MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

5 Dis 2008

Dr Hasan Ali : Tiada pro-Anwar dalam PAS



Dr Hasan Ali : Tiada pro-Anwar dalam PAS


Jimadie Shah Othman | Dec 5, 08 9:15pm

Rombakan badan perhubungan PAS Selangor akibat perbezaan dua pemimpin kanannya tetapi tiada tokoh yang dipengaruhi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim atau PKR dalam parti itu, kata pesuruhjayanya.

Penjelasan Datuk Dr Hasan Ali ini kali pertama dibuat selepas tindakannya pada 21 November lalu menggugurkan ahli palimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib – masing-masing sebagai timbalan pesuruhjaya II dan ketua penerangan PAS negeri.

Kekosongan itu diganti oleh wakil rakyat Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat sebagai timbalan pesuruhjaya, manakala setiausaha akhbar kepada presiden PAS Roslan Shahir Che Mat dilantik sebagai ketua penerangan.

Kedua-duanya hadir di sidang media itu bersama dua lagi exco kerajaan Selangor daripada PAS - Dr Halimah Ali dan Iskandar Abdul Samad - yang diadakan petang tadi di bangunan pentadbiran negeri di Shah Alam.

Dr Hasan menambah, rombakan dalam sesebuah organisasi "perkara biasa" dan ia dibuat untuk memantapkan lagi parti.

Bendahari PAS negeri ditukar tahun lalu, tambahnya.

Rombakan terbaru dan mendadak itu dicadangkan oleh beliau "berdasarkan reaksi daripada teman-teman", katanya lagi.

"Saya nampak, dalam kabinet (badan perhubungan negeri) biarlah secantik-cantiknya, (pemimpin) bergerak sama wavelength (sepemikiran)," katanya, yang juga exco hal-ehwal Islam Selangor.

Dr Hassan mengakui secara terbuka bahawa pandangan beliau dan Khalid "kadang-kadang ada perbezaan".

Beliau turut menafikan wujud perpecahan dan pelbagai aliran dalam parti itu akibat pengaruh kerjasama dalam Pakatan Rakyat atau Anwar.

"Tiada pro-PKR, tiada pro-Umno. Semuanya pro-PAS," kata Dr Hasan.

Beliau juga menolak dakwaan terdapat golongan berfikiran liberal dan fundamentalis yang saling bertentangan dalam parti itu.

sumber- Malaysiakini

2 ulasan:

BurungBelatuk berkata...

Bila anwar tiada suatu tika dulu,kepercayaan rakyat terhadap politik dan pembangunan negara musnah...dengan bakal PM yang akan naik 'takhta', apa nasib malaysia?hu2

Unknown berkata...

Inilah sikap orang PAS,suka berdolak-dalik.Nampak sangat Dr Hassan Ali pun takut kepada anwar.

Satu Malaysia dah tahulah Dr,tak payah nak tutup bangkai gajah.

Kata nak yang sepemikiran, dah jelas khalid samad tak sepemikiran,mesti ada sebabnya?

Khalid Samad tak pun kata dia pro-Pas hanya pro-PKR. Dua makna yang berbeza tu?