BAGHDAD: Wartawan stesen tv Iraq yang melempar kasut ke arah Presiden George W Bush, pernah pernah melalui pengalaman getir apabila diculik oleh kumpulan militan serta ditahan tentera Amerika, menurut keluarganya hari ini.
Muntadhar al-Zeidi, berusia 28 tahun dan belum berkahwin adalah seorang pengikut Syiah, dikatakan amat membenci penaklukan tentera Amerika menawan Iraq serta campur tangan Iran di negaranya.
Tindakan Al-Zeidi semalam dikatakan sebagai transformasi kebencian rakyat Iraq yang bosan dengan kehadiran tentera Amerika di bumi negara itu yang berlarutan kira-kira enam tahun.
Mereka juga bimbang Iraq akan terus dikuasai Iran selepas Amerika keluar dari negara itu kelak.
Berikutan tindakan Al-Zeidi itu yang dianggap 'hero' rakyat Iraq, beribu penduduk keluar berdemontrasi di Banghdad dan bandar lain meminta pembebasannya.
Malah, perbuatan Al-Zeidi itu menjadi buah mult orang ramai di kedai kopi, pejabat malah di sekolah.
Malah, satu tabung ehsan dilancarkan oleh anak perempuan pemimpin Libya, Muammar Gadhafi untuk memberi sokongan moral kepada Al-Zeidi, serta meminta kerajaan Iraq membebaskannya. - AP
sumber- Berita Harian
Lawatan Bush ke Baghdad dilempar dengan kasut
BAGHDAD: Seorang wartawan televisyen Iraq melemparkan kasut kepada Presiden Amerika Syarikat, George W Bush dan memanggilnya 'anjing' pada satu sidang akhbar di Baghdad semalam.
Tindakan luar kawalan wartawan terbabit, Muntazer al-Zaidi menyebabkan pegawai keselamatan Iraq dan ejen khidmat rahsia Amerika Syarikat terkejut.
Mereka terus meluru ke arahnya dan menariknya menyebabkan berlaku pergelutan sebelum dia dibawa keluar dari bilik Bush bersama Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki mengadakan sidang akhbar.
Bagaimanapun kasut berkenaan tidak mengenai sasaran. Bush sempat mengelak ketika berdiri di sebelah Maliki dan terkena dinding di belakangnya manakala satu lagi kasut terkena bendera Amerika Syarikat dan Iraq.
Bush hanya tersenyum tapi jelas nampak tidak selesa dengan keadaan itu.
"Saya langsung tak kisah," kata Bush sambil meminta semua bertenang berikutan kekecohan tercetus di bilik persidangan itu
Ketika ditanya mengenai kejadian berkenaan selepas itu, Bush berkata "saya tidak berasan terancam dengan kejadian berkenaan. Jika anda mahukan fakta, kasut itu mempunyai saiz 10," katanya.
Beberapa wartawan Iraq lain memohon maaf bagi pihak rakan mereka itu yang dikenali sebagai pemberita sebuah televisyen.
Bush tiba di Baghdad kelmarin sebagai lawatan selamat tinggal sebelum beliau mengakhiri tugas sebagai presiden Januari ini. - Agensi
sumber - Berita Harian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan