MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

1 Dis 2008

Wan Azizah : 16 Sept 'dalam masa terdekat'



Wan Azizah : 16 Sept 'dalam masa terdekat'


Abdul Rahim Sabri | Nov 30, 08 9:30pm

PKR menyeru ahli-ahlinya dan orang ramai tetap optimis dengan usaha parti itu membentuk kerajaan baru persekutuan seperti sedang diusahakan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Presidennya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata pembentukan kerajaan baru pada 16 September lalu tidak berlaku tetapi perjuangan ke arah itu tetap diteruskan.

Beliau juga menyeru ahli-ahli agar sentiasa berdoa untuk merealisasikan projek tersebut.

Dalam ucapan penggulungannya di akhir kongres nasional parti itu di Shah Alam petang tadi, beliau menyeru ahli-ahli PKR, termasuk wakil-wakil rakyatnya agar tidak berputus asa tetapi harus terus berkhidmat untuk memastikan projek 16 September itu direalisasikan.

"Jangan putus asa, teruskan bekerja," kata isteri Anwar.

Jelasnya, tohmahan akibat kegagalan usaha menjatuhkan kerajaan BN itu bukan perkara baru tetapi seahagian rentetan ujian yang ditempuh oleh PKR.

Sewaktu beliau bertanding dalam pilihanraya umum 2004 untuk mempertahankan kerusi Permatang Pauh, kata Dr Wan Azizah lagi, beliau hampir kalah.

"Ramai yang tinggalkan kita. Mereka kata, parti ini akan mati, akan pupus," tambahnya.

Namun, kerusi itu berjaya dipertahankan dengan selepas dalam pilihanraya umum 1998.

Katanya, PKR kemudian berdepan tohmahan baru berhubung projek 16 September pula apabila banyak pihak mempertikainya sama ada ia omongan kosong sehingga timbul dakwaan Anwar seorang penipu.

"(Orang bertanya) bila lagi, bila lagi? Sabarlah. Dah boleh sabar begitu lama," katanya, disamut tepukan gemuruh kira-kira 1,000 perwakilan dan pemerhati.

"Jangan kata 16 September tak jadi. Insya Allah (jadi kenyataan)."

Dalam sesi penggulungan itu, Naib Presiden PKR Mohamad Azmin Ali turut menggesa ahli agar memberi komitmen kepada Anwar untuk membentuk kerajaan baru "dalam masa terdekat".

"Saya percaya yang dilafazkan akan dimakbulkan," katanya.

Tambahnya, cabaran teraru PKR ialah bagaimana mengurus kemenangan besar dalam pilihanraya umum lalu secara bijaksana dan penuh tanggungjawab.

Jelasnya lagi, PKR akan menubuhkan pasukan petugas bagi mengurus pendaftaran ahli di peringkat pusat, negeri dan bahagian.

Beliau juga menasihatkan ahli-ahli akur dengan keputusan pimpinan PKR dan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat berhubung calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu

sumber-Malaysiakini




3 ulasan:

sangtawal berkata...

ramai juga orang yang hadir berjaya ditipu oleh bro anwar ni ye.pandai pula dia bersumpah...in the name of god la...bla bla bla...tapi bila teringat kata kata prof dr chandra..."jangan dewakan peliwat" dalam akhbar...api perjuangan mahasiswa tu...bimbang saya pada anak bangsa saya nanti bila anwar dan gengnya melangkah ke Putra Jaya..

bersemangat pula nampak...gagah perkasa...tapi bila tiba hari perbicaraan...sakit kus kus belakang pun datang...jalan kena pimpin....tiba je hari bicara....sakit pun datang.... kalau bicara tangguh....terus segar bugar.tengok dia nyanyi tu...semangat...10 orang tolak pun rasanya tak rebah tu...

sangtawal

Joyah berkata...

Salam...

Alhamdulillah, dah pandai pun Anwar sebut perkataan 'InsyaAllah' ... sebab dia sendiri pasti bahawa setakat ini, Allah masih belum izinkan PR untuk memerintah Malaysia. Dan kita semua tahu sebabnya mengapa. Azizah pula kata... sabarlahh...ya, sabar itukan sebahagian dari iman ...selagi Allah tak izinkan, org2 PR sila bersabar ya walaupun 100 tahun lagi.

Tak ramai pun tengok yang datang. Kalau dah selalu menipu, pengikut2 pun tak loyal..macam lalang, akan berpihak pada yang lebih mengutungkan. Elok lah tu, ketua penipu, ADUN nak dipilih dari yang suka, pengikut macam lalang ... combination yang amat sesuai..

InsyaAllah ..selagi Allah tak kata jadi, maka takkan jadi.

Wassalam

mimpi916 berkata...

Saya antara dikalangan ahli2 PAS yang tidak mahukan anwar jari PM dan cita2 PKR berjaya.

Awal2 lagi saya menolak Anwar dan anasir2 PKR dalam PAS..

Anwar dah banyak rosakkan PAS..

Jikalau berjaya pun dia menjadi PM.. Kami ahli PAS tidak merelakan undi kami membantu dia menjadi PM..

Kami mahukan Tuan Guru Haji Hadi jadi PM