MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Dis 2008

Ekoran isu Erdogan, Setiausaha Akhbar Presiden PAS dituduh subversif..

Saari Sungip, Khalid Samad dan Roslan Shahir Mohd Shahir (Roslan SMS)


Ekoran isu Erdogan, Setiausaha Akhbar Presiden PAS dituduh subversif..


Abdul Rahim Sabri | Dec 12, 08 2:53pm

Setiausaha presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan tuduhan liar di internet apabila didakwa memainkan "peranan subversif" untuk menyingkirkan "kumpulan Erdogan" di Selangor.

Bagaimanapun Roslan Shahir Mohd Shahir, yang dilantik ketua penerangan PAS negeri baru-baru ini, enggan mengulas lanjut tuduhan serius itu di Malaysia Waves, blog yang mendedahkan pergeseran dalam parti itu.

Berbeza dengan Anti Husam yang menentang "kumpulan Erdogan", blog yang ditulis aktivis muda parti - yang dikenali Tulang Besi - membela kumpulan tersebut dan menjadikan kumpulan promuzakarah dengan Umno sebagai sasarannya.

"Saya tidak mahu memanjangkan isu ini, biarkan kepada Tulang Besi. Saya dinasihatkan oleh Datuk Seri Hadi agar tidak memberi respons (dakwaan di blog itu)," kata Roslan hari ini.

"Kalau saya respons, ia membuatkan dia rasa 'saya besar'. Dia tidak ada jawatan dalam parti. Buang masa sahaja respons.

"Tuduhan itu liar dan jahat."

Tulang Besi dalam beberapa tulisannya mencabar Roslan menafikan terlibat berkempen untuk menyingkirkan "kumpulan Erdogan", antaranya Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, khususnya selepas mendapat jawatan barunya itu.

"... kumpulan Erdogan wajib dibersihkan daripada PAS secepat mungkin dan tidak perlu menunggu muktamar yang akan datang," tulis penulis blog 3 November lalu.

Tulang Besi mendakwa kenyataan itu disampaikan oleh Roslan dalam mesyuarat di kawasannya Kelana Jaya.

Diminta menjelaskan faktor pendorong sehingga Dewan Harian PAS Selangor dipanggil ke lajnah politik seperti pendedahan Malaysia Waves – lokasi pertembungan hangat Khalid dengan ketuanya Dr Hasan Ali – Roslan berkata:

"Ia masalah dalaman parti dan ia sangat sulit."

Blog Anti Husam turut menamakan setiausaha agung PAS Datuk Kamaruddin Jaafar, bendaharinya Dr Hatta Ramli dan anggota biro lajnah politik Khalid Samad sebagai sebahagian "kumpulan Erdogan."

Khalid, yang juga ahli parlimen Shah Alam, digugurkan sebagai timbalan pesuruhjaya II PAS Selangor bulan lepas.

Mengulas dakwaan wujud laporan "100 peratus negatif" terhadap kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang dibuat oleh Dr Hasan di permukiman PAS di Langkawi awal November, seperti coretan blog tersebut, Roslan berkata:

"Saya tidak tahu. Saya belum pegang jawatan ketua penerangan. Tanyalah dengan setiausaha badan perhubungan."

Selain menegaskan kembali tiada krisis dalam PAS Selangor, Roslan juga menafikan PAS negeri mempunyai masalah parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat.

"Kita sudah selesa dalam Pakatan. Kita buat keputusan secara kolektif," katanya.

sumber- Malaysiakini

Tiada ulasan: