MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

2 Nov 2008

Orang Melayu pun ada perasaan - YDP PAS Pandan



Orang Melayu pun ada perasaan - YDP PAS Pandan


Strategi BN di Selangor untuk menawan balik negeri ini kelihatan terang dan jelas.

Kemenangan 8 Mac PR adalah hasil dari peningkatan undi kaum Cina dan India. Kebanyakan pengundi Melayu kekal bersama BN kecuali di bandar-bandar besar.

Keyakinan terhadap MCA, MIC dan Gerakan masih belum dipulihkan, harapan untuk memenangi kerusi-kerusi majoriti bukan Melayu adalah amat tipis.

Fokus BN nampaknya lebih kepada pengundi Melayu. Jika mereka yang dulunya mengundi PAS atau PKR di kerusi-kerusi majoriti Melayu dapat ditarik, undi orang Cina dan India mungkin tidak lagi menjadi penentu.

Isu-isu yang khusus untuk pengundi-pengundi Melayu seperti ladang babi RM100 juta, kemasukan pelajar bukan Melayu ke dalam UiTM, penggantungan pegawai MPAJ, amaran untuk merobohkan surau-surau tanpa izin dan perlantikan pengurus besar Cina bagi PKNS menjadi modal-modal UMNO dan BN.

Sama ada isu-isu itu benar atau tidak, wajar atau sebaliknya, PR perlu melihat ancaman propaganda BN ini sebagai serius. Di dalam politik, setiap keberangkalian perlu dianggap serius.

Orang Melayu pun ada perasaan. Jika kita turun ke bawah bersama rakyat, kita boleh rasa ada perasaan bimbang dan gusar di kalangan mereka. Oleh yang demikian, hati mereka, sensitiviti mereka, juga mesti dijaga. Mereka bukan batang kayu yang tidak bernyawa. Mereka sedang menghitung apa yang mereka dapat dan apa yang orang lain dapat di bawah PR. Segala ucapan di dalam sidang DUN sedang mereka amati.

Jangan PR pula menjadi seperti UMNO dan BN, menganggap orang Melayu bodoh dan undi mereka senang hendak dipancing. Orang Melayu juga pandai menilai. UMNO menerima padahnya pada pilihanraya 1999, sehingga Dr. Mahathir terpaksa berundur.

Jika PR kalah di semua kerusi majoriti Melayu, keadaannya akan menjadi terbalik. BN pula akan ada 36 kerusi dan PR hanya 20. Lebih memalukan lagi jika Exco-Exco malah MB sendiri kehilangan kerusi. Fikirkanlah!

Iskandar Abdul Samad, Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan & ADUN Chempaka, Selangor


Nota ; Artikel ini ditulis Iskandar Abdul Samad, Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan & ADUN Chempaka, Selangor dalam blognya iskandar56100.blogspot.com

1 ulasan:

kumbang berkata...

pandai jugak dia ni fikir ya..sebab dulu..kuil kena roboh kat tempat sendiri pun tak tahu..ada peningkatan..bagus...keluarlah PR selesai masalah