MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

12 Nov 2008

PM bukan Melayu, apa kata Anwar ?



PM bukan Melayu, apa kata Anwar ?


oleh anakmuda_selangor

Rupa-rupanya kemenangan calon Demokrat Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44 bukan sahaja mengujakan kaum kulit hitam di Amerika, tetapi turut mengujakan kaum kulit putih di Malaysia.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang menganggap kejayaan Obama seorang kulit hitam sebagai Presiden Amerika Syarikat seharusnya dijadikan teladan politik di Malaysia.

Mereka ini berpendapat Amerika Syarikat telah menunjukkan kepada dunia bahawa kaum minoriti mempunyai peluang bersaing dengan kumpulan majoriti malah telah mengatasi halangan besar bagi memenangi jawatan tertinggi negara itu.

Apakah ini bermakna, secara diam-diam selama ini, Lim Kit Siang bercita-cita untuk menjadi PM ? Sebelum ini tidak diluahkan secara terang, tetapi setelah kemenangan Obama, wakil kaum kulit putih di Malaysia pun secara terbuka mengumumkannya.

Sebelum ini yang kencang menawarkan diri bukan Lim Kit Siang tetapi Anwar Ibrahim dengan segala perancangan yang kononnya rapi, target 16 September, tetapi tidak menjadi kenyataan.

Apa pula perasaan Anwar apabila seorang lagi rakan pakatannya menawarkan diri menjadi PM ? Sudah tidak percaya dengan kewibawaan Anwar kah, hingga terpaksa calon alternatif berkulit putih pula menawarkan diri ?

Begitulah resam pakatan rakyat, sentiasa mencari peluang untuk kepentingan diri. Walau nampak manis di depan, tetapi di belakang belum tahu. Walaupun pada permukaan bersetuju melantik Anwar sebagai bakal PM, tetapi di dalam hati, di belakang belum tentu.

Siapa tidak mahu jadi PM, semua orang politik tergila-gila jadi PM, walaupun tidak layak.

Anwar Ibrahim sendiri, sudah menawarkan diri jadi PM sejak tahun 1998. Ketika itu, satu tangga lagi, nak sampai ke takhta PM, tetapi jatuh tergolek terpaksa menjadi 'PM' di Sungai Buloh.

10 tahun berlalu, tetapi cita-cita Anwar mahu jadi PM tidak pernah luput. Beritahu semua penyokong bahawa akan jadi PM pada 16 September. Beritahu seluruh dunia, 16 September yang lepas sepatutnya telah jadi PM, tetapi masih seperti dahulu, cita-cita hanya tinggal cita-cita, masih tidak kesampaian.

Ada orang berkata Anwar tidak boleh jadi PM, kerana terlalu angkuh, kerana mengambil kuasa Tuhan boleh menentukan tarikh bilakah akan jadi PM. Kata orang lagi, jika Anwar tidak angkuh dan mampu bersabar serta berserah kepada Tuhan, mungkin 10 tahun lepas, dia telah menjadi PM.

Ketika Anwar laungkan mahu jadi PM, 16 September, orang yang tidak menyokongnya ialah Ibrahim Ali. Sepatutnya Ibrahim Ali menyokong Anwar jadi PM, 16 September kerana mereka berdua pernah berkawan baik dan sama-sama dipenjarakan di Kemunting.

Sepatutnya orang yang pernah sama-sama berdemonstrasi, sama-sama menginap di Kemunting akan lebih kenal mengenal dan saling bantu membantu kerana dulu perjuangannya sama. Sama berdemo, sama dipenjara, sama masuk UMNO, sama dipecat UMNO, sama pandai berpidato, tetapi tidak sama tentukan siapa bakal PM.

Jadi kalau kawan baik sendiri seperti Ibrahim Ali, tidak sokong Anwar jadi PM, bermakna ada sesuatu yang tidak kena dalam fikiran kawan baiknya itu, tetapi tidak diluahkan, demi menjaga air muka.

Secara lantang, Ibrahim Ali melaungkan dia akan sokong Haji Hadi jadi PM, walaupun dia tahu, Anwar dan para penyokongnya menobatkan pemimpin defacto PKR itu jadi PM.

Haji Hadi lebih bijak, walaupun disokong Ibrahim Ali jadi PM, tetapi Hadi membalas dengan tersenyum, "Saya tak mahu menjadi PM Mat Jenin".

Obama menawarkan diri jadi Presiden Amerika buat pertama kali dan terus berjaya, tetapi Anwar mengambil masa 10 tahun dengan beberapa kali percubaan tetapi masih gagal. Setelah Anwar masih gagal, muncul pula Obama II berkulit putih, Lim Kit Siang pula menawarkan diri.

Bolehkah Anwar memberi laluan kepada Obama II berkulit putih dari Malaysia itu menjadi PM, sedangkan Anwar siang malam bermimpikan istana Putrajaya ?




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Anwar takkan duduk diam kalau orang lain jadi Perdana Menteri hatta kawan baik beliau sendiri (najib dan Pak Lah dalam team wawasan).Kit Siang mungkin akan jadi musuh kembali jika cuba meranapkan impian mat jenin beliau.Apa-apa pun Anwar akan terus diam jika melibatkan soal orang melayu kerana menjaga hati penyumbang undi terbesar.

Anwar akan terus diam dan diam tentang pencabulan hak orang melayu dan Islam demi mengejar takhta.Tapi akan terus melalak memaki hamun kerajaan selagi impiannya tak sampai.Gayanya seperti orang membaling batu sembunyi tangan.
Membenarkan maruah Islam dan melayu diinjak-injak tetapi menafikannya dan berdiam diri, Ini bukan pemimpin sejati,ini pemimpin untuk tekak sendiri.
wassalam

p/s:kalau anwar bersabar 10 tahun lepas dan jadi perdana menteri.habis dah Malaysia sekarang.Setiap sesuatu terjadi ada hikmahnya.Tahniah anwar kerana menjadi pm di Sungai Buloh.Tak lama lagi anda akan ke sana semula .InsyaALLAH..

Unknown berkata...

suruh bapak ko je jadi PM..habis cite

Tanpa Nama berkata...

hehe bapak aku boleh kot jadi pm..bapak kau boleh tak? masuk rumah tak bagi salam