MODERATOR AIDC

AIDC NORA ZEK LADY
FAIZAL OM 300 QASEH
UDIN KMBG GLORY CKIAH
DRASEREMANG PISAU ABU

PANAS! DI AIDC GROUP

Anwar, International Crisis Group & Annapolis Summit : Klik di sini


NOTIS

Sesiapa yang mempunyai salinan pita rakaman mesyuarat MT berkenaan pemecatan Anwar pada tahun 1998, diharap dapat menghubungi saya via ym aidceditor atau email aidceditor@yahoo.com

9 Nov 2008

Kes Liwat Anwar - Pendakwaraya kemuka bukti, Jumaat - 14 November



Kes Liwat Anwar - Pendakwaraya kemuka bukti, Jumaat - 14 November


KUALA LUMPUR: Kes liwat, yang kedua dalam tempoh satu dekad, melibatkan Ketua Pembangang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tertuduh akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen selepas Hakim S.M Komathy Suppiah mendapati sijil untuk memindahkannya ke Mahkamah Tinggi yang ditandatangani oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail tidak sah.

Beliau menetapkan Jumaat ini untuk sebutan.

Komathy dalam penghakimannya berkata soal Perdana Menteri membuat kenyataan itu memang tidak dipertikaikan lagi, tapi hujah pendakwaan adalah Abdullah tidak boleh menunaikan janji itu berdasarkan kepada Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan.


Beliau berkata, dua peruntukan itu menyatakan bahawa budi bicara untuk memulakan pendakwaan dan semua lainlain kuasa yang berkaitan dengannya, terletak di tangan Peguam Negara.


"Pihak pendakwa dengan petah menambah bahawa Perdana Menteri yang juga ahli politik, mungkin membuat janji itu untuk memuaskan hati orang ramai, tapi ia tidak boleh mengikat Abdul Gani.


"Mereka menegaskan bahawa Peguam Negara adalah pihak yang sebenarnya diberikan kuasa di bawah Perlembagaan Negara untuk membuat janji itu," katanya.


Komathy berkata, katakata ketua eksekutif negara berhubung perkara yang jelas dan serius seperti yang diadukan dalam kes ini, tidak boleh dipandang remeh.


Beliau berkata, sebaliknya Perdana Menteri tentu sudah menimbangkan perkara itu semasak-masaknya dan memikirkan kepentingan keadilan serta proses undang-undang yang sewajarnya dalam membuat janji bahawa Peguam Negara tidak akan memainkan peranan dalam kes itu.


Komathy berkata, mahkamah juga tidak menerima cadangan bahawa Abdullah merampas kuasa yang diberikan kepada Abdul Gani di bawah Perlembagaan Persekutuan semasa membuat janji itu.


"Perlu diingat bahawa ketika itu Abdul Gani, sebagai pegawai undang-undang utama kerajaan sedang disiasat berkaitan dengan laporan polis oleh Anwar," katanya.


Komathy menambah bahawa Abdullah sebagai ketua eksekutif menolak tuntutan pembangkang untuk menggantung perkhidmatan Abdul Gani, dan memberikan jaminan bahawa Abdul Gani tidak akan terbabit dalam kes Anwar.


"Saya dengan ini mendapati Perdana Menteri bukan mengambil sikap lewa semasa membuat janji, dan beliau memang mahukan kata-katanya diambil serius. Kenyataan bahawa Pejabat Peguam Negara mengambil jaminan itu secara serius dapat dilihat menerusi kenyataan bahawa semasa Anwar didakwa di mahkamah ini buat pertama kali, Peguam Cara Negara Datuk Idrus Harun mengetuai pasukan pendakwaan itu," katanya.


Komathy berkata pihak pendakwa juga gagal mencabar dan menyangkal dakwaandakwaan yang dibangkitkan oleh Anwar dan isterinya Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dalam afidavit mereka.


