MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Dis 2008

Gus Dur Terima Medal Of Valor daripada Yahudi



Gus Dur Benar-benar Agen Yahudi?


Ketika PKB (Parti Kebangkitan Bangsa) sedang berkrisis, tiba-tiba Gus Dur pergi keluar negara lebih tepatnya ke Amerika. Mengapa Gus Dur yang sedang bertegang leher dengan Muhaimain Iskandar bagi merebut jawatan dalam PKB, tiba-tiba melakukan lawatan (khabarnya lawatan rasmi) ke negara Uncle Sam? Seperti tentera dipanggil komandannya, maka akan bersegera menurut perintah.

Saya membaca beberapa berita yang menjelaskan alasan Gus Dur ke Amerika. Ternyata Simon Wiesenthal Center akan memberikan penghargaan Jewish Medal of Valor kepada tokoh ulama nasional Abdurrahman Wahid alias Gus Dur.

Gus Dur yang mengumumkan sendiri bakal menerima penghargaan itu, sebagai salah satu hasil kerja prestasi dalam perjalanan hidupnya. Penghargaan itu pastilah sangat bererti kepada cucu pengasas Nahdlatul Ulama (NU) itu. Bahkan Gus Dur menyatakan 6 daripada 12 penerima penghargaan itu hasil kesimbungan daripada anugerah nobel perdamaian.

Tetapi, apakah itu Simon Wiesenthal Center? Siapa di belakangnya?

Simon Wiesenthal Center adalah sebuah yayasan antarabangsa yang didirikan untuk melindungi umat dan kepentingan Yahudi di seluruh dunia.

"Berjuang bersama Israel, membela keselamatan umat Yahudi di dunia, dan mengajarkan hikmah holocaust kepada generasi akan datang," demikian sekelumit profil Simon Wiesenthal Center dari laman webnya yang beralamat di http://www.wiesenthal.com.

Kewujudan yayasan yang bermarkas di Los Angeles itu sudah diakui oleh institusi-institusi antarabangsa yang lain. Wiesenthal mendakwa kekuatannya 400,000 kader di Amerika dan telah disahkan oleh PBB, UNESCO, dan Konsulat Eropah. (Penjelasan lanjut baca di Detik).

Apakah memang benar dakwaan selama ini bahawa Gus Dur adalah agen Yahudi? Dia sengaja direkrut sebagai agen Yahudi untuk mengacau bilau Indonesia yang dianggap sebagai sumber kekuatan kebangkitan Islam.

Sepak terjang Gus Dur selama ini selalu bertentangan dengan kelompok Islam lain dengan alasan pro-demokrasi atau hak asasi.

Dakwaan tersebut mulai terdedah dengan pemberian penghargaan daripada Simon Wiesenthal Center.


AIDC menterjemah artikel tulisan elfarid.multiply.com. Artikel asal klik di sini


2 ulasan:

Syuk berkata...

ak x faham ar sistem kt indon nie caner...
yg gusdur nie siap ad gambar pakai sluar pendek, siap ad pompuan duduk lg, pastu leh jd ketua Nahtadul Ulama, siap org indon cakap dia nie taraf2 wali...
pening ak nak pikir...
aduhai...
indon2....
memang hamPassss....

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.