MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

22 Nov 2008

Pulau Pinang teruskan rancangan walaupun dikritik

Atas-papan tanda asal tulisan Melayu dan Jawi. Bawah- Tulisan Jawi dibuang diganti dengan dengan bahasa Cina.


Pulau Pinang teruskan rancangan walaupun dikritik



PULAU PINANG 21 Nov. – Kerajaan Pulau Pinang akan meneruskan cadangan untuk menamakan jalan pada papan tanda dalam satu bahasa lain di samping bahasa Melayu bagi mempromosikan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, nama jalan itu akan ditulis sama ada dalam bahasa Inggeris, Tamil, Cina, Arab dan jawi sementara dalam bahasa Melayu tetap dikekalkan sebagai menghormati ia sebagai bahasa kebangsaan.

“Kita mahu meningkatkan industri pelancongan Pulau Pinang dan ini sebahagian daripada usaha untuk menarik lebih ramai pelancong melawat Georgetown setelah UNESCO mengiktirafnya sebagai Tapak Warisan Dunia,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan penamaan jalan pada papan tanda di Lebuh Acheh di sini hari ini.

Beliau berkata, nama jalan pada papan tanda dalam pelbagai bahasa boleh membantu ramai pelancong mengetahui bahawa Georgetown adalah sebuah bandar raya yang mempunyai penduduk berbagai-bagai bangsa, kebudayaan dan agama.

“Kita mahu mempromosikan Georgetown dan pada masa yang sama tidak mengurangkan status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” kata beliau.

Ditanya mengenai kritikan selepas pemasangan papan tanda dalam pelbagai bahasa, Guan Eng berkata, ia telah dilakukan di banyak bandar raya termasuk Kuala Lumpur yang menambah nama jalan dalam bahasa lain seperti Arab dan jawi dan mengekalkan nama dalam bahasa Melayu.



“Kita tidak boleh jadi satu “masyarakat tertutup” jika kita mahu hidup dan bersaing global,” katanya sambil menambah bahawa lima bahasa berlainan yang dipasang pada papan tanda di sepanjang Lebuh Acheh berharga setiap satu kira-kira RM300.

Mengenai dakwaan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam bahawa Guan Eng sepatutnya menyedari mengenai garis panduan UNESCO yang kini boleh menjejaskan pengisytiharan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia, Guan Eng berkata, perkataan yang digunakan Mohd. Ali tidak boleh dipercayai.

“Mohd. Ali pernah berkata, bahawa Shah Rukh Khan akan ke Melaka pada 29 November untuk menerima anugerah negeri yang membawa gelaran Datuk tetapi dibatalkan.

Ini menunjukkan bahawa Mohd. Ali tidak tahu apa yang dikatakan dan tidak menyatakan apa yang dimaksudkan,” kata beliau.

Rabu lepas, Guan Eng dilaporkan berkata, garis panduan UNESCO mengenai pengisytiharan Tapak Warisan Dunia tidak dimaklumkan dengan meluas apabila ia dalam proses pengisytiharan, sambil menambah ia hanya diketahui ketika status Georgetown itu diluluskan oleh UNESCO, barulah kerajaan menyedari garis panduan tersebut

sumber - Utusan Malaysia

3 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

Memang DAP kurang siuman !!!


tapi sayang PAS dan makin tenggelam dlm angan angan ketua PR bernama gelaran Mat Jenin.

Erotomania berkata...

Salam,

Dalam perbualan dengan warga Pulau Pinang, saya dapati tak ramai yang merujuk ibu negerinya sebagai "Georgetown". Nama "Tanjung' adalah lebih mesra serta enak didengar dan diucapkan. 'Georgetown' berbau penjajah. Saya paham sangat bahawa amat sukar bagi nama sesebuah bandaraya itu diubah.

Mula-mula tulisan Jawi, selepas itu apa pula agaknya DAP akan buat, ya? Saya percaya jika DAP diberi peluang, maka Malaysia akan menjadi seperti Singapura satu hari kelak.

Anak Melayu berkata...

dah-dahlah DAP...tak cukup ke Singapore...Skang Pulau Pinang plak...Jangan pikir kami takut...