MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

30 Nov 2008

Sampai Bilakah Team Erdogan Ingin Bersubahat Dengan Arak?



Sampai Bilakah Team Erdogan Ingin Bersubahat Dengan Arak?


Pada mulanya penulis agak gembira kerana akhirnya sudah ada satu perkara yang PAS mampu lakukan di Selangor iaitu membataskan penjualan arak di Selangor.Malahan, PAS Selangor sudah hampir berjaya sehinggalah Majlis Bandaraya Shah Alam hampir mahu melaksanakan pengharaman tersebut terutamanya di 7 Eleven dan kedai-kedai yang seumpama dengannya.

Penyokong Khalid Samad gembira dan kembang sehinggakan ada komen-komen yang mengatakan tatkala Khalid dipecat, Shah Alam (di bawah Khalid) telah berjaya mengharamkan arak tetapi ada manusia Islam di Gombak Setia naungan Hassan Ali masih tunggang terbalik dengan khamar.Namun,kembang kempis hidung penyokong Khalid menguncup semula apabila khabar sedih dari pejabat Menteri Besar "menangguhkan" hasrat suci MBSA.

Menurut Khalid,"Keputusan exco negeri hanya (memutus) meningkatkan penguatkuasaan, melarang penjualan alkohol kepada mereka bawah 18 tahun, dan juga kepada masyarakat Islam. Jadi selepas perjumpaan kita dengan mereka yang berkenaan seperti pemilik kedai, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan NGO-NGO, barulah kita akan membuat beberapa keputusan pelaksanaan."

Ternyata keputusan Menteri Besar itu banyak dipengaruhi oleh exco "terkanan" negeri yakni Teresa Kok.Menurut Malaysiakini,Teresa Kok berkata cadangan mengetatkan jualan minuman keras di kedai-kedai 24 Jam dibantah oleh "ramai" exco.Maka, malanglah sekali PAS kerana "ramai" exco Kerajaan Selangor lebih senang dengan arak daripada mengharamkan arak seperti mana yang disyariatkan oleh ugama.

Semalam bermulalah Kongres Tahunan Kelima PKR,di Stadium Melawati. Hadir sama adalah pemuka-pemuka Erdogan PAS iaitu Husam Musa, Kamaruddin Jaafar,Khalid Samad,Nizar Jamaluddin (MB Perak) dan Lo'Lo' Ghazali. MB Selangor,Khalid Ibrahim sekali lagi selepas mengkhianati PAS dalam usaha pengharaman arak mengharapkan parti-parti Pakatan Rakyat agar menghormati antara sesama parti komponen Pakatan Rakyat memetik petikan yang disiarkan dalam Harakahdaily hari ini.

Kita hairan PAS seperti sudah masuk dalam lubang bukan hanya sekali,tetapi banyak kali.Hairan juga sebuah parti yang mengaku Islam ini seolah-olah tidak mendengar sabda Nabi bahawa orang Islam tidak akan masuk ke dalam lubang dua kali. Bukan sekadar tidak menyokong,malahan mengarahkan keputusan mengharamkan arak ditarikbalik di dalam kawasan yang dipimpin oleh orang yang biasa berusrah dan bertamrin.Begitu hinanya mereka diperlakukan tetapi masih belum sedar.

Sudah banyak kali PAS digigit oleh PKR dan DAP dalam hal ehwal melaksanakan hukum Islam tetapi ada di antara pimpinan mereka yang masih terhegeh-hegeh menempel ke majlis manusia-manusia yang tidak menyokong usaha Islamik mereka.

Maka,bolehlah golongan Erdogan PAS ini diumpamakan bagaikan anjing,diberikan makan pun terjulur,tidak diberikan makan pun masih terjulur dengan tiada malunya di majlis-majlis anjuran Anwar dan PKR.

sumber-Maharaja Zhou


3 ulasan:

Senyumsempoi berkata...

Dalam suasana politik hari ini jika PAS coba tegak hukum Islam di Selangor DAP marah. Dalam kes arak DAP tuduh PAS angkuh. PAS pun tunduk akur.
Kemudian ada suara dari ahli PAS berkata; cukuplah sekurang-kurangnya kita sudah bersuara.
Begitulah perjuangan PAS.

Afiq berkata...

em...spatutnye...pimpinan negeri selangor nie...kne laa progresif sket...buat massive dakwah...bagi penerangan dlu...aku yakin kalo DAP tau pn DAP sokong punye...lim guan eng bley sokong....kompem bley laaa....pimpinan negeri nie politiking jgn laa sempit sgt...kne sound sket emo...nak name sgt ke per...camtu bg kat org yg nak buat keje btul2...untuk Izzah Islam nie...

unknower berkata...

bg sy, dlm Islam ini kena sederhana..

adalah cukup memberangsangkan jika 7E tak menjual arak..

tapi i2 akan meningkatkan sentimen ekstremis mengatakan PAS adalah parti yang tidak boleh berunding..

ini boleh jadi satu isu yang boleh memecahbelahkan PR..

adalah cukup andai buat secara perlahan, sederhana tapi memberi kesan.. selepas cukup kesedaran masyarakat barulah ke tahap yang org ramai boleh terima scara majmuk dan total..

perlu diingati bahawa yg memerintah selangor adalah PKR yang terdiri dari pelbagai latar dan kaum pemimpinnya..

Insya-Allah hukum Allah akan tertegak jua di bumi nusantara..

yang penting cara pendekatan dan kebijaksanaan pemimpin sekarang..

Wallahua'lam..