah kamu akan menerbitnya atau tidak. Bukankah ia benar, kamu fikirlah (kredibiliti Anwar)," katanya apabila diminta mengulas mengenai kenyataan Anwar itu dalam ucaptamanya pada kongres nasional PKR di Shah Alam, Selangor semalam
sumber - Mstar Online
Tiada ulasan:
Catat Ulasan