Anwar menfailkan dua afidavit bersumpah bertarikh 22 September dan 29 September, 2008, manakala isterinya pada 29 Septmber lepas, dan pihak pendakwaan hanya menfailkan satu afidavit bertarikh 8 Oktober 2008 yang diangkat sumpah oleh Idrus.


Beliau berkata adalah perkara biasa apabila dalam mencabar afidavit, satu afidavit perlu menjawab secara khusus kepada tuduhan tertentu, dan sekiranya ia tidak berbuat demikian, segala tuduhan itu perlu diterima.


Komathy berkata, tidak ada penjelasan dikemukakan terhadap persoalanan mengapa fakta yang dikemukakan oleh Anwar dalam afidavitnya tidak dipatahkan oleh pihak pendakwaan.


Sebelum menamatkan keputusannya, Komathy berkata, keputusan beliau itu bukan bermakna ia mengurangkan atau mengenepikan kuasa penuh yang dinikmati Peguam Negara di bawah Perlembagaan Persekutuan dalam institusi dan pelaksanaan perbicaraan jenayah.


"Bagaimanapun kes ini menimbulkan keadaan unik di mana jelas ia menunjukkan bahawa sebarang pembabitan oleh Peguam Negara dalam kes ini akan menjejaskan keyakinan orang ramai dalam pentadbiran keadilan keskes jenayah," katanya.


Sebelum tarikh itu ditetapkan, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang mengetuai unit pendakwaan memohon mahkamah menetapkan tarikh untuk sebutan.


Bagaimanapun ketua pembelaan Anwar, Sulaiman Abdullah memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan perlu menghantar beberapa dokumen tertentu seperti laporan perubatan dan ahli kimia kes itu kepada pihak pembelaan sebelum perbicaraan bersambung.Dalam menolak permohonan pendakwaan (supaya kes itu dipindahkan ke mahkamah Tinggi) hari ini, Komathy berkata sijil itu bercanggah dengan jangkaan Anwar bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat dalam kes itu.


Komathy dalam penghakiman setebal 16 muka surat berkata jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bahawa Abdul Gani tidak akan terlibat secara peribadi dalam kes itu menimbulkan kepercayaan yang munasabah kepada Anwar dan orang ramai.


Keputusan berhubung sahnya sijil pemindahan yang bertarikh 9 September 2008 adalah penting kearah menentukan sekiranya kes itu boleh dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.




Anwar membantah kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi dengan mempertikaikan kesahihan sijil pemindahannya yang ditandatangani oleh Abdul Gani dengan alasan Peguam Negara itu sedang disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) berhubung satu laporan oleh Anwar kononnya Abdul Gani memalsukan keterangan dalam siasatan insiden "mata lebam" yang dialami Anwar semasa Anwar ditahan pada 1998.


Anwar, 61, dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Mohamad Saiful Bukhari Azlan, 23, di Unit 1151, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun lepas.Jika disabit kesalahan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan, dia boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun. Anwar kini dibebaskan dengan bon peribadi RM20,000.


Mohamed Yusof yang mengetuai pasukan pendakwaan dibantu oleh timbalan pendakwa raya Datuk Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Farhan Read dan Shamsul Sulaiman.


Sulaiman pula dibantu oleh peguam R.Sivarasa, Sankara N.Nair, Leela Jesuthasan, Edmund Bon, Saiful Idham Ramli, Amer Hamzah Arshad, Latheefa Koya dan Mohd Radzlan Jalaludin.

sumber - Mstar.online

2 ulasan:

kumbang berkata...

hehe ni yang kita tunggu-tunggu...siap kau nuar...dia cakap tak ada kes..kenapa bawa peguam macam nak lawan futsal hehe...takut la tu...
wassalam

Faizal Zakaria's Blog berkata...

lambatlah settle kes ni :-)




Selamat Datang ke Laman Blog Baru saya :-)
http://Forum1Malaysia.blogspot.com/