MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

14 Nov 2008

Kes liwat Anwar : Semakan di Mahkamah Tinggi didengar 20 November

14/11/2008 11:50am

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan pada 20 November ini untuk mendengar semakan pihak pendakwa bagi memindahkan perbicaraan kes liwat yang dihadapi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sehubungan itu, Hakim S.M. Komathy Suppiah menangguhkan untuk menetapkan tarikh perbicaraan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden memberitahu mahkamah bahawa pihaknya telah memfailkan rayuan dan semakan terhadap keputusan yang dibuat oleh Komathy pada 7 November lalu.

Oleh itu, ujar Mohd. Yusof, pihak pendakwaan memohon agar perbicaraan kes itu ditangguhkan sehingga rayuan untuk memindahkan perbicaraan ke Mahkamah Tinggi selesai.

Mahkamah Sesyen hari ini sepatutnya menetapkan tarikh perbicaraan terhadap Anwar yang didakwa meliwat Mohd. Saiful Buikhari Azlan, 23 di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini, di antara pukul 3.01 dan 4.30 petang, 26 Jun lalu.

Pada 7 November lalu, Komathy telah menolak permohonan pihak pendakwa untuk memindahkan perbicaraan itu dengan alasan beliau mendapati sijil perakuan di bawah Seksyen 418A Kanun Tatacara Jenayah yang ditandatangani Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.

Menurut Komathy, Abdul Gani tidak seharusnya mencampuri kes liwat tersebut memandangkan beliau masih disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung laporan polis yang dibuat oleh Anwar dalam insiden ‘’mata lebam’’ pada 1998.

Peguam bela, R.Sivarasa yang mewakili Anwar hari ini membantah terhadap tindakan pihak pendakwa yang enggan menyerahkan salinan dokumen yang berkaitan untuk pihaknya menyediakan pembelaan.

sumber - Utusan Malaysia




1 ulasan:

Truth prevails berkata...

Aikkk...bila kemahkamah aje sakit belakang dan muka mula monyok????Heran bin ajaib dengan insan yg bernama Al-Juburi Anwar Ibrahim nih.....

Masa berjoget dan berpidato atas pentas tuh xpernah pulak nampak dipimpin2 melengkung badan mcm tuh..what an actor!!

No wonder he is the holder of best actor for this century!!! Keep it up Al-Juburi.Well done.