MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

26 Nov 2008

Team Erdogan mula gigit PAS



Team Erdogan mula gigit PAS


Sewaktu persada politik tanahair kita sedang dibuai cerita bakal berlaku pertarungan diantara Iron Lady vs Juhi Chawla [Rafidah vs Shahrizat], tiba tiba muncul kisah masalah dalaman PAS Selangor……

Kini didada beberapa web dan blog terpampang cerita Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Hassan Ali membuat keputusan drastik menggugurkan Ahli Parlimen Shah Alam Ir Hj Khalid Samad dari jawatan Timbalan Pesuruhjaya II PAS Selangor dan seorang lagi ADUN Hulu Kelang, Hj Sa’ari Sungip juga hilang jawatan Ketua Penerangan PAS Selangor.

Minggu lepas dalam penulisan Blogmaster ini ada menyenaraikan tingkah laku MB Selangor, diantaranya tidak memberikan kasih sayang sama rata kepada Dr Hassan Ali berbanding Theresa Kok, kini terserlah kenyataan atau hakikat sebenar bagaimana kita melihat sendiri krisis rumahtangga pimpinan sebuah parti politik yang dahulunya berpaksikan Islam tapi sekarang bermadu dengan DAP bersuamikan PKR.

Pendedahan diblog ini juga pada posting yang lepas telah merungkai muslihat Khalid Ibrahim tidak melantik secara rasmi seorang Timbalan MB, membuatkan Hassan Ali menelan air liur melihat Theresa Kok diumumkan sebagai Exco paling kanan dan mendapat tempat duduk bersebelahan MB Selangor itu sendiri. Lebih memedihkan lagi mata Yb Yb dari parti PAS bila beberapa portfolio yang penting seperti Pelaburan, Perindustrian, Perdagangan, Kerajaan Tempatan, Perlancongan dan Pembangunan Kampong Baru digadaikan kepada Exco Exco bukan melayu.

Agak sekian lama juga terdengar desas desus bahawa Dr Hassan Ali tidak pernah mendapat kepercayaan penuh Khalid Ibrahim apabila MB itu tidak melantiknya sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam dan juga Pengerusi Lembaga Pungutan Zakat Selangor. “To add salt into the wound”, rintihan Pesuruhjaya PAS Selangor ini tidak pernah mendapat sokongan Ir Khalid Samad, kesimpulannya sebagai Timb Pesuruhjaya beliau boleh ditafsirkan gagal untuk membela bossnya. Apakah waktu itu Ahli Parlimen Shah Alam sedang dibuai angau dengan gula gula Anwar Ibrahim apabila seronok dipilih menyertai kumpulan yang melayan impian Anwar dalam Dream Team 16 September, lebih sinonim dilabelkan Geng 916…..

ADA AHLI ERDOGAN DALAM PAS SELANGOR




Fahaman Ir Khalid Samad yang pernah memberikan kenyataan bahawa perkataan Allah boleh digunakan digereja, malah lawatannya ke sebuah gereja jelas menunjukkan bahawa beliau agak liberal dan “cocok” untuk bersetubuh dengan pemikiran Anwar Ibrahim.

Sewaktu rancaknya klentong Anwar dimainkan oleh media seluruh negara mengenai peralihan kuasa kerajaan pusat menjelang 16 September, ada beberapa pimpinan PAS sudah pun dikenal pasti sebagai ahli kumpulan Erdogan.

Di Selangor sendiri, beberapa nama telah dikaitkan tersangat cenderung kepada Anwarisme setelah terpukau dengan “magic” Anwar dan mereka sudah memasang cita cita mahu menjadi Menteri, atau Timbalan Menteri dan paling tidak pun Setiausaha Parlimen dalam kabinet Ketua Umum PKR itu.

Mengikut cerita daripada dalam kain PAS, sewaktu berlangsungnya Muktamar parti itu di Ipoh pada bulan Ogos yang lalu, agak panas juga perbahasan dikalangan perwakilan yang mula mempersoalkan hubungan PAS dalam Pakatan Rakyat. Ada suara-suara sudah berani mencadangkan agar Tuan Guru Hadi sebagai calon Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih kerajaan pusat. Timbul juga cerita Khalid Samad dan Hatta Ramli berkelakuan pelik tidak menghormati pimpinan PAS dari golongan Ulamak….

Seterusnya dari situ dikatakan hubungan diantara Dr Hassan Ali dan Ir Khalid Samad semakin meruncing. Apatah lagi dalam isu PKNS dimana suara bantahan Pesuruhjaya PAS Selangor itui tidak mendapat sokongan Ir Khalid untuk menggegarkan Tan Sri MB Selangor. Begitulah juga tersinggungnya perasaan Hassan Ali apabila Ahli Parlimen Shah Alam itu tidak mahu menentang peruntukan RM10 juta untuk rumah ibadat bukan Islam dinegeri Selangor. Maka tidak hairanlah jika Dr Hassan Ali hilang sabar dan membuat keputusan untuk memudahkan pentadbiran politiknya.

Keputusan ini sudah tentu diilhamkan setelah sesi brain storming dikalangan pimpinan PAS dalam Retreat mereka di Langkawi baru baru ini. Adat resam politik sekiranya seseorang ketua itu tidak boleh sehaluan dengan timbalannya, maka rombakan adalah satu corrective action yang dikira perlu.

