Nov 5, 08 11:57am
Calon Demokrat, Barrack Obama mencapai kemenangan dan menjadi presiden kulit hitam pertama Amerika Syarikat. Manakala calon Republik, John McCain mengucap tahniah kepada Obama.
Sehingga jam 12.20 tengah hari ini, Obama mendahului dengan kutipan 297 undi berbanding calon Republik, John McCain yang memperoleh 145 undi.
Calon memerlukan sejumlah 270 undi untuk menang.
Kemenangan terbesar bagi Obama ialah apabila beliau diisytiharkan pemenang di Ohio dan Pennsylvania - tempat berlakunya kempen yang paling panas dan sengit antara kedua-dua calon tersebut.
Obama, 47, akan memegang jawatan presiden Amerika ke-44 pada pada 20 Januari depan, dan bakal berdepan dengan krisis kewangan yang terburuk sejak 1930-an, perang di Afghanistan dan Iraq serta pertelingkahan dengan Iran mengenai senjata nukleara.
Rangkaian stesen television meramalkan kemenangan Obama selepas beliau memperkukuhkan sokongannya di kubu kuat Demokrat serta berjaya menarik sokongan di kubu republik.
Pada jam 12.20 tengahari waktu tempatan, McCain mengaku kalah dan mengucap tahniah kepada presiden baru Amerika itu.
Tidak seorang pun calon preside selepas John F Kennedy pada tahun 1960-an yang menang jawatan presiden tanpa mencapai kemenangan di Ohio, Pennsylvania dan Florida.
Obama juga menang di New Mexico, sebuah lagi kerusi parti Republik yang diperlukan oleh McCain untuk menambah peluangnya untuk menang jawatan presiden.
Obama turut mencatat kemenangan di Washingtonm Oregon, California, Massachusetts, Connecticut, Illinois, New Jersey, Maine, New Hampshire, Washington DC, Delaware, Michigan, Wisconsin, Rhode Island, dan Minnesota.
McCain pula antaranya mencatat kemenangan di Kentucky, Tennessee, West Virginia, South Carolina and Oklahoma, Alabama, Arkansas, Wyoming, Louisiana, Kansas dan Texas.
Seperti yang diramalkan, McCain menang di Kentucky dan West Virginia manakala Obama menang di Vermont.
sumber - Malaysiakini.com
7 ulasan:
Obama pun geng Yahudi gak
cuba download video pasal Yahudi kat US...
muka Obama mesti ada kat convention Yahudi..
kalau nak jadi Presiden US..
kene la ikut telunjuk Yahudi..
So takde beza sapa pun Presiden US..
sama je selagi Yahudi berkuasa
hehe ni bukan satu berita yang menghairan or menggemparkan bagi kita yang mengetahui tentang illuminati and freemasonic ni..pandai depa ni rangka strategi,mungkin ini lah konspirasi terbesar amerika dalam sejarah utk new world order
Akhirnya berjaya juga Obama menjadi Presiden US kulit hitam pertama.
Ada sorang tu nak jadi PM Malaysia "In waiting" kononnya 16 Sept, bukan US tapi kat Malaysia. Ikut telunjuk siapa agaknya..
setan tua lawan setan muda. yang menang setan lah jugak.
salam semua.
Betul tu syaf...saya pun rasa dia geng yahudi jugak.
Biasalah Amerika...demokrasi dijadikan alat untuk mengaburi mata dunia saja.
kemenangan obama itu bukan kemenangan muktamad lagi...rakyat amerika berjaya ditipu juga...
berduyung duyung mereka keluar mengundi..kononnya mereka bijak merealisasikan demokrasi...
TETAPI...mengapa perlu ada "popular votes" dan "electoral votes" pula di amerika???
obama hanya baru memenangi popular votes...belum lagi memenangi electoral votes....dimana pada electoral votes inilah yahudi-zionis mengatur segalanya!!! merekalah yang mengatur NWO...pada electoral votes ini obama akan dipilih sekali lagi oleh "orang-orang tertentu" pula dan suara "orang-orang Tertentu" inilah yang akan menjadi kata pemutusnya.rakyat tidak terlibat dalam electoral votes ini.
contohnya ialah pada tahun 2004,Al-gore telah menang popular votes,tetapi setelah melakukan electoral votes..Bush yang menang dan jadi presiden amerika...jadi ...amerika yang mendakwa dialah negara pendokong demokrasi...
sebenarnya adalah lebih teruk dari negara lain...mereka menipu rakyat terang terangan!!!
merekalah diktator sebenar!!!
mereka lebih teruk dari komunis!!!
sewaktu krisis ekonomi 1998 dulu mereka mengejek dan mengkeji kita kerana cara kita mengikat ringgit dan membailout banyak syarikat syarikat.....tetapi sekarang mereka pula membelanjakan berbilion bilion dolar untuk bail out....mereka menjilat ludah mereka kembali.
mereka sebenarnya bodoh..tidak cerdik. Pemikiran tun adalah 10 tahun lebih maju berbanding mereka!DNA dan genetik mereka banyak yang terdelete dan mengalami mutasi,statik dan tidak boleh berkembang lagi...kalu berkembang pun menjadi gen yang abnormal...gen yang abnormal akan menghasilkan seorang manusia yang ber-syndrome...sedikit masa lagi baka mereka akan pupus seperti dinasour...
wassalam.
Dulu,
setiap kali Pemimpin USA berganti,
Aku berharap ada harapan untuk Agama ku.
Tapi aku hampa.
Mungkinkah kali ini?
Tapi harapan ku tidak spt dulu.
Salam semua,
Tidak guna mengharap pembelaan bagi Islam dari orang bukan Islam. kekuatan Islam itu sendiri terletak pada penganut dan pengamalnya.. Sudah terang dan nyata bahawa Yahudi dan Nasrani adalah musuh Islam yang nyata... dari segi moral, memang ada yang tidak menyokong keganasan..namun bila kita bercakap mengenai perjuangan...perjuangan mereka adalah atas dasar bangsa dan agama mereka.
Jadi jika Muslim sendiri mempermainkan agama, maka mereka mengundang bencana kepada agama dan kehidupan mereka sendiri.
wallahua'lam
Catat Ulasan