Kini Perhubungan PAS Selangor menyaksikan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat dilantik menggantikan tempat Khalid Samad selaku Timb Pesuruhjaya PAS II dan YDP PAS Kelana Jaya, Roslan Shahir pula menggantikan ADUN Hulu Kelang, Sa’ari Sungip sebagai Ketua Penerangan PAS Selangor.

Keputusan mendadak itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian parti itu yang diumumkan dan diluluskan dalam mesyuarat badan perhubungan PAS negeri itu pada hari yang sama.

Dr Che Rosli pernah menjadi Timbalan Pesuruhjaya PAS Perlis dan Roslan diwaktu yang sama juga adalah Setiausaha Akhbar Presiden PAS.

SA’ARI SUNGIP BUKAN AHLI ERDOGAN?

Kalau mengikut kitab politik, agak mengejutkan juga apabila Dr Hassan Ali turut menggugurkan Sa’ari Sungip sebab beliau tidaklah dilihat ketara cenderung kearah menjilat Anwar Ibrahim. Jika mahu didedahkan, ada dua orang lagi Ahli Parlimen PAS di Selangor yang memang sebati dengan label ahli Erdogan dan seorang lagi Ahli Parlimen PAS yang dahulunya mencuba nasib di Selangor tetapi kini lebih bernasib baik mendapat gelaran Yb di negeri Kelantan…..

Setelah duduk bersembang sampai ke dinihari disulami bergelas gelas teh tarik di Shah Alam, bersama beberapa sahabat sahabat PAS, barulah Blogmaster kenal pasti sebab musabab Sa’ari Sungip diketepikan oleh Hassan Ali. Rupa rupanya ada satu line of statement dikalangan pimpinan atas Dewan Harian menyokong Pesuruhjaya PAS itu bila mengatakan wujud tanggapan dalam PAS, termasuk ditimbulkan sendiri oleh Dr Hassan, bahawa parti itu tidak diberi tempat untuk bergiat dan mengadakan program dalam kawasan yang dikuasai PKR. Sebenarnya ini agak peribadi diantara Dr Hassan Ali setelah beliau jarang sekali mendapat ruang berbanding dengan Sa’ari Sungip, besar kemungkinan ini adalah mainan politik daripada Ahli Parlimen Gombak sendiri [Hulu Kelang dan Gombak Setia dibawah Parlimen Gombak].

PAS MULA HAPUSKAN FAHAMAN ERDOGAN?

Apakah dengan keputusan melucutkan jawatan Timb Pesuruhjaya dari Khalid Samad ini merupakan signal kepada Anwar Ibrahim dan Khalid Ibrahim bahawa PAS boleh memisahkan hubungan Pakatan Rakyat di Selangor?

Juga persoalannya disini, apakah dengan tindakan Dr Hassan Ali ini sebagai bermulanya satu persatu penyingkiran ahli ahli Erdogan dari senarai pimpinan PAS..? Menjadi penantian untuk kita lihat sendiri apakah nasib salah seorang pimpinan paling kanan PAS yang memang dikenali sebagai salah seorang ahli Erdogan samada jawatannya sebagai orang penting di syarikat media milik PAS akan diteruskan atau pun tidak…?

KENALI AHLI AHLI ERDOGAN [ANWARISME]
















sumber - Medan-info.kita

7 ulasan:

mufarakahpr berkata...

hey umno

jangan sibuk urusan pas

pergi rasuah ahli umno lagi bagus

alluqman berkata...

Munafiq Tulin
1. Bila Bercakap, Berbohong
2. Di beri Amanah, Khianat
3. Berjanji, Munkir
4. Mermusyawarah, Bertengkar
Nescaya kamu akan lihat satu golongan di antara kamu apabila di akhir zaman akan menjual agama untuk kepentinggan dunia.
Sunanan, Bahrul Mazi,

alluqman berkata...

Munafik Tulin
1. Bercakap, Bohong
2. Berjanji, Munkir
3. Di beri Amanah, Khianat
4. Musyawarah, Bertengkar

Akhir zaman ada golongan di antara kamu yang mengaku ia adalah ahli agama, tetapi menjual agama untuk keuntugan dunia.

Sampai dak g masa tu ....???
Dalam kitab sunnan dan bahrul mazi tak habaq tahun bila tapi....??? awat kita tanya yang ni pakat dok emosional sangat. Nak penjelasan ja.

azreen berkata...

contoh orng yag menjual agama ialah apabila parti islam yg memperjuangkan islam sanggup membuka kandang b_b_ yang besar-besar dan lupa hasrat dan perjuangan asal demi menjaga hati org kafir..

cutekontot berkata...

tu le jgn kita sibuk-sibuk buka cite hal umah tangga orang, sekarang rumah tangga sendiri dah kelam kabut.

Tanpa Nama berkata...

t ksh AIDC...

Unknown berkata...

Siapa kata PAS tak bergolak? Bukan UMNO sahaja yang bergolak?

PKR sendiri pun dilambung ombak juga, cuma Ketua de facto dia pandai kelentong.

Janganlah cepat marah..melenting..melalak..bila kain kita pula diselak.

Selama ini kita cukup suka bila tengok kain orang lain diselak.

Sekarang, rasakan sendiri bila kain sndiri terselak.